MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Mei 2009

Ulama PAS : Mogok lapar tiada dalam Islam



KUALA TERENGGANU – Tiada mogok lapar dalam perspektif perjuangan Islam, sebaliknya manusia disunatkan berpuasa dan bermunajat kepada Allah supaya setiap urusan menjadi ibadah.

Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah berkata, mogok lapar adalah suatu bentuk penyeksaan terhadap diri yang ditentang Islam dan tidak pernah dituntut dalam agama.

“Sebaliknya, dalam perjuangan Islam, penganutnya perlu menjadikan perjuangan dan urusan sebagai ibadah sambil merujuk kepada amalan puasa dan berdoa,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula hari ini bagi menyampaikan mesej agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Mogok berkenaan akan diadakan di Wisma DAP yang terletak berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Exco dan DUN.

Sementara itu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengajak seluruh ahli Pas untuk bersama-sama berpuasa sunat selama tiga hari bagi menunjukkan sokongan kepada usaha PR.

Abu Bakar berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan penganjuran mogok lapar dan menganggapnya jauh daripada ajaran Islam dan salah satu budaya yang dibawa masuk dari luar.

sumber - sinar harian

1 ulasan:

pondandotcom berkata...

espidicas alllllll,

mak nak komen sikit to you all. mak tak kisah dengan operasi kejar mengejar teman teman seperjuangan mak walaupun ada yang terkoyak pendernya. cuma mak nak bagitau walaupon we all ni golongan yang lain sikit tapi kann we all tak pernah wat mogok lapar tawww. kalau nak berlapar pun sebab we all puasa nyahhh. Apa kelas mogok lapar kan nyahhh. muka mak nanti kedut kedut kalau mogok tak makan. Mak pun heran la dgn Nizar yg kununnya disanjungi oleh org org islam perak tapi awwwwww getikk makk. perangai macam orang tak tahu agama gila kuasa gitu nyahhh. apa la matlamat hidup dia ni awwww. mak pun ada matlamat hidup, mau jadi yang terbaeekkkk. mau belajar kickdancing.

ok la, mak chow dulu nyahhh. awwww.