MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

24 Jun 2009

Awas penyusupan musuh luar ke dalam PAS ! - Dr Haron Din


Oleh Haris Zalkapli

"Heed not the blind eye, the echoing ear,nor yet the tongue, but bring this great debate the test of reason."- Parmenides


Timbalan mursyidul am PAS, Datuk Dr Haron Din membuat kenyataan paling jelas dan mengejutkan dalam menegaskan perlunya ulama memegang jawatan tertinggi parti, iaitu presiden dan timbalan presiden.

Dalam ucapannya bertajuk Memperkukuh Kepimpinan Ulama dalam majlis sambutan jubli perak kepimpinan ulama PAS, Haron memberi amaran amalan membenarkan sesiapa sahaja bertanding boleh membenarkan "musuh dalam yang dirancang oleh musuh luaran berpeluang menduduki tampuk kepimpinan tertinggi parti."

Ucapan berterus-terang ini mudah untuk dibaca sebagai ditujukan kepada kumpulan Erdogan yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kalangan ahli PAS kebanyakan, hujah utama menentang Erdogan ialah apa yang dilihat sebagai ketaatan mereka kepada Anwar, sesuatu yang bertentangan dengan konsep wala' yang ditekankan dalam pendidikan parti itu.

Haron menjelaskan lagi amarannya itu dengan menyebut keahlian yang terbuka parti berpotensi membuka kepada perancangan "Umno atau musuh luar negara" untuk meramaikan ahli dan memenangkan "musuh Islam yang sedang berada di dalam."

Menjelang muktamar kurang dua minggu lagi, ucapan ini dijangka bakal memberi kesan kepada pemilihan dan mengundang respons kuat daripada kem Erdogan.

Amaran terbuka ini juga dijangka meningkatkan lagi pertembungan antara dua kelompok besar, ulama dan Erdogan. Tetapi, kenyataan tentang "musuh Islam" dan "musuh luar" mampu mendatangkan kesan negatif kepada golongan ulama sendiri sekiranya amaran itu dilihat sebagai pembunuhan karakter menjelang pemilihan.

Cadangan Haron supaya calon pemilihan melalui penapisan seperti calon pilihan raya juga mungkin akan mendapat sambutan dingin kerana dilihat usaha menghalang tokoh-tertentu bukan ulama yang mendapat sokongan kuat ahli.

Ucapan Haron ini telah membuka fasa baru dalam persaingan kuasa dalam PAS. Tetapi, ucapan ini berpotensi juga menjadi double-edged sword kepada agenda kelompok ulama yang menyokong idea dua pemimpin tertinggi mesti dari kalangan ulama.

Bagaimanapun, kem Erdogan kini menyaksikan tentangan yang semakin kuat terhadap mereka, dan dengan hujah-hujah yang lebih mudah sampai kepada ahli-ahli akar umbi.

Amaran timbalan mursyidul am PAS, Datuk Dr Haron Din tentang penyusupan pengaruh asing dalam PAS mula mendapat perhatian media semalam, yang hanya memberi tumpuan pada amaran itu.

Kertas dibentangkan Haron setebal 13 muka surat menumpukan pada hubungan tuntutan perjuangan Islam dengan keperluan ulama memimpin parti dengan maksud individu digelar ulama perlu memegang jawatan-jawatan tertinggi.

Beliau, selain memberi amaran kesan negatif kepada parti ekoran sesiapa sahaja termasuk yang bukan ulama boleh memenangi jawatan tertinggi parti juga pergi lebih jauh dengan mencadangkan maksud ulama didefinisikan secara rasmi untuk memenuhi maksud "kepimpinan ulama."

Beliau juga menggesa keputusan yang mengikat dihasilkan untuk memastikan kepimpinan ulama dilaksanakan. Menurutnya, ini "termasuk menetapkan portfolio-portfolio penting yang perlu dipegang oleh ulama."

Haron jelas bimbang terhadap pengaruh ulama yang dilihat merosot, terutama dalam menangani pertembungan dengan kumpulan Erdogan yang jauh lebih sofistikated dan asertif dalam menentukan tindakan dan sikap parti seperti yang dilihat menjelang 16 September tahun lalu.

Bagaimanapun, cadangan beliau seperti meletakkan syarat kelayakan berdasarkan portfolio ditandingi kelihatan wajar dilaksanakan, terutama melibatkan portfolio seperti penerangan dan portfolio lain yang memerlukan kepakaran khusus.

Tetapi, penentuan kelayakan ini mungkin sukar untuk ditetapkan berdasarkan kitab fiqh semata-mata seperti disarankannya.

Dua cadangan Haron bakal menguatkan kuasa ulama dalam parti sekiranya dilaksanakan, iaitu: Semakan calon-calon pemilihan PAS oleh Majlis Syura, berdasarkan syarat "ahlul halli wal aqdi" dan "ahlul ikhtiar" dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilantik dalam muktamar hanya sah jawatan mereka selepas mendapat endorsement daripada Majlis Syura.

Sebenarnya, banyak jawatan dalam PAS memerlukan perbincangan yang mendalam untuk mengelakkan mereka yang tidak layak atau tidak mampu melaksanakan tugas dilantik. Semakan paling utama perlu untuk meletakkan individu berkepakaran tertentu di tempat yang sepatutnya, untuk menggerakkan jentera PAS yang perjuangnya bermula sejak sebelum merdeka lagi.

Parti - yang mempunyai sebuah pejabat agung, pelbagai dewan dan lajnah serta sebuah organisasi media yang berdaya maju dan berpotensi - perlu diuruskan dengan lebih baik oleh mereka yang layak. Selain meletakkan ulama sebagai pemimpin pada jawatan-jawatan tertentu, pemimpin-pemimpin perlu juga memberi lebih perhatian kepada keperluan organisasi parti ini.

sumber - politik pop . Klik di sini dan di sini


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lebih jelas lagi mereka adalah "UMANG-UMANG" yang dimaksudkan oleh Ust Harun Din..yang bijak menyusup dan menyamar dalam bentuk yang serupa.

Hingga menjadi terlalu sukar untuk kita memasti ia benar benar siput atau Umang umang raja penyamar yang boleh merupa dalam berbagai gaya,mengikut kulit dan gaya.

Tetapi mungkin juga kita terlepas pandang maksud Ust Harun Din ini yang mungkin membawa seribu pengertian pada kita yang amat ketara.

Inilah cara ulama berbicara tersirat seribu makna pada yang memahaminya..

"amarannya itu dengan menyebut keahlian yang terbuka parti berpotensi membuka kepada perancangan "Umno atau musuh luar negara" untuk meramaikan ahli dan memenangkan "musuh Islam yang sedang berada di dalam."

Maksud Ust Harun din…musuh luar Negara lebih ketara yang perlu difahami maksunnya…iaitu..

“ Mereka lebih terbuka kepada DIALOG antara agama untuk menyelesaikan konflik dengan Yahudi, Kristian, Hindu dan mazhab-mazhab lain dalam Islam; Ruj Slot YUO TUBE- anuar tentang Hamas dan hisbullah- Osama dan sadam Husain Penganas”

Diatas factor musuh luar Negara yang dimaksudkan itulah Ust Harun Din merasai ulama perlu memegang jawatan yang tertinggi…