MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jun 2009

Kes liwat, Anwar dah mula psy-war ?

Oleh Medan Info Kita

Menjelang hampirnya tarikh perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim keatas Saiful Bukhari Azlan, semakin Desperado pula gelagat si Hero Tamil kebanggaan puak pembangkang negara kita…..

Lihat sendiri mutakhir ini, beberapa akhbar dan website yang cenderung menyiarkan kisah pembangkang telah memulakan tiupan seruling “Psy-war” sudah pasti atas kehendak Anwar sendiri. Nurul Izzah dah mula membuat kenyataan berhubung kes “Papa”nya itu.

Akhbar rasmi PKR iaitu Suara Keadilan juga cuba memaparkan semula gambar-gambar mata lebam Anwar 1998. Maka pada hari ini, Anwar yang menulis diblognya sendiri cuba memutar-belitkan fakta dengan tajuk “Konspirasi 1998 Berulang?” anda boleh klik disini untuk baca “dongengan” Anwar itu.

Apakah yang menyebabkan penjilat penjilat Anwar terlalu yakin bahawa Kes Liwat Saiful Bukhari Azlan ini juga boleh dikaitkan dengan Konspirasi?

Siapakah yang ada kepentingan dalam kes liwat ini?

Bukankah sudah terbukti sewaktu krisis politik melayu ekoran dari pemecatan Anwar diikuti dengan kes rasuah dan liwat beliau telah menyaksikan perpecahan besar-besaran kaum melayu yang kekal sehingga ke hari ini diantara pro kerajaan dan pro pembangkang?

Sudah pasti ianya tidak akan langsung mendatangkan untung bagi mana mana pihak jika sengaja mahu diada-adakan cerita liwat ini tatkala pemimpin negara masih memikirkan formula terbaik untuk menyatu-padukan rakyat tanpa mengira kaum dan agama……

Oleh itu, kita harus melihat “meritnya” mangsa yang telah membuat pengaduan ke pihak berwajib untuk beliau diberikan pembelaan setelah mengharungi detik detik hitam dalam kehidupannya….

Ya! Kenapa penjilat penjilat Anwar terlalu mudah membiarkan minda mereka diliwat dengan rumusan [jump to the conclusion] bahawa ada konspirasi dan Anwar telah difitnah..?

Apakah mereka tidak pernah memikirkan betapa sengsaranya kehidupan anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan yang tidak pernah diberikan ruang langsung untuk menceritakan sebenarnya apa yang berlaku, ceritakan kepada umum, kepada rakyat Malaysia, kepada penjilat penjilat Anwar, kepada pemimpin pemimpin parti Islam yang mahu mengangkat Anwar sebagai Imam mereka nombor wahid….!

Saiful hanya boleh bergantung harap kepada penceritaannya dikandang saksi, dibawah kenyataan bersumpah dalam perbicaraan itu nanti. Saiful tidak memiliki sebuah parti politik yang ada beratus ratus pemimpin yang akan berdiri teguh dibelakangnya, yang boleh menaiki pentas ceramah membela beliau dengan visi cerita mereka sendiri…..

Terlalu mudah penjilat penjilat Anwar yakin bahawa pemimpin yang mereka sanjung itu adalah MAKSUM. Mereka seharusnya belajar untuk “read between the lines” penghakiman oleh Mahkamah Perseketuan pada 2 September 2004, bahawasanya Anwar dibebaskan dari segi teknikal diatas cara pendakwaan perbicaraan kes liwatnya itu. Tetapi jika diperhalusi penghakiman itu, jelas bahawa hakim hakim tidak menolak bahawa ada asas berlakunya liwat dalam kes itu……

Agak pelik juga untuk ditelan dan dihadamkan makanan fahaman Anwarisme ini bila mereka TIDAK ambil peduli langsung Sumpah Laknat yang telah dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan, siapa yang waras fikiran akan sanggup mempertaruhkan nasib dan masa depan untuk dimamah oleh LAKNAT sekiranya terbukti sumpah itu palsu dan bohong semata-mata…??

Kalaulah seseorang itu berbohong, tetapi masih ada waras fikiran, maka tidak masuk akal untuknya melakukan Sumpah Laknat, mohon LAKNAT oleh Allah sekiranya terbukti beliau tidak berkata benar dalam sumpahnya!

Disini jelas betapa BACULnya Anwar apabila beliau sendiri berdolak dalih dan kecut telor untuk melakukan Sumpah Laknat yang serupa menafikan bahawa beliau pernah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Sebenarnya Anwar sedar betapa besar musibah yang boleh melanda jika melafazkan Sumpah Laknat, apatah lagi dibuat dalam masjid, bersaksikan Al Quran pada petang Jumaat…….

Maka sudah hampir setahun Sumpah Laknat itu dilafazkan oleh Saiful dan pernah suatu ketika dahulu seorang penilat Anwar telah menaburkan fitnah kononnya Saiful telah dimakan Sumpah dan sedang sengsara menanggung azab kesakitan.

Penjilat Anwar yang menabur fitnah dilaman blognya itu menjadi kaget apabila Saiful Bukhari muncul penuh gaya dan masih sihat wal-afiat untuk menyaman beliau kerana menyebarkan berita palsu….

Difahamkan Saiful Bukhari masih berada dalam keadaan sihat, semoga beliau akan terus tabah dan diberikan kekuatan untuk mendepani perbicaraan kes liwat ini.

Doa dikirimkan kepada beliau agar dapat mengharungi perbicaraan itu nanti dan berjaya menceritakan segala apa yang pernah dilakukan oleh Anwar terhadap beliau.

Semoga Allah menunjukkan kebenaran untuk manfaat semua ummah….

Kita juga mendoakan agar Anwar Ibrahim akan diberikan “keberanian” untuk hadir ke Mahkamah tanpa sebarang alasan untuk menangguhkanya lagi.
Oleh : Medan Info kita

Desas desus bahawa Anwar akan berangkat ke Washington pada 25 Jun memungkin beliau tidak dapat pulang tepat pada tarikh perbicaraan. Jangan lupa bahawa Anwar pernah beri alasan yang sama sewaktu beliau TIDAK muncul pada perasmian Sidang Dewan Rakyat penggal ke-dua tahun lepas, iaitu setelah terbukti beliau gagal untuk bentuk Kerajaan Langit 16 September..!

Pemerhati politik mentafsirkan bahawa Anwar sengaja TIDAK hadir sewaktu perasmian oleh Yang Dipertuan Agong kerana beliau malu untuk terus duduk ditempat Ketua Pembangkang…., jangan kita lupa bahawa Anwar berikan alasan “terlepas pesawat” dari Turki maka beliau tak dapat hadir pada hari itu.

Apakah nanti Anwar akan memberikan alasan yang sama pada 1 Julai 2009..?


sumber - medan-info-kita


1 ulasan:

Unknown berkata...

Sama-samalah kita nantikan auta & barua anwar menjelang hari perbicaraannya nanti