MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Jun 2009

Kemenangan Ahmadinejad, tumbangnya neo-liberalisme di Iran..

Situasi politik Iran semakin mencemaskan dari sejak keputusan pilihanraya Presidennya diumumkan dengan kemenangan Ahmadinejad.

Namun yang menakjubkan ia tidak sedikitpun mencemaskan Ahmadinejad yang menghadiri Persidangan di Rusia. Keputusan 64% memihak kepadanya adalah keputusan yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak logik untuk mengatakan ianya terdapat penipuan.

Yang jelas kemungkinan berlaku kesilapan mungkin ada namun tidaklah akan mengubah keputusan untuk memihak kepada Mir Hossein Mousavi.

Mengapa media barat begitu jelas untuk menggambarkan kepada dunia bahawa Iran sedang menghadapi krisis politik yang parah?

Mengapa dalam keadaan hanya mendapat 30% undi lebih Mousavi merasakan dia harus diberi peluang untuk pengiraan semula dan apakah pengiraan semula yang hanya melibatkan beberapa kawasan sahaja boleh mengubah keputusan memihak kepadanya?

Yang jelas semua ini akan terbongkar satu demi satu dan Iran akan menunggu apa kata Pemimpin Besar mereka Ayatollah Ali Khamanei dalam khutbah jumaat ini mungkin sebagai suatu penyelesaian.

Sekarang inipun keadaan telah bertambah baik sejak 4 wakil calon Presiden yang bertanding menemui Ayatollah Ali Khamanei kelmarin.

Apa yang pasti, kemenangan Ahmadinejad telah membuktikan tiada tempat untuk golongan neo-liberalisme untuk bertapak di Iran dan ini yang mengecewakan Amerika dan sekutunya.

Saya mengikuti dekat perkembangan ini dan sering membandingkannya dengan goloingan neo-liberalisme di Malaysia. Mereka juga terdiri daripada ulamak dan non-ulamak yang kadang kala tidak perasan bahawa pemikiran dan tindakan politik mereka merupakan dokongan ke atas neo-liberalisme ini.

Nama-nama besar seperti Khatami, Rafsanjani, Mousavi dan Karoubi hanya tinggal sejarah selepas ini.

Begitu juga nama-nama seperti Anwar, Husam, Nik Aziz dan lain-lainnya juga akan tinggal sejarah.

sumber - pure hadharist


1 ulasan:

Blog Politik Mahasiswa-Pemikiran Maharaja Zhou berkata...

Assalamualaikum,

Apa yang berlaku di Iran hampir sama di Malaysia.Yang menang adalah BN yang diterajui oleh UMNO, tetapi yang mengada-ngada adalah PAS,PKR dan DAP.

Gambaran mereka seolah-olah BN hanya menang mudah,dan menjangkakan BN akan "reput".

Tetapi, mereka lupa bahawa tahun 1999 telah menunjukkan fenomena yang sama,pembangkang menjangkakan UMNO akan "reput" dan bakal tewas pada PRU 2004.

Nah, pada tahun 2004, 90% buah kerusi Parlimen milik BN, malahan Kelantan hanya dimenangi PAS dengan kelebihan 1 kerusi sahaja.UMNO tidak pernah mengatakan PAS reput ataupun bakal dimasukkan di dalam muzium.Begitu tawadhuknya dan rendah dirinya UMNO terhadap musuh-musuh politiknya.

Perkara sama sekarang juga berlaku di Iran apabila golongan yang kalah cuba tunjuk kuat dan samseng.Apabila orang yang minoriti cuba menunjukkan merekalah majoriti hanya berdasarkan sangkaan semata2.