DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).
Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.
"Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.
Dalam satu kenyataan, Teresa berkata sikap mahu mengharamkan sesuatu adalah sifat Umno dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat.
"SIS bebas bersuara dan jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan pendiriannya, maka perlu dibahas secara sopan dan terbuka.
"Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita," katanya
Oleh itu, Teresa berharap PAS dapat berpegang teguh dengan janji dan amanah Pakatan Rakyat untuk memastikan hak dan kebebasan rakyat pelbagai pandangan di negara ini dijamin dan dilindungi.
Semua pihak, tambahnya, menghormati Islam sebagai agama rasmi di negeri ini.
"Pada masa yang sama, Islam sendiri bersifat terbuka dengan menerima perbezaan pendapat yang boleh dibincang, dihujah atau dicari jalan penyelesaian melalui rundingan dan dialog.
"Selama ini, kita semua berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan Umno dan BN.
"Kita tidak harus meniru sikap mereka yang tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya tahu menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang yang berbeza pendapat," tambahnya.
sumber - malaysiakini
2 ulasan:
Lepas ni usul tu tinggal usul saje laa...sebab saudara sebantal dah bersuara...benda nie akan jadi seperti perlaksanaan hukum hudud..bila king singh tu sergah sikit jee..PAS dah kecut teloq..yang timbul cuma slogan pas 4 all
Betul tu Anak Lenggong.
Jika kita amati intipati Muktamar PAS tempohari, segala idea dan saranan sebenarnya hampir menyerupai program-program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan BN berpuluh tahun yang lalu.
Konsep perpaduan dan pelbagai kaum dan program sihat yang memenuhi kehendak remaja yang dahulu perlaksanaannya oleh kerajaan BN sering diperlekehkan oleh PAS namun kini mereka sedar akan keperluannya.
Berserban jika perlu sahaja. Panas beb....
Catat Ulasan