MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Jun 2009

Ketua dewan ulama PAS kecewa usul digugurkan

Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, usul dewan tersebut yang mahukan tiga jawatan utama parti itu iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan satu kerusi Naib Presiden disandang oleh golongan ulama sepatutnya dibahaskan pada sesi perbahasan usul utama Ahad ini.


Beliau berkata, usul tersebut merupakan pandangan yang diluluskan oleh Dewan Ulama dan seharusnya dibahaskan bagi mendapatkan maklum balas daripada perwakilan.

"Ini pandangan ulama, maka perlu mendapat pandangan balas daripada dewan-dewan yang lain dan semua perwakilan.

"Kalau layak dibincang, bincang... kalau tak layak di mana tak layak, masing-masing ada hujah, mana yang kuat kita terima," katanya semasa ditemui di Muktamar Tahunan PAS Ke-55 di sini hari ini.

Jawatankuasa usul yang bermesyuarat semalam memutuskan penolakan usul tersebut untuk dibincangkan pada muktamar kerana tidak memenuhi kriteria serta memerlukan pindaan perlembagaan parti.

Usul berkaitan peruntukan tiga jawatan berkenaan telah diluluskan sebulat suara dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat semalam.

Bagaimanapun Harun berkata, alasan yang diberikan oleh jawatankuasa tersebut sebagai alasan yang tidak kemas.

"Tolak atau tidak itu bidang kuasa jawatankuasa usul, tapi alasan kerana melibatkan perlembagaan itu tidak kena.

"Bincang dulu, kalau setuju pinda, kalau tak setuju tak perlu pinda perlembagaan... tapi alasan itu tidak kemas," katanya.

Ditanya sama ada Dewan Ulama telah dimaklumkan secara rasmi mengenai penolakan tersebut, Harun berkata, hingga petang ini pihaknya masih belum menerima maklumat berkenaan.

"Belum lagi... belum secara rasmi, tengoklah mungkin malam ini saya cuba tanya dengan pihak jawatankuasa," katanya.

sumber - mstar


Usul kepimpinan ulama patut didebat - Dr Hassan Ali


Muda Mohd Noor | Jun 5, 09 7:48pm
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak tahu mengapa usul kepimpinan ulama ditolak tetapi berkata ia mungkin disebabkan oleh masalah teknikal.

"Lazimnya usul itu dibincangkan kerana ia bukan usul yang remeh. Ia patut didebatkan," katanya.

hasan ali hassan aliExco kerajaan negeri Selangor itu memberitahu demikian dalam sidang media di stadium Melawati Shah Alam hari ini, tempat berlangsungnya muktamar PAS.

Menurut Hasan, beliau menyertai PAS kerana kepimpinan ulama dalam parti Islam itu.

"Saya sebagai pesuruhjaya PAS Selangor pendidikan moden, tidak cukup untuk membangunkan negeri ini tetapi saya perlukan panduan al-Quran," katanya.

Sementara itu, pengerusi jawatankuasa usul, Datuk Mahfuz Omar berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang setuju usul itu tidak dibahaskan dalam muktamar kali ini.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, jika usul ini dibahaskan kali ini ia tidak adil kepada jawatankuasa PAS pusat yang baru.

"Oleh kerana usul itu tidak memenuhi kriteria, kita serahkan kepada jawatankuasa yang baru untuk menentukannya," katanya ketika ditemui hari ini.

mahfuz omar 02Ketika ditanya mengenai status kelab penyokong PAS, Mahfuz berkata, pihaknya akan memutuskan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum akhir tahun ini.

Katanya, pihaknya memerlukan masa kerana ia mungkin membabitkan pindaan perlembagaan parti.

sumber - malaysiakini

Tiada ulasan: