MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Jun 2009

1 Julai kes liwat, 25 Jun Anwar lari ke Washington ?



Oleh Medan Info Kita

Tanggal 1hb Julai 2009, hari bermulanya perbicaraan Kes Liwat Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan semakin hampir…!!

Pelbagai karenah Anwar pernah dibuat untuk mengalihkan tumpuan kita [Divert Focus] rakyat Malaysia agar tidak mengikuti butiran bukti bukti bakal diceritaka dalam Mahkamah nanti.


Masihkah kita ingat kali pertama Anwar berjaya Divert Focus kita bila secara tiba tiba beliau mengumumkan bersedia untuk menjadi wakil rakyat, maka Wan Azizah menjadi mangsa pertama diliwat oleh taktik Anwar ini, Pilihanraya kecil Permatang Pauh membawa rakyat “Lupa” bahawa Anwar sebenarnya harus dibicarakan di Mahkamah untuk kes liwat.

Taktik Kotor Diverting Focus ini Anwar lanjutkan lagi bila membawa Dongeng 16 September, hampir seluruh rakyat Malaysia terpedaya, tambah menyedihkan bilamana ada kalangan pemimpin BN, malah yang bertaraf Pak Menteri turut “percaya” dengan Pembohongan 916 Anwar ini. Apa tidaknya? BN terpaksa membawa lari beberapa Ahli Parlimennya “bercuti” di Taiwan ketika itu……

Baru baru ini sebelum Pak Lah mengundurkan diri untuk mengosongkan kerusi nombor satu negara, GEMPAR seketika bila Anwar berjaya “check-mate” Pak Lah untuk hadir ke suatu majlis disebuah madrasah ajaran sesat penyokong kuat Anwar, malah dirakamkan Anwar telah makan tengahari bersama Pak Lah ditemani Tok Guru ajaran sesat tersebut….., ada desas desus mengatakan bahawa Anwar cuba “Deal” dengan Pak Lah untuk gugurkan kes liwatnya sebelum bekas PM itu meninggalkan jawatannya secara rasmi.

Beberapa minggu yang sudah sekali Anwar cuba mengajak BN bertarung di gelanggang Pilihanraya kecil di DUN Penanti, kesempatan yang cuba ditangguk oleh Anwar bukan sahaja untuk selesaikan masalah dalaman parti beliau, tetapi lebih dilihat mahu menumpaskan calon BN, kemenangan itu akan digunakan sebagai modal Anwar untuk menarik simpati rakyat apabila berlangsungnya perbicaraan kes liwatnya nanti.

Nah! Terkini…, dikhabarkan Anwar sedang bersiap sedia mahu berangkat ke Washington pada 25 Jun nanti, lima hari sebelum kesnya masuk Mahkamah.

Sila baca blog ini, milik seorang insan yang perlukan pembelaan sebenar, keadilan untuk dirinya dalam membicarakan kes liwat Anwar Ibrahim……

Apakah Anwar akan mengambil kesempatan untuk bersembunyi sekali lagi sepertimana yang beliau pernah lakukan suatu ketika dahulu di Kedutaan Turki sewaktu bermulanya tuduhan bahawa beliau pernah meliwat seorang anak muda bernama Saiful Bukhari Azlan…??

sumber - medan info kita


Tiada ulasan: