Oleh Pochongmenulis, AIDCclub
Di Istanbul Turki, sebahagian dari kaum 'Gay', yang berasal dari Iraq atau dikenali juga golongan homoseksual ini dikatakan telah menikmati kebebasan mereka sepenuhnya apabila mereka berpindah ke Turki.
Kota Istanbul dikatakan sangat memberikan kelonggaran dan kebebasan kepada golongan ini sehingga mereka merasa hidup selesa tanpa ganguan selama berada di negara yang dikatakan mengamalkan prinsip kebebasan dan mengasingkan agama dari prinsip pemerintahan. Menurut golongan gay ini keadaan itu jauh berbeza dengan suasana di Iraq yang menurut mereka penuh dengan risiko ancaman kematian.
Dikatakan sewaktu di Iraq mereka diancam bunuh oleh puak pejuang Islam, kerana selain dari melakukan perbuatan terkutuk homoseks yang bertentangan dengan Islam, mereka juga bekerja di penempatan tentera Amerika yang menjajah bumi Iraq.
Tindakan homoseksual sebenarnya adalah sesuatu yang dilarang di seluruh negara-negara Arab, namun selepas penjajahan Amerika di Iraq golongan ini mendapat sedikit ruang untuk bergerak .
Tetapi kebebasan kaum gay dan lesbian di Iraq itu dikatakan tidak lama, setelah terjadinya kebangkitan puak kelompok Islam yang ingin memerangi pasukan AS dan sekutunya, di mana golongan gay juga dikatakan menjadi sasaran kumpulan tersebut.
"Saya akan dilanyak dan dibunuh jika saya mengaku saya seorang gay.." kata Ameer.
"Tapi di sini, di Turki kami merasa sebagai manusia dan hak-hak kami terjamin tidak seperti di negara asal kami, Iraq."
Di Kota Baghdad, dia menjalani kehidupan gay secara diam-diam, tanpa sepengetahuan keluarganya, hanya dia dan teman-teman yang sealiran dengannya sahaja yang tahu.
Kerana di Iraq dahulu tindakan homoseksual boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. Ameer telah tinggal di Iraq setelah keluarganya melarikan diri dari zon Perang, tinggal di wilayah kaum Syiah dan bekerja untuk tentera Amerika di ibu kota Baghdad, yang dibina Zon Hijau, iaitu sebuah kawasan selamat bagi orang barat/masyarakat luar disana.
Ameer, yang telah meninggalkan Bagdad sejak Jun 2007 lalu, meminta suaka politik dan dipersetujui setelah tiga kali ditemuduga di pejabat PBB, Ankara Turki. DIa berharap suatu hari nanti ia dapat bergabung dengan pasangan gay lain di AS.
"Teman dan sepupu saya di AS kata, saya boleh menikmati kehidupan gay disana, dan saya tidak perlu malu untuk mengakui, saya seorang Gay." katanya.
Namun buat masa ini, Ameer menikmati dahulu kebebasan penyimpangan seksnya di negara Turki yang majoriti penduduknya adalah Islam, dimana dirinya merasa selamat dan selesa dengan status dirinya yang mengamalkan kehidupan homoseksual .
Untuk menjalani kehidupan di Turki, Ameer mendapat sedikit bantuan wang dari keluarganya di Iraq sambil beliau sendiri berkerja sebagai pencuci kereta.
"Kami tidak lagi risau disini," kata salah seorang teman gay Ameer yang bernama Safwan. "Saya akan berpikir 100 kali untuk kembali ke Iraq..."
Itu kisah di Iraq dan Turki, di Indonesia selepas era orde baru Soeharto dan kebangkitan golongan reformasi juga telah menyaksikan situasi yang sama, kelompok masyarakat gay di Indonesia kini telah wujud secara nyata dan bukan lagi secara bersembunyi.
Itulah harga nilai kebebasan dan demokrasi yang dilaungkan oleh Amin Rais dan para pejuang reformasi suatu ketika dahulu, golongan masyarakat gay di Indonesia kini begitu berani menonjolkan diri dan memperjuangkan hak kehidupan mereka sebagai gay atas nama Hak Asasi Manusia.
Antara kumpulan yang aktif memperjuangkan hak kumpulan ini ialah kumpulan Arus Pelangi yang ditubuhkan pada tahun 2006 beribu pejabat di Jakarta Selatan Indonesia. Kumpulan ini diwujudkan dengan matlamat untuk membela golongan gay, lesbian dan pengamal hubungan sejenis di Indonesia.
Yang menariknya kumpulan ini akan mengangkat seboleh mungkin mana-mana pemimpin agama yang mengiktiraf kelompok mereka seperti Musdah Mulia seorang tokoh Islam Moderat dari Nahdatul Ulama yang menyokong perjuangan golongan gay, begitu juga dengan Desmon Tutu seorang Paderi Kristian yang pernah mengungkapkan :
"Jika saya diperkenankan menghapus salah satu ketidak-adilan, saya menginginkan dunia ini tidak lagi menghajar seseorang hanya karena orientasi seksualnya. Ketidak-adilan ini sama kejamnya seperti kejahatan terhadap kemanusiaan yang satu lagi, iaitu "Apartheid".~ Desmond Tutu, Afrika Selatan ~
Pada mereka kelompok inilah yang harus disokong oleh masyarakat gay kerana membela hak dan kebebasan mereka. Selain berhubungan dengan kelompok kumpulan gay dan lesbian di Indonesia , Arus Pelangi juga mengadakan kerjasama dengan kelompok gay di negara yang memberi ruang kepada organisasi gay bertapak seperti Thailand dan Filipina dan menghadiri persidangan ILGA (International Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender & Intersexual Association). Menganjurkan pelbagai dialog dan pelbagai program untuk membantu kelompok masrakat gay dan Lesbia di Indonesia.
Walaupun perkembangan perjuangan gay di Indonesia seakan mendapat tempat dan pengiktirafan kesan reformasi 1998 dimana hak asasi dan kebebasan dibenarkan, di Malaysia sehingga ke saat ini masih belum ada pihak berani membuat tindakan sama seperti rakan mereka di Indonesia, kerana undang-undang sedia ada di Malaysia menghalang kewujudkan kelompok tersebut.
Namun begitu situasi di Indonesia dan Turki tidak mustahil berlaku di Malaysia sekiranya kelompok yang menguasai kerajaan nanti akan membuka ruang seluas-luas atas dasar nama demokrasi.
Contohnya Anwar Ibrahim yang selalu membandingkan demokrasi Malaysia dengan demokrasi yang ada di Turki dan Indonesia. Pada Anwar di Indonesia dan Turki mereka lebih beruntung kerana Hak Asasi manusia terjamin dan kebebebasan diberi seluas mungkin. Soalnya adakah hak asasi manusia itu harus melangar apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan dan Pencipta Manusia.
Anwar Ibrahim selepas dirawat di Munich Jerman selepas dibebaskan dari penjara dikatakan telah pergi ke Afrika Selatan, menemui Desmond Tutu, Ketua Biskop Kristian dan Nelson Mandela , bekas Presiden Afrika Selatan pada 1 Disember 2004.
Timbul persoalan kenapa Anwar melawat Paderi Desmond Tutu, di Afrika Selatan, kerana umum mengetahui bahawa Paderi itu merupakan penyokong kuat Amerika dan beliau dianggap pejuang hak asasi yang lantang termasuk memperjuangkan isu homoseksual.
Apa agenda Anwar sebenarnya, adakah Anwar Ibrahim juga sebenarnya ingin memperjuangkan hak hubungan sejenis di Malaysia, kerana di Indonesia rakan baiknya Gus Dur melalui Musdah Mulia ( Ketua Muslimat Nahdatul Ulama) telah memberi pengiktirafan kepada kelompok gay dan Lesbian. Dan yang memelikkan lagi mendangkalkan kedua tokoh yang memperjuangkan hak golongan gay/lesbian ini pernah diberi anugerah dari pelbagai pihak barat.
Artikel ini ditulis berdasarkan rujukan dan maklumat dari EraMuslim, ILGA, Arus Pelangi, dan sini
sumber - pochongmenulis
1 ulasan:
Apakah ada persamaan tabei mereka?
Bukan itu sahaja Mustafa juga gemar mengunjungi kedai-arak dan juga mengunjungi rumah- pelacuran sebagai tempat untuk beliau berhibur dengan perwatakanya yang agak menarik beliau gemar memikat perempuan umtuk memuaskan kehendak hatinya dan beliau juga seorang kaki judi. Beliau suka bermain judi dari malam hingga ke pagi dan tabiat paling buruk firaun moden ini, beliau dikatakan seorang BISEKSUAL dan gemar melakukan hubungan seks di luar tabie di kalangan pelajar sekolah. Sekiranya nafsu sedang menguasai dirinya denagn mudah sahaja beliau dapat memenuhinya dengan apa yang dicita iaitu dengan mengalihkan pandangan masyarakat bahawa beliau adalah bapa angkat kepada pelajar-pelajar tersebut. Sungguh aneh seorang pemimpin yang terlalu jijik sikapnya ini disanjung tinggi oleh masyarakat dunia dan mendapat pengiktirafan “Bapa Pembangunan Turki Moden” apa pula bezanya dengan Anuar Ibrahim yang ditabalkan oeh Yahudi sebagai “ TOKOH ISLAM MODERATE “ ??
Catat Ulasan