MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Jun 2009

Kawan Anwar dapat projek besar



KUALA LUMPUR, Ahad - Sebahagian daripada projek besar yang ditawarkan ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan adalah untuk habuan kawan rapat, sahabat dan saudara-maranya.


Ini termasuk beberapa pakej projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Pengeluar Tenaga Persendirian (IPP), hospital dan kemudahan perubatan, lebuh raya serta Hubungan Rel Ekspres (ERL) ke KLIA.

Dalam rakaman video yang disiarkan saluran perniagaan Amerika, CNBC, Khamis lalu, Anwar menuduh keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mempunyai kepentingan besar dalam projek KLIA.

Ketika membuat tuduhan terhadap Dr Mahathir, Anwar bagaimanapun tidak membincangkan projek yang mana kawan-kawan dan keluarganya juga mempunyai kepentingan besar.

Beliau juga gagal menjelaskan bahawa kedudukannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kemudahan Awam dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai KLIA, mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap urusan kontrak.

Jika ada kontrak yang ditawarkan kepada ahli keluarga Dr Mahathir, maka Anwar sendiri terbabit dalam membuat keputusan.

Pengerusi KLIA Berhad, Tan Sri Clifford Herbert, bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberi komen. Bagaimanapun, penyelidikan menunjukkan syarikat yang mempunyai hubungan dengan rakan karib Anwar dan Pengerusi Institut Kajian Dasar, Datuk Kamaruddin Jaafar, diberi enam kontrak utama projek KLIA.

Syarikat itu, Lankhorst Pancabumi Contractors Sdn Bhd, ialah anak syarikat Lankhorst Bhd, yang mana Kamaruddin adalah Pengerusi Eksekutifnya. Kamaruddin ketika ini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Enam pakej yang ditawarkan kepada Lankhorst Pancabumi dalam projek KLIA itu ialah pembinaan Terminal Bunga Raya, balai bomba, balai polis, kemudahan kuarantin, bangunan Fama dan landasan kapal terbang.

Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang sehingga kini di bawah kawalan Anwar juga diberi beberapa kontrak projek itu. Satu konsortium membabitkan MRCB, Adranz dan Mudajaya Corporation diberi kontrak membina sistem landasan transit di lapangan terbang itu.

Anwar berulang kali melawat projek berkenaan dan menyatakan puas hati dengan kemajuan pembinaannya. Pada 11 Mac lalu, beberapa bulan sebelum lapangan terbang itu dirasmikan, Anwar memberitahu pemberita bahawa Jawatankuasa Kabinet Mengenai KLIA gembira dengan kemajuan pembinaan lapangan terbang itu.

Dalam rakaman video, Anwar juga merujuk kepada rumah kediaman Perdana Menteri yang sedang dibina di Putra Jaya sebagai 'istana rasmi' dan mendakwa beliau tidak bersetuju dengan pembinaan rumah itu.

Bagaimanapun, Anwar membisu terhadap hakikat bahawa pembinaan Putra Jaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan dipersetujui bersama oleh Kabinet yang mana beliau adalah anggotanya sebelum dilucutkan jawatan pada 2 September lalu.

Beliau juga tidak membangkitkan persoalan bahawa pembinaan rumah kediaman Perdana Menteri sudah dibincangkan di Parlimen pada 15 Julai yang mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman memberitahu Dewan bahawa rumah itu adalah rumah kediaman Perdana Menteri, bukan rumah milik Dr Mahathir.

"Rumah itu yang kini masih dalam pembinaan adalah rumah kekal kerana kerajaan tidak berhasrat membina rumah Perdana Menteri," kata Fauzi.

Beliau menambah rumah kediaman rasmi bernilai RM16.7 juta bukan RM200 juta sebagaimana didakwa sesetengah pihak. Fauzi memberitahu Dewan Rakyat ketika itu:

"Perancangannya mengambil kira status Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan menggambarkan kedaulatan negara," katanya.

Ini bagaimanapun tidak menghalang Anwar daripada memberitahu perkara yang tidak benar apabila beliau memberitahu satu perhimpunan di Kuala Terengganu tiga hari sebelum ditangkap bahawa rumah itu berharga RM200 juta.

Sekutu-sekutu Anwar juga mempunyai kepentingan dalam beberapa projek besar seperti KL Sentral bernilai RM4 bilion (MRCB), Hubungan Rel Ekspres bernilai antara RM3 bilion dan RM4 bilion (Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Dr Abdul Rahim Ghouse) dan KL Linear City bernilai RM10 bilion (Kamaruddin).

Projek lain ialah Transit Pengangkut Penumpang KL (Kamaruddin), Sabah Shipyard Sdn Bhd (Kamaruddin), Projek IPP Segari bernilai RM4 bilion yang dianggap terbesar di negara ini (MRCB), Projek Laluan Ekspres Ipoh-Lumut bernilai RM1 bilion (MRCB), Projek IPP Melawa di Sabah bernilai RM120 juta (Realmild Sdn Bhd) dan Perkhidmatan Sokongan Hospital (Realmild).

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman adalah Pengerusi Industrial Oxygen Incorporated Berhad, yang ditawarkan projek pembangunan semula Hospital Permai di Johor Bahru.

Dalam rakaman video itu, Anwar juga mempersoalkan perjanjian antara Konsortium Perkapalan Berhad dan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia, walaupun dia sendiri mendakwa itu bukanlah untuk menyelamatkan syarikat terbabit.

Source: Berita Harian, 28 September 1998.




1 ulasan:

cik kiah berkata...

Ayat Anwar : "Saya tak ambil satu sen pun!"

Memanglah ko tak ambil satu sen, apa barang satu sen, nak sedekah pun buat malu jer. Kayakan kroni lagi untung, juta2 masyuk. Kalau orang lain terbukak besar biji mata, kata orang kronilah, kayakan anak menantulah...haa..ko tak kayakan saudara mara ko selain kawan2 rapat ko.

Kalau dalam kain orang lain cepat sangat nampaknya, tapi kalau dalam kain sendiri sedaya upaya tak nak kasi terselak. Sampai bila nak tutup anwar oii..lama2 Allah akan tunjukkan juga. Sekarang masanya dah terbukak semua.