MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Jun 2009

Kenapa Anwar desak dokumen, saksi-saksi, rakaman CCTV ? - Saiful Bukhari



''Serahkan dokumen, keterangan saksi-saksi dan rakaman asal CCTV, JIKA TIDAK , GUGURKAN KES! '' - kenyataan angkuh DSAI

Begitulah tuntutan terkini pejuang ''KEADILAN'' tersohor negara ini sebelum hari perbicaraan yang akan bermula dalam masa lebih kurang 19 hari lagi.

Percayalah, pelbagai alasan lagi akan dicanang bagi mengelirukan rakyat serta untuk beliau mengelakkan diri daripada dibicarakan di Mahkamah kelak. Adakah tidak cukup ruang dan keadilan yang Mahkamah beri selama 1 tahun kes ini ditangguh? Hujah saya di sini, sini, sini, sini Dimana keadilannya buat si pengadu jika kes digugur sebelum dibicarakan?

Melalui maklumat yang saya terima, segala dokumen yang sepatutnya telah pun diserahkan 6 bulan lepas, malah ada diantaranya jarang sekali diberi kepada pihak tertuduh. Maaf kata, jika tertuduh itu ''orang biasa'', jangan mimpi mereka akan dibenarkan membuat tuntutan-tuntutan dan diberi keistimewaan seperti yang beliau dapat.

Walau bagaimanapun, saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak Mahkamah dan Pendakwaraya dalam mempertimbangkan tuntutan-tuntutan keterlaluan beliau ini. Yang penting bagi saya, perbicaraan pada 1 Julai ini harus dijalankan.

Saya berdoa dan memohon supaya tiada lagi penangguhan. Sudah setahun saya dan keluarga menunggu bagi mendapatkan keadilan yang tak kunjung tiba.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI


-1 Julai Hari Kebenaran-

[Kepada yang sudi membimbing mahupun memberi tips2 persiapan untuk ke Mahkamah, bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email HariKebenaran@gmail.com , atau diruangan komentar entri ini]

sumber - Saiful Bukhari




Tiada ulasan: