MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Jun 2009

Kesudahan Transformasi Husam Musa dalam PAS ?



Oleh NTanwar, AIDCclub

Bukan Mohd Sayuti Omar (MSO) seorang yang menjadi mangsa cemuhan penyokong Husam. Ramli Abd. Halim (Meli kapak jangak), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Roslan Shahir Dato Mohd Shahir (Roslan SMS). Semuanya aktivis atau sekurang-kurangnya pro PAS.

MSO dikritik kerana mendedahkan 8 siri kegagalan projek kambing Japnapari, idea Husam. Kesudahannya MSO dituduh 'gila komisyen'!.

Meli Kapak Jangak (Ramli Abd Halim) bersama dengan permit Wasilah kepunyaannya yang telah disalahguna oleh kroni Husam

Meli kapak jangak, dikritik kerana mendedahkan konspirasi Husam menguasai dan menyalahguanakan media Wasilah (kepunyaan Meli). Kesudahannya Meli dihantar surat saman dan dituduh 'Meli Gila'!

Kalau MSO dan Meli dikritik seumpama sahabat baik dalam rakan penulis, bagaimana pula dengan Nik Abduh dan Roslan SMS yang tidak ada kena mengena dengan MSO ?



Nik Abduh, anak Nik Aziz, kritik 'pembantu sesat' yang beri salah maklumat kepada ayahandanya. 'Pembantu sesat' itu didakwa Anual Bakri (SETPOL MB), juga kroni Husam. Kesudahannya Husam melalui kroninya Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan) taja Abdul Latiff Abd. Rahman kalahkan Nik Abduh sebagai Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Menariknya Abd Latiff ini juga merupakan salah seorang orang kuat Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKBB), pemilik Jihad Ternak Kambing Japnapari, idea Husam yang menemui kegagalan.

Dalam resit di atas tertera nama Abd. Latif Abd. Rahman yang dikaitkan proksi Husam


Bagaimana pula dengan Roslan SMS? Roslan dituduh penyokong Husam sebagai 'desprado', gara-gara sokongan kuatnya kepada ustaz Hadi Awang, Presiden PAS. Sebagai Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, memang wajar Roslan, melakukan semua arahan ustaz Hadi. Apa masalahnya ? Kenapa dituduh 'desprado' ?

Kesudahannya Husam menaja kroninya menumbangkan Roslan SMS sebagai Ketua Bahagian PAS kawasan Kelana Jaya. Kalau Husam berani potong paha 'orang kuat' Presiden PAS di Kelana Jaya, apa maksud itu ?


Kenapa ramai tidak sukakan Husam ?


Sebelum ini ustaz Taib Azamuddin, bekas Imam besar Masjid Negara dilupuskan peranannya di Baling apabila kroni Husam menewaskannya sebagai Ketua Bahagian PAS Baling. Apa salah ustaz Taib ?

Salahkah beliau membela kalimah 'Allah' di parlimen daripada digadai kepada penganut Kristian ? Walaupun hujah pembelaan ustaz Taib, senada dengan Zahid Hamidi (Menteri di JPM ketika itu), bukan bermakna ustaz Taib sokong UMNO.

Hal agama jangan dicampur aduk dengan politik, kata ustaz Taib dalam rasionalnya mempertahankan kalimah Allah, meskipun yang mahu menggadainya adalah orang PAS sendiri iaitu Khalid Samad dan Dr Zulkifli Ahmad yang dilabel kem Erdogan pimpinan Husam.

Dalam debat TV9 baru-baru ini, Husam tarik diri dengan alasan, Zahid Hamidi, tidak ada sebagai panel.

Mana Zahid? Mana Zahid? soal Husam di konti TV9, sebelum dia tarik diri. Walhal seminggu sebelum itu Husam sudah tahu Zahid Hamidi bukan ahli panel, dan iklan disebarkan (termasuk di blog penyokongnya) perdebatan antara Husam dan Ezam Mohd Nor.

Apa masalah Husam dengan Zahid ? Masih ada unfinish bussines yang belum selesai lagi ke? Masih marah kerana ustaz Taib bantu Zahid pertahankan kalimah Allah di parlimen ?

Nasruddin Tantawi, pula sindir keras "Husam tak payah lah bertanding Timbalan Presiden. Timbalan Presiden Tak ada class, lawanlah terus Presiden PAS!". Itu kata-kata berani dari calon Ketua Pemuda PAS. Nasruddin tidak peduli Husam nak taja sesiapa pun lawannya sebagai Ketua Pemuda PAS (termasuk Zaki Ibrahim yang diwar-warkan bakal ditaja Husam lawan Nasruddin)




Ustaz Nik Amar, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan juga bernada seperti Nasruddin Tantawi. Dia mengesyorkan Husam tidak perlu cuci banyak pinggan mangkuk, bertanding Presiden PAS, habis cerita.

Kesudahannya Husam tidak berani bertanding Presiden PAS, dia hanya mahu Timbalan Presiden PAS. Timbalan Presiden maknanya satu tangga lagi ganti Presiden. Sama dengan Anwar sebelum tahun 1998, dia hanya berani bertanding Timbalan Presiden UMNO. Satu tangga lagi akan jadi Presiden UMNO!

Bayangkan kalau ditakdirkan Anwar Ibrahim jadi Presiden UMNO, maka hari ini dia sudah jadi Perdana Menteri Malaysia. Apa bentuk negara Malaysia ? DEB dihapuskan, Elizabeth Wong jadi Menteri Hak Asasi? Tian Chua Menteri Penerangan ? Zaid Ibrahim Menteri Antara Agama ? Sistem kapitalis Amerika bermaharajalela memunggah kekayaan negara Malaysia (terutamanya minyak)?




Dulu, kalau ramai tidak sukakan Anwar kenapa ? Sekarang ramai tidak sukakan Husam, kenapa ? Anwar dan Husam perlu cari jawapannya dalam diri sendiri, bukannya hanya terpesona dan takabur dengan kehebatan diri sendiri dan ampuan daripada para penyokong taksub sahaja..

Husam pula tidak disukai oleh orang PAS sendiri, kenapa? Bukan hanya MSO (pro PAS), Meli Kapak Jangak (pernah bekerja dengan PAS Kelantan), ustaz Daud Iraqi(bekas Ketua Dewan Ulama), Nik Abduh (anak Nik Aziz), Nasruddin Tantawi(Ketua Pemuda PAS), Nik Amar (Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan), Roslan SMS (Setiausaha Akhbar Presiden PAS), Dr Haron Din (Timbalan Musryidul am PAS) dan ramai lagi.

Kalau ramai tidak sukakannya kenapa ? Husam perlu mencari jawapannya sendiri.

Husam sendiri menyedari ramai orang PAS tidak sukakannya. Dia sendiri mengakui dalam wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini.

"Sesetengah pihak mendakwa blog ini (blog anti-husam) didalangi kumpulan "di pejabat Jalan Raja Laut" (Ibu Pejabat Pas), tetapi saya tak pasti adakah mereka, ahli parti atau orang luar di belakang blog ini"

Husam sendiri mensasarkan dakwaan blog yang mengkritiknya didalangi oleh pihak PAS di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur. Elokkah pemikiran seorang bakal Timbalan Presiden PAS, membuat dakwaan tanpa bukti yang berniat untuk memecahbelahkan ahli-ahli sendiri ?

Baiklah kalau Husam dakwa blog anti-Husam didalangi oleh Ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, bagaimana pula dengan blog muktamarpas (http://muktamarpas.blogspot.com) yang menyenaraikan 10 sebab kenapa Husam tidak perlu dipilih Timbalan Presiden PAS ?

Menurut blog itu, salah satu sebab (sebab ketujuh) Husam tidak layak menjadi Timbalan Presiden PAS kerana Husam adalah budak suruhan Anwar. Saya peturunkan hujah blog itu seperti di bawah :

7. Husam Menjadi Budak Suruhan Anwar


Kira-kira 2 minggu yang lepas, Husam bertemankan Saifudin Nasution pergi berMUQABALAH dengan Dato’ Sahlan, Setiausaha Politik Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Untuk pengetahuan semua Sahlan bukan orang PAS, bukan orang PKR dan bukan DAP – dia ahli UMNO. Boleh pula pergi berunding dengan orang UMNO? Mandat mana pula yang dia dapat? Apakah tujuan rundingan tersebut?


Katanya Husam pergi bertemu dengan Sahlan dengan tujuan untuk berbincang tentang nasib yag bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim apabila kes liwatnya didengar dalam bulan Julai nanti. Husam dihantar oleh Anwar kununnya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kes liwat tersebut diluar mahkamah.


Apa dah jadi ni? Begitu murahkah pimpinan PAS dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu tidak hairanlah mengapa Husam merujuk kepada Anwar terlebih dahulu sebelum bersetuju bertanding menentang Usta Nasharudin. Dan tidak hairan juga kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh membantu Husam agar dapat memenangi pertandingan tersebut nanti.


Rasionalnya, kalau Husam menjadi Timbalan Presiden PAS, mudahlah untuk Anwar menggunakan PAS untuk berunding tentang nasib kes liwat beliau memandangkan hanya PAS yang mempunyai “bargaining power” dengan kerajaan UMNO/BN.



Husam pasti menang Timbalan Presiden PAS!

Hari Jumaat ini penentu kemenangan Husam sebagai Timbalan Presiden PAS. Malaysiakini.com (salah satu instrumen pro Anwar)yakin Husam bakal menang Timbalan Presiden PAS. Anwar pun berharap Anwar bakal menang!

Seperti ramalan awal saya, walau apapun isu berlaku ke atas Husam. Walau ramai pihak tidak sukakan Husam. Walau Dewan Ulama PAS terpaksa berseminar untuk mempertahankan Nasharuddin, tetapi Husam tetap pemenangnya, kerana Husam mempunyai senjata rahsia yang telah digunakan sebelum ini secara sulit.

Lihat rentak orang suruhan Husam bekerja, termasuk Kickdefella. Itu salah satu serpihan senjata rahsia Husam.

Kickdefella bermati-matian mempertahankan Husam termasuk membongkar semua resit-resit projek kambing japnapari untuk membuktikan Husam tidak bersalah.

Memang, Kickdefella mampu mendapatkan semua resit itu kerana dia penulis upahan Husam. Projek itu pula projek Husam. Kroni Husam (Zulkifli Yaakub dan Abd. lattif) pula disuruh mengendalikan projek itu. Sebab itu dengan mudah kickdefella 'berjaya' dapatkan semua resit-resit untuk dipaparkan dalam blognya.

resit ini dipaparkan di blog kickdefella


Foto tangki air yang bernilai 'cuma' RM32,000 ini pula dipaparkan di blog MSO

Mohd Amin (baju merah) bersama-sama dengan peserta kursus projek Jihad Ternak. Banyak perbelanjaan dilaburkan, selain beli kambing, bayaran pelatih kursus, sponsor baju dan sebagainya, akhirnya selepas berkursus, projek gagal

Tetapi seperti menurut MSO, kickdefella tidak menunjukkan semua dokumen, termasuk 'dokumen bertulis perjanjian awal' antara Mohd Amin dengan Projek Jihad Ternak yang menyebabkan terjadi pertikaian berlarutan hingga ke hari ini.

Kickdefella sebagai penulis upahan Husam gagal menafikan bahawa projek itu bukan idea dan inisiatif Husam Musa, bosnya. Gagal menafikan Husam berunding dengan Mohd Amin dan melakukan beberapa perjanjian. Gagal menafikan projek yang menelan belanja lebih 5 juta itu akhirnya menemui kegagalan dan kesnya terpaksa diselesaikan di mahkamah.

Perbincangan awal Husam dengan Mohd Amin


Husam melawat tapak ladang Japnapari kepunyaan Mohd Amin di Beranag, Negeri Sembilan. Husam sedang diberi taklimat oleh Fauzi, rakan kongsi Mohd Amin


Kalau projek kambing Japnapari gagal, apa hebatnya Husam sebagai exco ekonomi Kelantan? Apatah lagi makin serius jika kes itu tidak berjaya diselamatkan melalui perbincangan berhikmah hingga terpaksa diseret ke mahkamah ? Masuk mahkamah, maknanya kes serius!




MSO cuba berkias, projek japnapari penuh dengan 'penyelewengan', dari pembinaan tangki air, hingga ke pembinaan pagar kandang kambing. Bukan setakat urusan pembelian kambing sahaja. Kias MSO, kalau SPRM masuk, habis dikoreknya. Nahas nanti!

Untuk berlaku adil kepada MSO yang dituduh gila komisyen, saya perturunkan semua penulisan MSO berkaitan dengan projek kambing japnapari

1. Pertemuan Dato Amin dan Husam. Klik di sini

2. Husam beli kambing japnapari RM66,400.00. klik di sini

3. Taakaful Kifalah dan Jihad Ternak. Klik di sini

4. Bagaimana projek bermula. Klik di sini

5. Projek Japnapari gagal. Klik di sini

6. Sebab kegagalan projek Japnapari. Klik di sini

7. Rundingan tak selesai tanpa Husam. Klik di sini

8. Kejadian tembakan di ladang jihad ternak, Rong Chenok, Tok Uban. Klik di sini

9. Perebutan kuasa punca kegagalan projek japnapari. Klik di sini

10. Jihad Ternak ke mahkamah. klik di sini

11. Penjelasan Husam projek kambing tidak jelas. Klik di sini


sumber - NTanwar



Artikel lain berkaitan :

. Senjata terakhir : Husam Musa bakal menang Timbalan Presiden PAS!

. Grand design besar-besaran Anwar kuasai PAS..

. Benarkah Anwar peralatkan Husam Musa kuasai PAS ?

. Siapa ’pembantu sesat’ hasut Tok Guru Nik Aziz ?

. Konspirasi goncang kerusi Presiden PAS ?

. Anwar sudah pangkah siapa patut ‘dibunuh’ dalam PAS..

. Sekeping foto seribu makna..Walter Chia dan Saifuddin Nasution

. Rasional Erdogan dan PKR benarkan kalimah ALLAH kepada agama lain ?


1 ulasan:

Shah berkata...

Kerja ini dah lama. Apabila asyik membuat fitnah kepada orang lain maka dah lupa diri sendiri. Lama lama kerakusan akan mengatasi nafsu sendiri maka PAS akan menjadi sebuah parti politik yang sesat kerana akidah hendak membentuk negara Islam hanya tinggal slogan sahaja. Sekarang pun dah nampak sama dah