Oleh Irfan Yusuf
Anwar Ibrahim menyokong 'fatwa' Tariq Ramadhan. Pengadilan jenayah, merejam penzina atau memotong tangan atau memenggal kepala, bukan ciri penting Syariah Islam.
Dua tokoh Islam terkemuka di dunia telah menjejakkan kaki ke bumi Autralia.
Tariq Ramadhan telah menyampaikan ceramah-ceramah dan mengadakan bengkel-bengkel di Sydney dan Melbourne. Dia membawa satu pesanan bahawa umat Islam perlu melibatkan diri dalam persatuan-persatuan di mana sahaja mereka tinggal. Dia juga memberi satu pandangan kritis berkaitan kepercayaan tasawuf (sering disalahanggap sebagai 'Sufisme'), yang datuknya (Imam Hasan al-Banna) supaya dapat dikaji dengan teliti .
Beberapa bulan kemudian, Anwar Ibrahim turut melawat Australia dan bercakap kepada masyarakat di Melbourne, Sydney dan Brisbane.
Dua tokoh ini (Tariq Ramadhan dan Anwar Ibrahim) banyak terlibat dengan ceramah-ceramah khususnya disasarkan kepada masyarakat Islam.
Anwar menyampaikan mesej yang sama kepada masyarakat Islam - yang menyeru umat Islam perlu melibatkan diri dengan masyarakat bukan Islam, umat Islam perlu berhenti berpura-pura bahawa umat Islam bukan sebahagian daripada komuniti yang menghuni masyarakat itu serta memperolehi faedah darinya.
Baru-baru ini, Dr Ramadan telah menggariskan 'fatwa' dengan tuntutannya supaya dihentikan undang-undang terhadap hukuman dera, merejam dan hukuman mati (dikenali secara kolektif sebagai hudud) dalam dunia Islam.
'Fatwa' Tariq Ramadhan itu telah dikritik oleh penulis-penulis dan sarjana-sarjana Islam, termasuk yang mendakwa mereka yang mengikuti warisan Imam Hassan Al Banna.
Saya tidak layak untuk mengesahkan 'fatwa' Dr Ramadan itu. Saya tidak memegang sebarang kelayakan formal dalam undang-undang syariah, ataupun saya bukan seorang graduan sebuah universiti Islam. Saya amat jarang menjejaki kaki di mana-mana madrasah (kecuali untuk belajar bagaimana membaca Quran dalam bahasa Arab).
Saya tidak mempunyai ijazah (kebenaran untuk mengajar) daripada sarjana Islam yang mempunyai ijazah daripada warisan (atau Sanad) Nabi Muhammad s.a.w (semoga Allah mencucuri rahamt ke atasnya)
Tetapi saya juga mengetahui mengenai pentadbiran keadilan jenayah. Saya juga tahu serba sedikit tentang politik dan perhubungan awam. Dan saya dengan rendah hati merumuskan jika sarjana-sarjana Islam tidak menangani diri mereka dengan betul, maka hubungan awam akan menjadi semakin parah.
“Kita perlu berhenti berpura-pura bahawa kita bukan sebahagian masyarakat yang kita perolehi faedah daripadanya.”
Syariah bukan hanya mengenai pengadilan jenayah, merejam penzina atau memotong tangan atau memenggal kepala.. Syariah adalah satu tradisi yang kompleks dan canggih yang melingkungi pelbagai pendapat luas daripada perkara asas sebagaimana peraturan-peraturan biasa, sebagai contoh meletakkan tangan anda apabila bersembahyang. Hukuman hudud adalah sebahagian kecil daripada cabang syariah.
Tetapi cara beberapa sarjana Islam membantah, menyebabkan masyarakat akan memikirkan bahawa pendapat penulis-penulis News Limited (syarikat media Australia kepunyaan Rupert Murdock) adalah betul dengan mengatakan syariah itu adalah hukuman jahat.
Keadilan jenayah bukan sahaja wujud dalam buku undang-undang atau tesis golongan terpelajar. Antara jenayah dan hukuman terdapat pelbagai siri dan langkah. Pesalah harus difahami kesalahan dan didakwa. Keputusan yang dibuat mesti atas keadilan.
Kemudian terdapat isu-isu berkaitan mahkamah yang memerlukan bukti dan prosedur. Akhirnya, di atas keyakinan, mestilah menjatuhkan hukuman mengikut garis panduan yang telah ditetapkan kepada hakim. Bukan semua pencuri secara automatik dihukum. Semua ini memerlukan agensi penguatkuasaan undang-undang terlatih.
Dalam kes Anwar, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang tersebut adalah terlatih bagi menerangkan bahawa dia lebam di sekitar matanya dan kecederaan parah yang pernah dialaminya akan menjejaskannya seumur hidup. Dia lebih bernasib baik. Sebelum ini, wujud kes Mamdouh Habib (rakyat Mesir, warganegara Australia baru-baru ini dibebaskan dari penahanan di Guanatanamo Bay), mungkin telah dihantar ke Mesir di mana penguatkuasaan undang-undangnya lebih kasar.
Dan bayangkan jika hukuman hudud dikenakan ke atas Anwar selepas didapati bersalah dalam kes liwat. Kita tidak akan mendengar berita mengenainya selepas itu. Semua yang mungkin kita dapat lihat adalah sebuah batu nisan dengan nama Anwar terukir di atasnya.
Juga diperlukan adalah hakim-hakim yang berkelulusan dan bijak. Saya mempunyai saudara mara di Pakistan yang merupakan peguam. Mereka memberitahu bagaimana terdapat ramai hakim bijak di sana. Hakim yang menjalankan perbicaraan kes Anwar juga cerdik dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
Sebelum penulis-penulis pro-Ikhwan Muslimum menyerang Dr Ramadan di atas 'fatwa'nya itu, mereka perlu menyediakan satu contoh sebuah Negara Islam di mana undang-undang undang-undang adalah tertinggi, di negara mana hakim-hakim adalah berkelulusan untuk memahami dalam menguatkuasakan hudud serta di mana polis dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang lain adalah bebas rasuah.
Syariah mungkin (dan saya percaya) adalah amat berjaya jika dilaksanakan dalam sistem perundangan. Tetapi di pihak yang salah, kemungkinan hukuman-hukuman ini boleh disalahgunakan.
Syed Maududi (Abu al Al Maududi), merupakan seorang penyokong utama dalam pengenalan syariah kepada undang-undang Pakistan, tetapi dia juga dengan kuat menentang pengenalan hudud dilaksanakan sehinggalah moral, syarat-syarat sosial dan pendidikan diikuti secara betul.
Tiada guna memotong tangan pencuri apabila ekonomi keseluruhan adalah berasaskan sistem Robin Hood - mencuri daripada majoriti yang miskin dan memberi kepada minoriti kaya.
Dan apakah akan terjadi satu mimpi buruk, jika penyokong syariah menang dalam penciptaan satu sistem di mana kredibiliti syariah hilang di mata orang ramai yang sepatutnya syariah bertujuan untuk garis panduan dan menyelamatkan masyarakat.
Bayangkan masyarakat Islam antarabangsa dipenuhi dengan berjuta-juta manusia seperti Amina Lawals. [Aminah Lawal adalah wanita muslim Nigeria telah dijatuhkan hukuman rejam sampai mati oleh mahkamah syariah Nigeria pada Mac 2002, kerana didapati bersalah melakukan zina hingga melahirkan anak luar nikah]
Khalifah Umar mempunyai idea yang tepat. Dia menangguhkan hukuman untuk pencuri semasa kemiskinan teruk yang membawa kepada keburukan . Semasa orang ramai terpaksa mencuri semata-mata untuk hidup, hukuman memotong tangan jarang sekali dipraktikan.
Apabila cendekiawan-cendekiawan menentang apa-apa sahaja yang dicurigai dalam syariah, mereka menghakis kredibiliti mereka sendiri. Mereka juga bercakap dan mengadili dalam bidang yang lebih daripada kepakaran mereka.
Hakim perbicaraan yang menjatuhkan hukuman kepada Amina Lawal pada asasnya adalah adalah satu contoh klasik yang minoriti (dan sebahagian besar memalukan) kedudukan dalam fakulti undang-undang Maliki
Sarjana-sarjana ini berdiri teguh dengan pendirian mereka, penulis-penulis, profesional-profesional, golongan perniagaan dan umat Islam biasa lain akan cuba untuk melibatkan diri dengan dengan rakan pelbagai bangsa.
Sukar untuk dijelaskan kepada mereka yang bukan Islam bahawa tujuan-tujuan Islam adalah benar apabila golongan agama berniat untuk menyekat berdasarkan keganasan yang tidak berhati perut. Banyak perkara dapat diperoleh jika bergaul dengan orang bukan islam!
Memang, sarjana-sarjana Islam sentiasa menyatakan kebenaran. Mereka mengakui terdapat halangan-halangan serius yang perlu diharungi sebelum sebarang aspek syariah dilaksanakan di mana-mana negara Islam.
Mereka mengakui syariah itu bukan hanya berkaitan dengan keadilan jenayah tetapi juga dengan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, perkahwinan dan semuanya bermula dengan keadilan.
Syariah adalah sebagai mengawal kelakuan anti persaingan dalam pasaran atau memastikan perantaraan dalam penyelesaian pertikaian-pertikaian komersial dan sebagai menyeksakan penjenayah.
Undang-undang tidak wujud dalam satu kekosongan sosial. Marilah kita membina masyarakat Islam yang teratur sebelum kita memulakan secara drastik dengan hukuman-hukuman jenayah Islam.
Marilah kita memastikan terlebih dahulu dalam sebuah negara Islam terdapat satu badan kehakiman bebas, sepasukan polis bebas rasuah, pegawai mahkamah yang bersih, ahli politik yang jujur dan keadaan sosial yang dikurangkan tahap kemiskinan, pembunuhan dan setiap jenayah lain yang berkaitan dengan hudud.
Tariq Ramadhan mempunyai satu sebab yang kukuh menangguhkan hukum Hudud. Dan Anwar Ibrahim adalah bukti yang nyata bahawa tidak semua Negara Islam bersedia untuk melaksanakan hudud.
Biarlah Negara Islam terikat dengan undang-undang pertama (the rule of law) dalam menjatuhkan hukuman kepada seseorang.
Nota : Irfan Yusof adalah penulis, wartawan bebas dan peguam yang berpengkalan di Sydney, Australia
Nota Kaki: Artikel ini pertama kali diterbitkan di Alt.Islam
AIDC menterjemah artikel 'Anwar Ibrahim Is Proof That Tariq Ramadan Has A Point'. Artikel asal klik di sini
Artikel lain berkaitan :
. Mazhab Islam Anwar : Versi Al Quran & Shakespeare
1 ulasan:
salam semua,
berpandukan hukum hudud, tidak ada bukti yang menunjukkan sdr. anwar ibrahim telah melakukan perbuatan meliwat. usahlah membuat fitnah.
Catat Ulasan