MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Jun 2009

Krisis Iran : Mousavi & Anwar Artatuk boneka Barat



Oleh GAP

kudeta politik semakin menghampiri iran. siapa sangka negara yang punyai kekuatan jiwa luar biasa membidas amarika dan sekutunya kini berada di dalam keadaan yang sangat genting. samada puak yang bertentangan iaitu kumpulan kerajaan ahmedinijad dan mousavi berdamai atau mereka memulakan langkah baru mencetuskan konflik perang saudara.

mana mungkin sebuah negara yang stabil politikalnya selepas 30 tahun pasca revolusi, kini semakin goyah. gegaran konflik tiada mungkin muncul kiranya tiada 2 elemen penting menjalar, talibarut dan pusat operasi talibarut.

hari ini ahmedinijad dan ayatollah ali khomeini mendakwa konflik huru hara ini didalangi oleh amerika dan british. sejarah iran telah memaktubkan cerita dan peristiwa kebanyakan konflik yang berlaku selalunya didalangi oleh negara yang memusuhinya.

krisis hari ini memerlukan kita menghurai sejarah lampau dan dicantumkan dengan keadaan politikal semasa. hampir seluruh negara-negara arab kecuali iran dan syria merupakan sekutu kuat washington. dua negara penentang yang pernah digelar bush sebagai antara negara paksi kejahatan ini merupakan negara yang punyai kemampuan militer yang hebat, mampu menggugat negara anak emas washington , israel.

kejatuhan saddam membuka lembaran baru sengketa sunah dan syiah berulang. tumbangnya saddam telah digantikan dengan iran. palestin merupakan isu duri dalam daging dunia arab. matinya saddam pada hari raya pertama aidiladha, telah mewujudkan fraksi baru ketumbukan tentera syiah yang kuat di dunia arab.

hamas telah mengambil alih peranan PLO di palestin, hassan nasrallah telah berjaya menewaskan tentera israel sewaktu perang 3 minggu hezbollah dan israel di sempadan lebanon. di iraq kekuatan tentera mehdi pimpinan moqtada as sadr di selatan tanah air cukup menggerunkan amarika.

tentera hezbollah di lebanon,mehdi di iraq,hamas di palestin sebenarnya telah mendapat bantuan kewangan dan kelengkapan ketenteraan yang cukup dari tehran. keadaan ini bukan sahaja membimbangkan israel malah keseluruhan raja-raja arab di timur tengah. bimbang mereka hanya satu, gerombolan ketumbukan tentera syiah ini jika tidak dibendung maka emas hitam pasti akan beralih tangan.

maka, untuk mewujudkan ketidakstablian di iran, amerika tidak boleh melakukan serangan militer kerana ia hanya akan mendatangkan simpati terhadap tehran. sejarah di iraq dan bumi afghan telah memberikan pengajaran. jalan kedua telah diambil, mewujudkan kumpulan pro pembaharuan atau reformis.

mousavi adalah boneka barat mendapat sokongan luar biasa daripada kalangan pelajar universitas iran,golongan pertengahan dan pendokong pembaharuan. manakala ahmedinijad masih mengekalkan status quo kumpulan penyokong yang pro ulamak.

dalam piliahnraya ini, mousavi telah membakar semangat rakyat untuk melakukan pembaharuan. kenyataan ayatollah ali khomeini bahawa tiada penipuan dalam keputusan pilihanraya telah disanggah, amat mengejutkan lagi apabila makam suci ayatollah khomeini telah berani di serang. ini menunjukkan agenda kebencian melampau telah berjaya ditanam oleh mousavi bagi membakar semangat penentangan terhadap kumpulan ayatollah.

harus diingat, iran punyai sejarah lampau dengan CIA. agen boneka dan talibarut barat pernah mendapat bantuan istimewa sewaktu konforantasi di iran.

pada tahun 1953, mohamed mossadegh yang telah memenangi pilihanraya presiden di iran telah digulingkan oleh tentera dengan bantuan amerika. mossadegh tersungkur kerana cuba mengambil alih/memilik negarakan syarikat minyak milik british di iran. mohamed mossadegh telah digantikan dengan regim boneka shah iran.keselamatan boneka barat shah iran ini dibiayai sepenuhnya oleh amerika dengan penubuhan tentera savak.

namun pada tahun 1979 shah iran ini tumbang sewaktu pemberontakan revolusi yang diketuai oleh ayatollah khomeini. puncanya kerana apa gap ? kerana rasuah yang teruk berlaku di majlis perbandaran tehran dan dakwaan kononnya shah iran dikatakan punyai tandas bersalut emas !

hari ini mousavi mengulangi sejarah shah iran, menjadi boneka kehormat barat demi gila kuasa. modus operandi yang dibawa oleh mousavi dan anwar attaturk dalam kaedah menggulingkan kerajaan adalah sama. mencipta fikiran pembaharuan yang baru,agenda lama digantikan dengan agenda politik baru, suara demokrasi dan liberalisme di julang dan akhirnya boneka bangsat ini akan diangkat menjadi memanda menteri !

GAP MENUNGGU MASA, KIRANYA IRAN DISERANG MAKA PIHAK GAP AKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT RISIKAN DARIPADA JOURNAL INTELLIGENT ANTARABANGSA AKAN PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG ANWAR ATTATURK DALAM PERSEKONGKOLAN DENGAN AMERIKA UNTUK MENYERANG IRAN...ANWAR ADALAH TALIBARUT BARAT DI ASIA !

sumber - GAP


1 ulasan:

Che Awe Donde berkata...

org klate

Mu ni En. GAP cakap ikut sedap mulut aje, sikit-sikit tuduh DSAI dalang segala apa yg berlaku dlm negeri dan luar negeri. kalu gitu kawe rasa demo ni dah secara tak langsung iktiraf DSAI itu seorang yg hebat.

tak ada ke nama lain yg boleh dema kaitkan spt Brahim Ali ke, Stopa Mamat ke, Ali Rustam ke asyik2 DSAI aje, nanti mereka tu cemburu pulak.

kalu nak merapu pun biarlah logik kalu dengar dek biawak malu mereka nak Ngaku kamu ni ore melayu.

ha ha ha haa

I M Sori