MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Jun 2009

CIA didakwa jadi dalang - Menteri Dalam Negeri Iran

TEHERAN - Menteri Dalam Negeri Iran, Sadeq Mahsouli semalam menuduh Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS) membantu membiayai kumpulan perusuh di sini.

Dakwaan tersebut mengukuhkan lagi tuduhan bahawa Barat terlibat dalam siri bantahan jalanan yang mempertikai keputusan pilihan raya Presiden pada 12 Jun lalu.

"Britain, AS dan rejim Zionis mendalangi kekacauan di Teheran baru-baru ini," kata Sadeq.

"Ramai perusuh mempunyai hubungan dengan AS, CIA dan Pertubuhan Mujahideen Khalq (MKO)," tambahnya.

MKO merupakan sebuah pertubuhan tempatan yang berpangkalan di luar Iran.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki berkata, Teheran sedang menimbang sama ada akan merenggangkan hubungan dengan Britain selepas setiap negara mengusir dua diplomat pada minggu ini.

Beliau turut menyatakan tidak akan menyertai mesyuarat Kumpulan 8 (G8) iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Rusia, Britain dan AS di Itali esok.

Sementara itu, anggota-anggota polis pencegah rusuhan dan militia menghalang penunjuk perasaan yang berhimpun dekat bangunan Parlimen di sini.

Beberapa saksi berkata, anggota polis yang dilengkapi dengan cota dan alat perlindungan mengarahkan ratusan orang yang cuba berkumpul di Medan Baharastan supaya bersurai.

Ketika negara itu dilanda isu rusuhan, Tentera Udara Iran turut mengadakan latihan di selatan Iran.

sumber: Kosmo Online

Tiada ulasan: