Oleh : NTanwar, AIDCclub
Video wawancara Malaysiakini dengan Nasruddin Tantawi membuka dimensi baru tentang pegangan Dewan Pemuda PAS terhadap isu liwat dan homoseksual yang disabitkan kepada Anwar Ibrahim.
Barangkali Malaysiakini memilih Nasruddin Tantawi kerana watak baru dalam Dewan pemuda PAS yang berimejkan ulama. Sudah tentu pemikiran, sikap dan tindak tanduknya amat berbeza dengan ketua Dewan Pemuda sebelum ini baik semasa Mahfuz Omar atau Salahuddin Ayub yang dikatakan mewakili kem profesional dalam PAS.
Nampaknya Nasruddin Tantawi kurang selesa (berdasarkan cara cakapnya) apabila diprovoke oleh wartawan Malaysiakini, khusus menyentuh berkenaan dengan kes liwat Anwar.
Sebagai seorang kelulusan agama dari Jordan dan Al Azhar Mesir, beliau memilih sudut-sudut tertentu yang tidak mendamagekan Pakatan Rakyat yang turut disokong oleh partinya PAS.
Mungkin kalau wawancara itu bersama Salahuddin Ayub atau Husam Musa, bertanyakan tentang kes liwat, sudah tentu jawapannya berbeza. Mungkin kedua-duanya akan membersihkan imej Anwar sepenuh-penuhnya tanpa keraguan.
Mungkin mereka akan membela Anwar habis-habisan, seolah-olah Anwar pemimpin maksum, yang tidak melakukan perkara-perkara tidak bermoral, apatah lagi melakukan perbuatan terkutuk itu.
Tetapi pandangan Nasruddin Tantawi yang mengenal hukum halal haram agak berlainan dan terdapat ruang-ruang kelabu yang sengaja disimpan dan tidak diteroka sepenuhnya.
Pertama : Nasruddin mengakui Anwar adalah figur penting dalam Pakatan, walaupun terdapat pro dan kontranya. Beliau tidak menjelaskan lanjut maksud pro dan kontra itu.
Pendapat ini lebih rasional, kerana jika ditanya kepada kumpulan Erdogan yang pro Anwarisme, mereka tidak akan meletakkan titik kelabu yakni tidak menyatakan pelantikan Anwar tidak dipertikaikan. Tetapi Nasruddin memilih pelantikan Anwar terdapat pro dan kontranya, terutama dari sudut kredibiliti dan keperibadian.
Bermakna terdapat pihak yang bersetuju dan terdapat pihak yang tidak setuju. Jawapan sebegini akan mengundang pertanyaan dan ruang kelabu; siapa yang tidak bersetuju, kenapa mereka tidak bersetuju dengan Anwar dan kenapa pula ketidaksetujuan kepada Anwar itu dikaitkan dengan kredibiliti dan keperibadian ?
Kedua : Ketika ditanya apakah kes liwat Anwar didengar di mahkamah ? Nasrudin dengan tanpa keraguan mengiakan kes liwat itu akan didengar di mahkamah. Tetapi jika soalan yang sama ditanya kepada Sivarasa Rasiah, Naib Presiden PKR, sudah tentu jawapannya berlainan.
Seperti yang ditegaskan oleh Sivarasa sebelum ini, kes ini tidak patut didengar di mahkamah kerana tiada kes dan ini merupakan pertuduhan jahat untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar.
Kalau ditanya kepada Husam Musa atau Khalid Samad yang mewakili kem Erdogan PAS, jawapannya pun hampir sama dengan Sivarasa Rasiah yang akan menjaja idea Anwar iaitu Konspirasi politik.
Tetapi Nasruddin memilih jawapan dari sudut lain yang berbeza dengan Sivarasa Rasiah, Husam Musa atau Khalid Samad. Itupun satu lagi ruang kelabu yang boleh diperdebatkan.
Ketiga : Ketika ditanya apakah kes liwat Anwar akan menjejaskan hubungan Pakatan rakyat ? Nasruddin menjawab, "setakat ini.. kita melihat dari sudut momentum rakyat, sejak dari zaman dia (Anwar) dizalimi dari zaman 'Reformasi' (1998), kes (liwat) yang dialami oleh Anwar Ibrahim tidak dapat menjejaskan kredibilitinya"
Nasruddin memberi alasan kenapa orang tidak menerimanya dengan berkata begini; "Penganiyaan dan kezaliman UMNO/BN lebih menonjol daripada Anwar..jadi orang tidak fokus kepada apa yang dipolemikkan atau ditimbulkan atas peribadi (liwat) Anwar Ibrahim..tetapi orang akan melihat kepada UMNO/BN yang bertindak ke atas Anwar..saya nampak, bila timbul isu liwat Anwar Ibrahim, ia tidak boleh menutup kezaliman UMNO/BN..kalau kita lihat sistem kehakiman mahkamah juga dipertikaikan..misalnya kes Perak gagal diterima sepenuhnya oleh rakyat.."
Keempat : Tanpa diprovoke oleh wartawan, Nasruddin turut menjangkakan Anwar bakal didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan meliwat. Katanya, "Takdir katalah ... [saya harap tidak jadi begitu], takdir katalah mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Anwar dan mensabitkan kesalahan sekalipun saya percaya sukar diterima oleh rakyat, kerana ketelusan dan kredibiliti kehakiman negara gagal dipulihkan..jadi sekiranya di situ tidak settle..Anwar ke siapa ke, semua itu orang melihat adalah mangsa kezaliman UMNO dan BN.."
Makna tersirat kes liwat dan mahkamah
Berdasarkan jawapan Nasruddin tentang perkara 4 dan 5 banyak ruang kelabu yang belum diterokai sepenuhnya. Nasruddin memikir masa untuk menjawab. Dia memulakan ayat dengan 'setakat (hari) ini' bermakna ruang jawapan/pendirian PAS boleh berubah mengikut keadaan semasa bergantung kepada sokongan/momentum rakyat.
Jawapan yang tidak muktamad bergantung kepada keadaan semasa terutamanya bergantung kepada mood rakyat.
Kunci jawapan Nasruddin, bukan soal liwat atau tidak, tetapi soal kezaliman UMNO/BN yang terlalu besar hingga menenggelamkan permasalahan sebenar - isu liwat.
Nasruddin berhujah berasaskan apa yang berlaku pada tahun 1998 dengan mengatakan rakyat tidak membicarakan soal isu keperibadian Anwar (liwat), tetapi rakyat melihat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan ke atas Anwar(mata lembam).
Bermakna berdasarkan jawapan ini, sokongan PAS ke atas Anwar bergantung kepada tahap sokongan rakyat. Bukan isu liwat atau tidak, tetapi bergantung kepada kadar kepercayaan rakyat.
Jika rakyat menerima Anwar sebagai peliwat, kemungkinan besar PAS akan menolak Anwar dan jika rakyat masih menolak tuduhan liwat itu, maka PAS akan bersama-sama Anwar.
Nasruddin juga berhujah tentang kemungkinan Anwar akan disabitkan sekali lagi tuduhan bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, apa kesannya kepada rakyat dan PAS.
Fokus jawapan Nasruddin meletakkan Anwar di kandang 'orang bersalah' pun sebenarnya sudah berbeza dengan jawapan Sivarasa Rasiah.
Seorang penyokong Anwarisme atau Erdogan tidak akan meletakkan Anwar di kandang orang bersalah dan mereka seboleh-bolehnya menepis cubaan konspirasi politik untuk menghancurkan karier Anwar.
Tidak terkeluar ayat popular "konspirasi politik" dari mulut Ketua Dewan Pemuda PAS ini, sedangkan slogan itu amat popular dilaungkan oleh Anwar dan dipanjangkan oleh para penyokongnya.
Nasruddin berhujah berasaskan fokus zaman reformasi dan bukannya fokus zaman sekarang. Bermakna kes itu belum bermula dan beliau belum dapat memastikan mood dan sokongan rakyat kepada Anwar.
Hujah Nasruddin tentang ketelusan mahkamah juga kelabu. Beliau hanya memberi contoh tentang kes Perak, yang semestinya berkaitan dengan PAS. Tiada contoh lain diberikan, terutamanya berkaitan kes spesifik liwat yang pernah dialami Anwar.
Mahkamah yang dikatakan tidak telus itu juga telah memenangkan Nizar sebagai Menteri besar Perak. Mahkamah itu juga yang telah membebaskan Anwar pada tahun 2004, meskipun ketiga-tiga hakim panel rayuan bersetuju berlaku perbuatan meliwat di antara Anwar, Azizan Abu Bakar (bekas pemandu peribadi Dr Wan Azizah) dan Sukma Darmawan (adik angkat Anwar).
Anwar dibebaskan bukan soal meliwat atau tidak, tetapi dibebaskan atas soal-soal teknikal berkaitan dengan masa kejadian.
Namun jawapan Nasruddin, bukanlah jawapan yang menolak sepenuhnya keputusan mahkamah, tetapi tidak diterima sepenuhnya. Inilah yang dimaksudkan ruang kelabu, di mana terdapat sejumlah yang menerima dan menolak keputusan mahkamah.
Jika dikiaskan kes liwat yang bakal ditempuhi oleh Anwar pada bulan Julai nanti dengan kes Perak, apa kesudahannya kes Perak akibat keputusan mahkamah?
Namun begitu, kiasan itu terlalu berbeza, kerana kes politik (Perak) amat berlainan dengan kes peribadi (liwat) yang dikenakan ke atas Anwar Ibrahim.
Kes liwat 1998 dengan 2008 sama ?
Kes liwat 1998, mula dibicarakan pada 9 Jun 1999. Tuduhan ke atas Anwar berbunyi :
" Anwar bersubahat dengan Sukma didakwa melakukan liwat yang bertentangan dengan hukum tabii dengan Azizan Abu Bakar pada suatu malam antara Januari dan Mac 1993 kira-kira pukul 7.45 malam di unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur
Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen itu ia membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat.
Keputusannya Mahkamah Tinggi mendapati Anwar dan Sukma bersalah. Anwar dihukum 9 tahun penjara dan Sukma dihukum 6 tahun penjara. Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Ariffin Jaka, pada 8 Ogos 2000.
Kes liwat 2008 - Anwar,61, bekas Timbalan Perdana Menteri dan menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 26 Jun tahun lalu, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Dakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Walaupun Anwar berusaha menyamakan kes liwat 1998, dengan kes liwat 2008, tetapi benarkah sama ?
Pastinya yang sama adalah 'kegemaran' Anwar 'meliwat' :
"Walaupun sudah membaca rekod rayuan tersebut, kami menjumpai bukti menunjukkan bahawa pihak perayu (Datuk Seri Anwar dan Sukma) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung ke arah mempercayai bahawa tuduhan insiden di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku" - Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004, oleh Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datin Paduka Rahmah Hussain"
"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.” - Sumpah Saiful Bukhari, di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos 2008.
Pastinya yang berbeza, Azizan Abu Bakar dahulunya tidak bersumpah di masjid, tetapi bersumpah dengan akauan bersumpah menggunakan nama Allah, dan kebenarannya hanya ditentukan oleh mahkamah. Manakala Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan kalimah "Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi" di Masjid Wilayah Persekutuan.
Lebih membezakan lagi, pada tahun 1998, tuduhan liwat dikenakan selepas Anwar dipecat daripada UMNO. Ketika itu beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Ketika itu ramai rakyat keluar di jalan raya, menyahut seruan 'Reformasi' Anwar. Ezam Mohd Nor, Lokman Nor Adam, Ghani Haron, Dr Chandra Muzaffar menjadi benteng utama membela Anwar.
Kes liwat 2008, tanpa siapa sangka, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan mendakwa dirinya diliwat dan membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Pada malam, tarikh yang sama Anwar lari berlindung di Kedutaan Asing. Ketika itu Anwar lebih dikenali oleh negara Barat kerana telah menetap dua tahun di Amerika Syarikat, bermula pada 2005-2007.
Negara-negara Barat lebih mengenali Anwar kerana Anwar pernah memegang jawatan Foundation For The Future (Yayasan di bawah Jabatan Negara Amerika), Pensyarah pelawat Universiti Johns Hopkin dan Georgetown, kedua-dua universiti Amerika Syarikat.
Ketika tuduhan kedua ini, Ezam Mohd Nor, Lokman Nor Adam, Ghani Haron, Dr Chandra Muzaffar bukan lagi menjadi benteng utama Anwar, malah mereka merupakan penentang utama Anwar.
Sebab itu Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS membuat kenyataan begini (klik di sini) ketika diwawancara oleh The Star, 22 Julai 2008;
“I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility"
(Saya tidak pasti kepopularitian dia (Anwar) berbanding dengan 1998. Dengan perkembangan sekarang, kes Saiful dan pengakuan bersumpah P. Balasubramaniam, penyiasat persendirian memberi kesan kepada kredibiliti Anwar)
“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”
(Masih lagi diragukan keupayaan Anwar untuk memimpin. Kredibiliti Anwar di kalangan masyarakat Melayu juga telah mula dipertikaikan. Keengganannya untuk bersumpah dengan Al Quran juga turut menjadi isu)
Kesimpulan
Berdasarkan hujah-hujah di atas, nampak kes liwat Anwar 2008 ini menjadi semakin rumit. Sebab itu tidak menghairankan jika Nasruddin Tantawi, memilih pendekatan yang paling berhikmah.
Terakhir, Nasruddin memilih pendekatan untuk berdiri teguh di belakang Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang.
Menurut Nasruddin, Haji Hadi Awang, bukan sahaja terkenal di dalam negara, tetapi terkenal di luar negara. Beliau mempunyai forum-forum yang sangat dihormati di peringkat antarabangsa, dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Pembebasan Al Qud (Jordan) dan Ahli Jawatan Kuasa Sunni-Syiah (Iraq)
Jika diteliti bahasa tersirat Nasruddin ini, sudah tentu, beliau ingin menggambarkan bahawa Presiden PAS juga terkenal di peringkat antarabangsa khususnya dunia Islam yang bertentangan dengan aliran tajaan Amerika Syarikat.
Selalunya Anwar Ibrahim sahaja digambarkan terkenal di peringkat antarabangsa, khususnya dunia Islam, tetapi yang membezakan dunia Islam itu semuanya adalah sealiran atau di bawah naungan Amerika Syarikat.
Bezanya, Haji Hadi Awang diklaskan dalam kelompok ulama dunia Islam, manakala Anwar Ibrahim adalah kelompok Muslim Moderat sama seperti Mir Hossein Mousavi, yang pro Barat di Iran.
Jadi Malaysiakini telah memberi tajuk yang tepat kepada interbiu ini - "Kes Liwat Tidak Jejas Pakatan - Nasruddin Tantawi", kerana Ketua Dewan Pemuda PAS itu mempunyai jawapan sendiri yang tidak diucapkan dalam wawancaranya.
Merenung ke dalam, saya juga tahu jawapannya.
sumber - NTanwar
8 ulasan:
Org klate
kawe rasa kalau demo benci sgt kat anwar kawe cadang jangan guna anwar pada tajuk blog demo. kalau kat US demo kena bayar royalti, lagi kuat demo merapu guna nama anwar lagi byk kena bayar royalti.
kalu demo rasa demo hebat sangat kenapa buat blog guna nama anwar, takut ore tak baca, kawe rase demolah kepala munafik kepada semua blogger
demo tu baik setara mana orenya, kalau manage blog dan tulisan dalam ni pun dibayar ore tertentu, kalau sukarela rasenya demo tak akan tulis pun.
silalah siarkan ulasan kawe, kalu demo berani.lagi demo ulas ttg anwar yg tak masuk akal, biawak pun taka akan percaya.
I M Sori
Assalamualaikum AIDC,
Komen saya ttg wawancara nasruddin juga berkait dengan alam kampus/gerakan islam 80-an dan 90-an.
Golongan PAS di kampus2 dan juga universiti luar negara masih tidak dapat melupakan "kekejaman" Anwar sebagai TPM ketika itu. Bahasa mudahnya, mereka tahu Anwar lebih bahaya daripada UMNO.
Tetapi, disebabkan masyarakat banyak, tidak tahu kisah politik kampus, maka golongan yang pernah ditarbiyyah PAS ini lebih suka mengikut "mood' massa daripada fakta dan analisa terhadap golongan yang mana patut disokong.
Jika kita nisbahkan dosa Anwar dengan dosa UMNO keseluruhannya,dosa Anwar membantai PAS dan Gerakan Islam pada tahun 80-an dan 90-an, 10 kali lebih banyak.Tetapi, disebabkan Anwar ketika itu di dalam UMNO, maka orang PAS yang banyak ini lebih nampak kepada dosa UMNO dari dosa PAS.
Nasruddin Tantawi, Idris Ahmad malahan Pres. PAS,DS Haji Hadi telah nampak perkara ini.Bagi mereka, ketakutan Anwar untuk bersumpah dalam soal liwat,hubungan dengan Neo-Cons/Israel,percaturan saff kepimpinan PAS dan juga kedudukan PAS yang lemah di dalam PR menyebabkan pihak-pihak pro-Muqabalah semakin berhati-hati dengan Anwar.Semenjak Hj Idris Ahmad memegang jawatan ketua penerarangan PAS Pusat,dan Datuk Mustfa Ali sebagai Su Agung,pendekatan Harakah yang dahulu mengagungkan Anwar telah dikurangkan dan nampaknya lidah PAS tersebut lebih berhati-hati dengan PR berbanding dahulu,di mana seolah-olah Harakah sudah menjadi lidah PKR lebih dari lidah PAS sendiri.
Kenapakah Datuk Nik Aziz masih lagi percaya/thiqah pada Anwar? Datuk Nik Aziz yang sudah selesa sebagai Menteri Besar selama hampir 20 tahun, dan tidak terlibat dalam politik kampus secara jasmani tentulah tidak kisah dengan apa yang berlaku apatah lagi yang mempromosikan Anwar kepada Tuan Guru adalah mereka dari bekas-bekas IRC/JIM dari Universiti Malaya dan juga UK.
Lobi dari Husam,Anual Bakri Haron dan golongan Erdogan lainnya adalah pelemah kepada pendirian dan kekuatan Tuan Guru PAS tersebut.Hakikatnya, mereka ini tidak ubah seperti anai-anai yang mereputkan kehormatan Datuk Nik Aziz di mata masyarakat dan juga mereka yang bersusah-payah berperang dengan Anwar di tahun 80-an dan 90-an.
Che Awe Donde >>>
Suka hatilah nak letak nama sapo2 pun. Bukannya hak milik kekal!! Kat dunia ni bukannya anwar sore jah nama anwar ibrahim...che awe donde pun berjuta jugak nama serupo demo. Apa pulok tubik royalti2 ni...ni Malaysia che awe oii..buke Kelate atau U.S.Jauhnya,gi sapa ko U.S. Tak bangga ke jadi rakyat Malaysia...ore kelate pulok tu. Negeri serambi Mekkah tu. Lagi nih ko sikap ore kelate...ambo pon rasa malu nak ngaku ore kelate kalu sikapnya gini. Nasib baik ambo bukan ore kelate.
Amboii..sedapnya bahasa demo.Rasanya demo tak faham tentang blog nih. Bakpo demo tak marah ko blog anti-husam. tuh guna nama husam juga.kalau demo hebat sangat,bakpo tak buat blog sendiri, lawan blog nih.
Apa bukti demo kata "kawe rase demolah kepala munafik kepada semua blogger" Senang2 wi hukuman deh.Semua blogger ni munafiklah termasuk blogger belah demo (Pakatan Rakyat-Pas-Dap)dan sewaktu dengannya.Kalau nak marah pon,jangan pakat kaut belaka.Kesian blogger hok wat bab2 agama tuh,tak semena2 kena air liur basi demo haok busuk hapak tu.
Nih siar doh komen demo.memang betul2 berani. Kawe raso demolah hok takut sebenarnya.Kalau setakat kuar kata2 huduh gini,baik tak payah komen. tengok MaharajaZhou tu, tu baru gentle & org berani.
Huahuahua...(gelak besar nih che awe), bakpo demo gi sama ngan biawaknya. Sah2 doh menatang tu takde akal..otak ada ler..tapi buleh pakai ke. Kalau demo royat ko biawak tu,dia memanglah tak caya sebab dia tak pandai baca doh so.Pastu hok paling kawe takleh terimanya, biawak tu MENATANG weii...adoiiii..ni lah jenis pengikut anwar hok tak dok akal sebenarnya.kawe rasolah...dalam hal ni,baik kawe dok sebelah biawak drpd demo.kalau jupe biawak ngan demo,kawe rasa nak katok (ketuk) demo dulu.
org klate
maaflah cik kiah jika terase, ambo bukan apa, jika manusia buat tuduhan tanpa ada bukti dalam kes DSAI, dan bukti dalam perbicaraan tu pulak boleh tukar2, mace mana kawe nak caya dan terima dengan fikiran ambo yang telah diajar di IPTA dulu kena timbang dan fikir dgn kritis sesuatu sebab musabab dari segi agama dan akal yg waras.
Satu lagi kes DSAI akan disebut pada 22 jun ni, saya baca laporan di internet yg mengatakan 3 doktor pakar sahkan saiful tu tak ada kesan pernah diliwat pun.
jadi kalu dah pengesahan secara klinikal dah terbukti saiful tak diliwat, jadi adakah saya boleh terima, biawak pun malu nak terima kalu dia ada akal,
jadi jika ada bicara di mahkamahpun maka akan berlaku insiden usung katil dan macam2 benda merapulagi. jadi kalu kes DSAI pada tahun 1998 pun menyebabkan umno tewas di terengganu dan pas terus kukuh di kelantan dan pas dan keadilan dapat banyak kerusi dibeberapa negeri.
jadi jika kes DSAI ini berlaku mace tahun 1998 juga, saya rasa tunggulah UMNO/BN kamu akan ditalkinkan dan diajar cukup2 oleh rakyat pada PRU 13 nanti.
Bagi kawe rakyat biasa, hanya mahu UMNO/BN jatuh sahaja untuk menunjukan kepada rakyat apa yg sebenarnya salahguna kuasa yg dibuat kepada negara selama 50 tahun merdeka, selagi umno/bn tak kalah selagi itulah kita rakyat akan diperbodohkan oleh mereka.
kalau kerajaan pas di klate tak bersih, kenapa sampai sekarang SPRM @ BPR sejak 18 tahun Tok Guru perintah klate tidak ada bukti yg SPRM bawa ke mahkamah utk dakwa mereka spt MB dan exco.sedangkan SPRM adalah agensi pusat yg berkuasa menyiasat dan mendakwa kerajaan negeri, apalagi klate dibawah pembangkang.
tengok mace selangor, bila ada kerajaan baru, barulah rakyat tahu apa yang tak betul yg telah dibuat oleh kerajaan lama.
oleh itu saya pesan kepada penyokong UMNO/BN janganlah terima bulat2 apa pemimpin kamu telah buat, fikirlah sebagai org yg berilmu, ada mata lihat, ada telinga dengar, ada akal pakailah dgn penuh rasional dan kajilah betul2 apa yg baik dan buruk setiap apa yg kerajaan buat selama 50 tahun.
I M Sori
ape hal yang susah sangatnya brader che awe... suh anwar Angkat Sumpah jelah...its very simple as a muslim,So what? nak panjang berjela cakap pulak...peygeidah...cakap la kau ni pemuja anwar..kan senang
Saya terbaca komen cik awang donde dan rakyat, saya tak mahu ulas panjang..
saya cut n paste ulasan kedua-dua pengomen itu untuk penilaian semua..
Blogger Che Awe Donde berkata...
org klate
saiful hang tu kalau jenis pembohong, mace mana kawe nak caye,
kalu sungguh benda ni dok blaku apa dah sampai bepuloh kali liwat baru nak kecoh, apa first time kena liwat mu tak kecoh, bakpa masa tu rase sedap ke dan kali ke bepuloh baru nak buat repot, biawak pun malu nak caya apatah lagi manusia mace aku, mu mati hidup semula pun aku tak caya.
ingatlah janji Allah adalah benar, laknat sumpah kamu sentiasa akan ikut dan hukum kamu atas dunia tak payah tunggu akhirat kat dunia kamu akan dapat balasnya.
balasan didunia akan kamu terima jika segala pembohongan kamu terbongkar satu persatu, ingatlah kuasa Allah mengatasi segalanya.
I M Sori
2009 Jun 21 22:06
Blogger rakyat berkata...
Cik Awang dondang...
Ko Baca balik tulisan tanpa sedar ko ni..dan ko fikir apa maksud yang org lain faham..
saiful hang tu kalau jenis pembohong, mace mana kawe nak caye,
kalu sungguh benda ni dok blaku apa dah sampai bepuloh kali liwat baru nak kecoh, apa first time kena liwat mu tak kecoh, bakpa masa tu rase sedap ke dan kali ke bepuloh baru nak buat repot, biawak pun malu nak caya apatah lagi manusia mace aku, mu mati hidup semula pun aku tak caya
maksudnya ko sendiri pencaya anwar meliwat..tapi ko sokong dia sebab ko penyokong totok dia..
Ko kena belek semula Al Quran, apa amaran kepada kaum Luth ni..sebab tu Anwar takut bersumpah..
2009 Jun 21 22:25
org klate
kepada blogger rakyat, kesitu pulak kamu yeop, kawe andai saja (kalu = kalau)itu pun demo tak paham, kata sekolah tinggi,kawe tulis lagu tu demo tak faham...nasib2
kalu ya pun benda sumpah ni boleh dibuat dimana-mana, tapi pada kawe kalu nak minta DSAI besumpah kena buat di mahkamah syariah baru ada intergritinya, tempat yg betul dan berhak utk berbuat demikian.
jika si saiful nak tegakkan kebenaran bawalah juga kes ini ke Mahkamah syariah, jikalau empat saksi tidak dapat dibawa maka sumpah laknat adalah pilihan kepada mereka berdua. ada berani kamu ke wahai saiful ?
kalu stakat bawa mahkamah biasa, mace2 benda boleh pusing dan konar 360 darjah spt kes tahun 1998. biawak pun malu nak caya kalu jadi gitu lagi.
I M Sori
org klate
kepada semua pembaca dan pemberi komen dalam blog ini.
saya ingin mengambil kesempatan mohon maaf kepada tuan punya blog atau mana pembaca yg terasa hati dengan komen saya.
sekian terima kasih
I M Sori
Catat Ulasan