MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Jun 2009

Tuduhan liwat ke atas Anwar : Konspirasi atau Kebenaran tersembunyi ?

email : jejakasuci


Pada 1 Julai 2009 akan datang penghujahan akan bermula berhubung perbicaraan kes liwat kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua pihak menunggu untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan kali kedua ini yang begitu hebat di perdebatkan di pentas-pentas politik dari Permatang Pauh hingga ke White House.

Badan Perundangan dan Kehakiman Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia dan kesempatan ini perlu digunakan untuk memperlihatkan kewibawaannya yang sering kali dituduh dikuasai oleh kerajaan. Sebelum hakim sebenar membuat keputusan, masyarakat umum akan menjadi hakim untuk menilai adakah ia satu konspisrasi sebagai mana yang didakwa atau realiti yang tersembunyi.


Fakta - Penghakiman Kes Lalu

Mengimbau perbicaraan yang berlangsung pada tahun 1998 dan 1999 yang mana Anwar bersama adik angkatnya Sukma Dermawan dituduh meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhi hukuman 9 tahun penjara pada 2 Ogos 2000.

Dalam rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut Anwar telah menang namun hujah-hujah Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Hamid Mohamad, Hakim Mahkamah Rayuan, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datin Paduka Rahmah Hussain begitu mengejutkan dengan membuat rumusan:

"Walaupun sudah membaca rekod rayuan tersebut, kami menjumpai bukti menunjukkan bahawa pihak perayu (Datuk Seri Anwar dan SUKMA) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung ke arah mempercayai bahawa tuduhan insiden di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang, mahkamah ini, sebagai mahkamah perundangan, hanya dapat menyabitkan mereka sekiranya pihak pendakwa berjaya membuktikan insiden tersebut seperti tercatat dalam pertuduhan, tanpa sebarang keraguan, bukti yang boleh diterima dan bersandarkan asas prinsip undang-undang."

"Azizan menyatakan yang dia terpaksa menyerah dirinya untuk diliwat 1 atau 2 kali kerana ketakutan tetapi bukannya sebanyak 10 hingga 15 kali selama beberapa tahun. Azizan bukan kanak-kanak atau tidak berupaya. Waktu dalam keadaan begitu pun, apabila bertemu dengan perayu pertama di sana, dia patut tahu yang perayu pertama ingin meliwatnya. Kenapa dia tidak pergi sahaja. Sebaliknya, dengan sedikit isyarat, dia pergi ke bilik tidur, seolah-olah tahu apa yang dilakukan terhadapnya. Dia tidak melakukan sesuatu untuk mempertahankan dirinya. Berdasarkan penghakiman kami, Azizan juga bersubahat, walaupun bukan sepenuh hati".


Konspirasi Atau Realiti ?

Kes kali kedua ini penuh dengan persoalan, tanda tanya dan perbicaraan di blog-blog dan di pentas-pentas politik. Bermula tindakan berlindung di Kedutaan Turki dengan dakwaan keselamatannya terancam diikuti dengan keengganan hadir ke Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sehinggalah ditangkap pihak polis.

Anwar seterusnya menimbulkan persoalan enggan memberi DNA yang penting bagi siasatan kes ini. Pelbagai isu dibangkitkan dan menarik perhatian rakyat seperti laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Anwar menuduh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail terlibat secara aktif sebagi saksi yang palsu.

Persoalan terus berlegar, mengapa selepas sepuluh tahun baru perkara ini dibangkitkan. Lebih menimbulkan persoalan, mengapa ia timbul ketika laporan polis dibuat oleh Saiful ?.

Mengapa Anwar tidak lebih awal memberi bukti dan membuat laporan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi terbabit supaya badan kehakiman bebas daripada penguasaan eksekutif atau sebagainya. Semua ini hanya beliau sendiri yang boleh memberi jawapan.

Anwar juga memohon Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI untuk menyiasat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta yang dinamakan Qazaf) sebagai serang balas kepada laporan polis Saiful. Anwar meminta Saiful disiasat kerana tidak mengemukakan empat saksi dan sekaligus didakwa membuat laporan palsu terhadap beliau.

Anwar juga mendakwa dibogelkan semasa pemeriksaan dan perkara ini kemudian padam apabila HKL menafikan Anwar dibogelkan ketika pemeriksaan.

Dan ketika negara menyambut kemerdekaan ke 51 tahun, kes ini telah menarik perhatian kuasa dunia. Tanpa berselindung seperti mana yang berlaku pada 1998, selepas Al Gore, kini giliran Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice untuk memperjuangkan nasib Anwar. Kuasa dunia itu terang-terangan menyatakan keperluan untuk campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia.

Sistem kehakiman negara ini dituduh tidak bebas daripada kuasa eksekutif. Jucakap White House, Tom Casey dan Condoleezza Rice mengkritik sistem pentadbiran dan kehakiman negara ini, dan ini merupakan satu petunjuk jelas sokongan yang diberikan kuasa besar tersebut terhadap Anwar dalam menghadapi kes tuduhan liwat bagi kali kedua ini.

Jika hujah kedua-dua jurucakap Washington diambil kira iaitu untuk memastikan hak asasi manusia dan bidang kehakiman yang bebas daripada penguasaan eksekutif, pastinya White House akan memberi kenyataan yang neutral dan membela kedua-dua pihak, Anwar dan Saiful.

Asas kepada perundangan itu sendiri perlu dihormati supaya kedaulatan undang-undang yang menjadi salah satu ciri kepada amalan demokratik terus subur di Malaysia.

Secara kronologi, jika dilihat kepada hujah-hujah Anwar, bermula dengan konspirasi, isu keselamatan, tuduhan bahawa Saiful berbohong, tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, campur tangan Washington, peletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sumpah laknat oleh Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan, pengakuan Ramlang Porigi bahawa dia dipaksa menjadi saksi sumpah laknat, kes ini penuh dengan peristiwa yang lebih kepada perbicaraan dipentas politik.

Persoalan demi persoalan yang timbul telah menyebabkan pemikiran masyarakat menjadi tersimpul dan perbicaraan ini merupakan satu kaedah yang mungkin dapat merungkai segala persoalan yang tersimpul itu.

Sebagai masyarakat di dalam negara yang mengamalkan demokrasi, aspek kedaulatan undang-undang perlu sentiasa dipelihara. Seseorang yang menghadapi tuduhan salah laku atau jenayah atau sebarang kesalahan, tidak bersalah selagi belum dibuktikan di mahkamah.

Kedaulatan undang-undang juga menjadi petunjuk kepada amalan demokrasi yang melindungi hak setiap warganegara. Tiada pihak yang dapat mengatasi badan kehakiman kerana jika sebaliknya, keadilan tidak dapat diwujudkan di dalam sesebuah negara.

Jika dibuat perbandingan Saiful bukanlah insan yang terkenal seperti Anwar tetapi fakta itu tidak seharusnya menjadi kayu pengukur untuk kita menolak hak beliau sebagai warganegara yang mendakwa dirinya teraniaya. Undang-undang menjadi elemen terakhir perlindungan kita sebagai warganegara.

Sekiranya, tuduhan Saiful itu palsu, maka inilah masanya Anwar membersihkan namanya, menghenyak mereka yang telah memfitnahnya. Maka karpet merah akan terhampar indah dan Putrajaya megah menanti beliau.

Menggunakan pentas politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu pokok bagi membuktikan diri tidak bersalah, akan menyebabkan semakin menimbulkan persoalan. Prinsip berani kerana benar, takut kerana salah tetap relevan dalam budaya Melayu dan Malaysia.


Satu Persepsi

Dalam perkembangan sosial masyarakat Malaysia persepsi mempengaruhi kredibiliti dan politik. Mana-mana tokoh politik yang berjaya menawan masyarakat umum dengan persepsi baik maka ia akan diterima sebagai pemimpin yang baik walaupun realitinya tidak begitu.

Pernah berlaku seorang iman surau sebuah kampung di Melaka telah ditangkap berkhalwat
dengan seorang janda di dalam kebun getah oleh pembantu imam. Namun imam tersebut mendakwa pembantu imam berkonspirasi untuk menjatuhkannya sebagai imam surau berkenaan.

Masyarakat kampung menerima dakwaan imam tersebut walaupun ketika tangkapan dibuat lingkaran ubat nyamuk yang dinyalakan menjadi saksi perbuatan tersebut. Beberapa bulan selepas itu, imam tersebut ditangkap sekali lagi di sebuah hotel dan masyarakat masih lagi menganggap ia satu konspirasi.

Begitu juga dengan kes Ismail Kerbau di Kedah yang dituduh menculik dan merogol dua orang gadis. Setelah perbicaraan, Ismail Kerbau dibebaskan kerana tidak cukup bukti. Dalam kes ini tidak ada siapa yang sanggup untuk menyatakan bahawa Ismail Kerbau tidak melakukan rogol kerana persepsi jahat telah diberikan kepadanya.


Begitulah juga dengan kes Anwar, pada tahun 1998 yang mana mahkamah mendapati berlaku kegiatan meliwat antara Anwar dengan Azizan Abu Bakar namun semua itu telah dilupakan dan kewibawaan Anwar tetap dan terus unggul. Ini terbukti dengan kemenangannya di Parlimen Permatang Pauh yang majoritinya melebihi daripada PRU ke 12 lalu.


Renungan

Bagi orang Islam seharusnya di fikirkan kenapa Allah menurunkan ayat Al -Quran surah Al-A'Raaf juz 8 ayat 80 hingga 84 tentang kisah umat nabi Luth. Setelah kaum nabi Luth sekian lama bergelumang dengan kegiatan terkutuk yang suka sesama lelaki sehingga mereka merasakan perbuatan tersebut adalah perkara biasa. Mereka menolak seruan kebaikan dan menganggapnya mengganggu urusan mereka. Oleh itu Allah telah menjatuhkan bala kepada semua mereka seperti yang dikisahkan dalam tafsir ayat tersebut:

Allah mengutuskan Nabi Luth kepada semua kaumya di negeri Sadum (dekat Laut Mati yang dinamakan juga laut Luth). Lalu katanya kepada kaumnya "Mengapakah kamu mengerjakan pekerjaan yang keji, yang belum pernah dikerjakan oleh orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Kamu cinta (ingin, syahwat) kepada laki-laki, bukan kepada perempuan; sungguh kamu melampaui batas".

Maka tak ada jawapan kaumnya, selain dari katanya" "usirlah Luth itu serta orang-orang yang beriman kepadanya dari negeri kamu, kerana mereka orang-orang yang suci."

Kemudian Allah menyelamatkan Luth dan ahli rumahnya yang beriman kepadanya, kecuali
isterinya yang tidak beriman, maka ia termasuk golongan orang-orang yang binasa. Allah menurunkan atas mereka itu hujan batu yang menimpa kepala mereka, hingga mati mereka semuanya.

Demikianlah seksa di dunia maka di akhirat mereka akan dimasukkan ke dalam neraka kerana mengingkari perintah dan menyokong perbuatan mungkar terhadap Allah itu.

Iktibarnya Allah menyuruh umatnya mengkaji kisah tersebut dan mengutuk perbuatan meliwat serta akan menurunkan bala kepada umat yang melakukannya, menerima atau menyokong perbuatan tersebut. Fikirlah dengan hati yang terbuka agar kita tidak tergolong dalam orang-orang yang Allah maksudkan.

Untuk renungan bersama juga, cuba kita kaji cerita tentang pemerhatian tingkah laku terhadap seekor anak anjing. Anak anjing berlari-lari anak dalam hujan lebat mukanya akan sentiasa menunduk ke bawah, orang akan mengatakan kerana ia tidak mempunyai "viper" dan jika di acah untuk dipukul ia akan berlari sambil menoleh ke belakang dan orang akan mengatakannya kerana dia tidak mempunyai "side-mirror".

Walaupun tidak logik, orang akan tetap memberikan alasan untuk menjustifikasikan perbuatan tersebut.

Tetapi bagi pepatah Melayu seekor anjing yang pernah makan najis sekiranya berjumpa lagi dengan najis kalau tak dimakan pun akan dihidunya juga.

Cuba renung-renungkan.


2 ulasan:

Che Awe Donde berkata...

org klate

kawe nak sentuh pasai DSAI ada hubungan dgn amarika,amarika dia suka campur tangan jika ada isu yg boleh dipergunakan oleh mereka utk campurtangan,itu sifat negara kuasa besar, perangai pun kena besar barulah hebat namanya.

tapi yg kerajaan malaysia masa tu buat kat DSAI mace2, benda yag tak logik akal dituduh nya kawe tu si peliwat sape nak caya, Biawak dan keluargaan, sepupu spapat pun malu nak caya, apatah lagi org awam, sebab itulah org klate dan terengganu bulat2 tolak UMNO/BN PRU masa tu.

jadi sebab itulah kes yang melibatkan org politik jangan dibuat pendakwaan yang mace tu, se olah-olah membuka pintu campurtangan amarika yg mmg kaki jaga tepi kain ore.

So skrg jadi pula pendakwaan kepada DSAI utk kali kedua dgn skrip yg hampir sama cuma pelakonnya aje yg ditukar, lagilah amarika suka hati nak campurtangan. jadi jgn salahkan aje pada DSAI tapi tindakan kerajaan BN pun secara tidak langsung menyumbang kepada situasi ini.

sekian, T.kasih

I M Sori

Tanpa Nama berkata...

Saudara Che Awe Donde,

Saudara perlu membuka minda lebih luas.

Siapa yang dakwa DSAI di Mahkamah. Bila masa Najib ka, Muhyidin ka suruh mahkamah dakwa DSAI. Yang menyebabkan DSAI kena dakwa adalah laporan polis yang dibuat oleh Saiful.Kita tengok la nanti siapa yang betul. Cuba baca sampai habis tulisan saya.Inilah pentasnya DSAI nak buktikan dia tak buat benda tu.

Tolong baca para terakhir dan renung jauh-jauh. jangan jadi orang tak cerdik.

Jejakasuci