Oleh Gelagat Anwar
Gunalah teori politik apa pun, Husam memang hakikatnya adalah seorang ahli politik yang terbabit dengan ‘jinx’ kerana terlalu dekat dengan Anwar. Kalau dalam PKR, rapat dengan Anwar bererti peluang yang cerah. Tapi kalau dalam PAS, perwakilan pun tahu membezakan antara yang baik dan buruk. Husam memang hakikatnya adalah orang Anwar yang diibaratkan sebagai ‘trojan horse’ di dalam PAS. Husam tidak mampu nafikan itu.
Apakah itu menjadikan Husam sebagai orang yang paling dipercayai Anwar di dalam PAS? Tidak juga. Orang yang paling Anwar percaya adalah mantan Setiausaha Agung, iaitu Kamaruddin Jaafar. Anwar sebenarnya mahu meletakkan Kamaruddin Jaafar di peringkat yang paling tinggi dalam PAS, tetapi takut nampak sangat. Kamaruddin Jaafar memang orang Anwar lagi dulu. Direndam dengan air apapun, tetap dengan Anwar. Berada di dalam PAS sebagai alat politik Anwar sahaja.
Kenapa Husam? Anwar melihat Husam sebagai bintang yang boleh digilap. Terutama sekali, apabila Anwar melihat Husam ini ada budaya ‘korporat’ sedikit. Tahu berniaga. Bijak menutup jejak ekonomi sampaikan orang percaya dia seorang pejuang Islam yang sejati. Hakikatnya, ’susunan niaga’ Husam di Kelantan memang mantap dan padu. Ibaratnya, Anwar tahu orang yang begini akan mudah dibeli dan diniagakan prinsipnya. Anwar tahu kelemahan Husam.
Sekarang ini, apa yang tinggal untuk Anwar adalah memastikan orang-orangnya dilantik kembali ke dalam saf kepimpinan PAS. Itu sahaja yang tinggal. Husam mesti dipastikan berada di kalangan ‘pegawai’ parti. Husam mesti dipastikan berada di dalam ‘ranking’ kepimpinan PAS. Tak boleh lari jauh. Kalau jauh sangat, takut Husam tidak cukup nyawa nak hidup di dalam PAS. Kaedah terbaik, adalah menyertai PKR – tetapi jiwa ‘Islam’ Husam tidak boleh dibeli sebegitu rupa. Dia kena kekal di dalam PAS.
Sepatutnya, Anwar patut ‘go for broke’ dalam pemilihan kali ini. Tanding peringkat Presiden dan menghantar Tuan Guru Nik Aziz sebagai calon Anwar. Barulah ada strategi yang sangat padu. Ini tidak. Hadi dilepaskan tanpa bertanding, dan mengharapkan ‘perwakilan’ memberikan ‘undi istimewa’ kepada Husam – dengan menggunakan ‘niat persahabatan’ dengan UMNO sebagai asas argument. Sayang, itu tidak berlaku.
Anwar pasti kesal kerana membenarkan Hadi menang mudah. Jika Nik Aziz lawan Hadi kelmarin, situasi akan jadi lain. Barulah ‘chai’ itu jadi lengkap. Ini tidak. Husam dilepaskan sebagai ‘tentera solo’. Husam kena jadi Rambo. Husam kena jadi seorang sahaja pejuang Anwar yang tulin. Tahap ‘mursyidul am’ tak boleh nak campur sangat. Sampai petang pertandingan masih kata, dia ‘neutral’. Mana nak jalan.
Anwar tepuk dahi lagi dalam mesyuarat strategik ‘peribadinya’ semalam. Anwar tidak sangka Hadi sanggup mengutarakan semula niat ‘kerajaan perpaduan’ secara terbuka. Anwar sentap (kata orang muda). Merah padam mukanya dengan kenyataan tersebut. Merah padam, kerana Hadi sudah berjanji bahawa kerajaan perpaduan tidak akan diungkit lagi, sebagai galang ganti kepada kemenangan bergayanya sebagai Presiden PAS tanpa tanding.
Anwar kena tunggu tiga tahun lagi bagi meletakkan kuda barunya. Itupun belum tentu jalan, sekiranya segala permasalahan dalam PR tidak diselesaikan dengan seberapa segera. Anwar tahu bahawa ini bukan jalan yang mudah. Orang sudah tahu dan maklum dengan strategi Anwar.
Keputusan menggunakan Husam ’seorang’ sebagai ‘rambo perjuangan’ PKR di dalam PAS adalah sangat silap. Sehebat-hebat Anwar pun mengakui bahawa kali ini di silap besar.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan