MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

17 Jun 2009

Kes liwat : Nurul Izzah, wajah ayu, akal pendek !


Oleh Amir Hamzah, Batu Pahat

Kata orang tua-tua jika susuk tubuh seseorang itu rendang sahaja, akalnya panjang. Ada juga orang tua-tua berkata kalau kita tak cantik, tak ayu janganlah kecewa kerana orang yang cantik akalnya pendek. Betul atau tidak, tidaklah diketahui tetapi orang tua-tua kalau buat perbidalan selalunya berdasarkan apa yang dilihat berlaku dalam masyarakat dan sekeliling mereka yang berulang kali. Kemungkinan orang yang cantik ketika itu harapkan cantik dan ayunya sahaja tetapi tidak berakal.


Rupanya di zaman moden ini pepatah, perbidalan atau perumpamaan yang dicipta zaman dulu-dulu ada juga berlaku secara kebetulan. Apabila Nurul Izzah berkata, "Ayah akan menang dalam kes berkenaan sekiranya tidak ada campur tangan pihak lain terutama orang politik".

Katanya lagi “Bagaimana hebat pun kita sediakan pembelaan tapi akhirnya kalau kita berdepan dengan satu sistem kehakiman yang berhadapan dengan kepincangan, maka ada risiko tetap berada di situ,”

Paling mengejutkan apabila Nurul Izzah bersama 2 DUN PKR Selangor membuat kenyataan dan memberikan amaran kiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah di atas tuduhan meliwat maka mereka akan mengarahkan penyokong mereka berDEMONTRASI. Kenyataan inilah yang dikatakan tidak berfikir panjang sebaliknya mengambarkan akal yang singkat dan pendek.

Wajarkah kenyataan seperti ini keluar daripada mulut comel 'puteri reformasi' yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai sedangkan perbicaraan kes liwat bapanya belum bermula. Perbicaraan bakal berlangsung hanya pada 1 Julai 2009 ini.

Bukankah kenyataan seperti ini akan mengelirukan rakyat dan memberi gambaran buruk terhadap mahkamah sebelum perbicaraan?.

Bagi seorang isteri dan ibu muda seperti Nurul, yang juga puteri sulong Anwar rasa kekecewaan pasti menyelinap di dalam tubuhnya. Siapa yang tidak sedih dan tidak kecewa jika musibah sering datang menimpa ayahanda yang dikasihi. Kekecewaan yang melampau ini akan melahirkan kenyataan-kenyataan bodoh dan di luar pertimbangan akal.

Kenyataan Nurul Izzah mempertikaikan kewibawaan mahkamah sedangkan perbicaraan belum bermula sudah dijawab oleh Saifulbahri di laman blognya. Antara jawapan Saiful berkenaan dengan dakwaan mahkamah yang tidak berlaku adil kepada bapanya ialah:

1.Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa Anwar perlu hadir di Parlimen.

2. Anwar juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan

3. Paspot antarabangsa Anwar Ibrahim tidak ditahan.

4. Bekas Perdana Menteri , Tun Abdullah sendiri telah memberi jaminan kepada Anwar dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya.

5. Mahkamah menerima permohonan untuk mendengar permohonan dari pasukan peguambela Anwar pada 22 Jun bagi mendapatkan keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti asal sebelum perbicaraan bermula.

Adakah keistimewaan-keistimewaan ini akan dinikmati oleh rakyat biasa malah orang ternama sekalipun tidak dapat menikmatinya kecuali diberikan kepada seorang manusia bernama Anwar Ibrahim. Inikah yang dinamakan keadilan?, tetapi ianya adalah keadilan bagi Parti Keadilan Rakyat.

Satu kenyataan yang paling dungu dan paling merbahaya adalah demontrasi akan digerakkan jika Anwar didapati bersalah dalam kes liwat ini. Kenyataan melampau ini menggambarkan sesuatu yang buruk dan hina kepada kerajaan Malaysia, Mahkamah dan Polis.

1. Mereka seolah-olah sudah tahu keputusan hakim .

2. Mereka juga akan menggambarkan mahkamah dipengaruhi oleh kerajaan dan orang politik.

3. Mereka juga akan mengulangi drama 1998 ,ianya satu konspirasi menjatuhkan Anwar antara Perdana Menteri, Polis, Peguam Negara dan Mahkamah.

4. Mereka akan menghidupkan kembali perasaan kecewa dan marah rakyat bahawa Anwar teraniaya dan tidak bersalah.

Maka dengan sebab itu, mereka berani mengeluarkan kenyataan bahawa demontrasi jalanan akan berulang, negara akan tidak aman, politik menjadi tidak stabil, ekonomi akan merudum, rakyat akan terancam .

Harapan mereka rakyat akan bangun memberontak menggunakan kekerasan dan keganasan sehingga keadaan negara tidak menentu. Pada ketika itu macam-macam boleh berlaku.

Kenyataan Nurul Izzah dan 2 DUN PKR Selangor itu sangat merbahaya dan sudah ada perancangan ke arah itu. Mereka tahu, kemelut politik sekarang tidak menyebelahi Pakatan Rakyat. Pilihanraya ke 13 tidak menjanjikan apa-apa. Jika politik negara ini tidak boleh diambil secara bersih maka perlu diambil secara kotor setelah rancangan 16 September gagal.

Apakah rancangan mereka selepas ini? Kalau mereka boleh mendakwa skrip 1998 akan digunapakai oleh kerajaan sekarang untuk menjatuhkan Anwar, maka kita juga boleh mengandaikan bahawa mereka juga menggunakan skrip mereka yang sama iaitu gunakan isu liwat Anwar untuk meraih simpati rakyat semula.

Buat huru hara, demontrasi di sana-sini dan rampasan kuasa oleh rakyat seperti mana yang berlaku di Thailand, Indonesia dan Filipina.


sumber - amirhamzah64

Tiada ulasan: