MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Jun 2009

Anwar mahu Mahkamah perintah pendakwa raya bekalkan dokumen



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.

Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman CCTV yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan-kenyataan saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain.

Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S.N.Nair and Partners, pada pukul 2.15 petang ini. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.

Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.

Anwar juga memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai.

Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen dokumen tersebut.

Anwar mendakwa beliau melalui peguam caranya, telah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen tersebut tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya.

Oleh kerana kes itu melibatkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, katanya beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.

Beliau juga berkata pembelaan beliau melibatkan pembelaan alibi dan beliau ingin memberikan notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut.

Anwar, 61, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

sumber - mstar


4 ulasan:

bzz berkata...

Macam kat skolah...

Nak soalan bocor la tuh...

Unknown berkata...

dia buat dah......

Unknown berkata...

aku dok tunggu jugak apa dia nak buat hal pulak sebelum 1/7/09...hari ni dia start gelabah balikkkkkkk...berani kerana benar, sang hipokrittttttt

ladybird berkata...

Cakap berdegar-degar...tapi bila masuk bab liwat...telur anwar terus kecut,....nampak sangat dia memang BERSALAH.