Oleh AIDCNews
Mesyuarat Biro Politik PKR kelmarin telah memutuskan parti itu akan mengadakan penerangan besar-besaran kepada warga Selangor, sepanjang bulan Julai, bermula dari 2 Julai 2009.
"Kami telah membincangkan secara terperinci berkenaan kes Anwar akan didengar bulan depan. Salah satu kemungkinan adalah Anwar akan kembali dipenjarakan di Sg. Buloh, semula", kata Saifuddin Nasution, Pengarah Pilihanraya PKR.
Dari nada percakapan Saifuddin Nasuiton itu, kes yang bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim pada 8 Julai ini amat membimbangkan, sehingga kebanyakan aktivis PKR membuat keputusan awal yang Anwar bakal didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari serta akan dipenjarakan semula di Sungai Buloh.
Menyuarat itu juga memutuskan untuk mengadakan penerangan besar-besaran kepada ahli dan rakyat Selangor untuk menerangkan kedudukan terkini isu Anwar Ibrahim.
Ceramah-ceramah telah disusun secara bersiri dengan menggunakan kemudahan kerajaan Negeri Selangor, termasuk stadium dan dewan orang ramai.
Program itu bakal dikendalikan oleh Biro Penerangan Negeri Selangor dengan kerjasama ketua-ketua cabang PKR.
Sepucuk surat rasmi yang dikeluarkan oleh Biro Penerangan Negeri Selangor kepada Ketua-ketua Cabang telah dikeluarkan semalam, 29 Jun 2009.
Difahamkan mesyuarat juga turut mempertimbangkan cadangan mengadakan demonstrasi besar-besaran seperti tahun 1998, tetapi cadangan itu ditolak kerana sambutan rakyat yang kurang positif terhadap kes liwat Anwar.
Sebagai alternatifnya, PKR bersetuju mengadakan ceramah-ceramah bersiri menggunakan instrumen PKR untuk memberi kefahaman kepada rakyat Selangor berkenaan isu liwat Anwar.
sumber - AIDCNews
3 ulasan:
Kenapa perlu diadakan ceramah untuk menerangkan kes liwat anwar. Kalau tak bersalah, tak perlulah takut. Tunggu hari pengadilan je la...lagipun bukannya kena tunggu sampai berjanggut.
Kenapa perlu libatkan parti? kamu (anwar) yang buat 'kerja' tu, satu parti kena bersih imej kamu.
Lainlah kalau satu parti dapat 'rasa kerja lewat' kamu secara beramai2, berbaloi jugak nak buat siri ceramah satu Malaysia. masing2 ada peranan & dah rasa...ini kamu sorang jer yang rasa sedapnya.Mana aci macam ni beb!!!Pandai buat, pandai ler tanggung...jangan nak libatkan orang lain
Nak beri ceramah apa lagi. .Nak menghasut rakya supaya bangun berdemo untuk mempertahankan Anwar kah?. Nak spin lagi kah konon ini satu konspirasi.
Tak payah lah susahkan diri semua persoalaan akan terjawab di hari perbicaraan nanti..Anda sendiri dah sedar buat demo dah tak dpt sambutan maknanya anda dah maklum rakyat da tak boleh ditipu lagi..Kalau nak buat ceramah penerangan pn rakyat dah tak boleh diperdaya sbb mereka dah sedar dgn tipu muslihat Anwar..
Apa yg rakyat tunggu skg ialah hari perbicaraan untuk menentukan keadilan bkn sesi ceramah penerangan !! So tunggu 8hh.julai !! Segalanya akan terjawab !!
Salam. .
Bagaimana pula jika,rakyat selain penyokong PKR merancang pula tanyangan ke seluruh pelusuk Negara,termasuk surau dan pondok siri skadal Anwar dari Norlaila dengan lapan mangsanya yang lain pula?
Terutama tayangan2 sedutan kegiatan sosial Anwar dari bualan tel hingga mangsa bertemu Ust Taib Najmuddin? agak2 bagaimana pula sambutan rakyat.Lebih lebih lagi..yang hanya dengar ceritanya saja selama ini..kini dapat menonton dan mendengarnya dengan mata kepala sendiri?
PKR jangan asyik nak merancang untuk berceramah ke seluruh Selangor saja..rakyat juga sedang merancang untuk membuat tayangan sedutan kegiatan sosial skandal Anwar?
Hari ini..apa lagi yang Anwar mahu menuntut keadilan terhadap dirinya? Tidak cukupkah dengan jawatan yang rakyat bantu naikkan darjatnya…dari penghuni penjara ke Yb yang ada..bukan dia saja…tapi dah satu keluarga?
Hari ini rakyat,,,,terutama penyokong PKR ingin bertaya..apa pula balasan Anwar pada penyokong setianya? Yang sanggup membelanya bukan setakat dijalan raya….ada yang lebih taat dan taksup dari kaum kerabatnya….
Apa sudah jadi dengan Nasib mereka? Hari ini adakah Anwar mengambil tahu dan membela mereka? Anwar dan Wan Azizah harus tenung sekejab siapa diantara mereka…yang merempat tidak terbela nasib mereka? Semasa Anwar merengkok dipenjara..dan meniti tangga Makamah siapa diatara mereka…yang sanggup menyemah jampi mentera?
Adakah mereka itu kaum kerabat mereka? Hari ini dimana mereka? Inikah yang dikatakan keadilan? Keadillan sebelum mendapat kuasa!
Bila dah berkuasa mereka yang membelanya dibuat bagai Anjing yang busuk kepala?
Hari ini satu keluarga…rakyat sudah berjaya membuktikan mereka memiliki Kuasa…dari anak hingga ke bapa? Adakah pernah Kak wan dan Anwar membuat Road Show mengucap terima kasih pada mereka yang pernah membela keluarganya keseluruh pelusuk negara?
Dan hari ini pula..merancang untuk berceramah satu Selangor untuk apa? Untuk mencari keadilan untuk siapa pula? Untuk membela segala kemungkaran yang dilakukannya?
Tidak cukupkah satu keluarga memiliki kuasa..yang ada…tidak cukup dengan kuasa yang ada untuk membela mereka yang pernah membela mereka sekeluarga?
Apakah ada lagi keadilan dan canang konspirasi yang nak dijaja ...belum cukup lagi?...untuk mengisi jawatan yang digila selama ini….???
Sedarlah wahai Anwar dan kak Wan sekeluarga…penyokong2 kamu sudah cukup menderita….bila kamu diambang kuasa..pernahkah Anwar dan Kak Wan datang membela nasib mereka? Tepuk dada tanyalah selera… kak wan sekeluarga..adakah kak wan sekeluarga…pernah menziarahi keluaraga mereka yang terdapar hari ini membela nasib mereka sekeluarga???
Inikah KEADILAN yang dicanang keseluruh Negara…oleh kaum kerabat Anwar sekeluarga….? Hari ini apa lagi..yang kak wan dan anwar nak lagi dari penyokong? dan rakyat…tidak cukupkah dengan apa yang kalian ada…kuasa dan harta?
Tapi….apa pula yang penyokong ada…bila kalian sudah berkuasa?…hanya menjeling dengan ekor mata..inikah yang kalian sekeluarga mengemis simpati pada seluruh rakyat yang ada? untuk apa?
Pernahkah Kalian mengemis…dan menitis air mata dengan nasib penyokong kuat mereka…yang kini merempat bila kalian berkuasa? Kenalkah lagi kalian sekeluarga dengan mereka?
Bukankah kalian sekeluarga boleh dianggap bagai melepas anjing yang tersepit dihari ini.....???
Catat Ulasan