MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Mei 2009

Ulama PAS dibidas

RANTAU PANJANG: Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun hari ini membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap.

Kepimpinan ulama yang sebenarnya ialah kombinasi antara kalangan ulama dengan profesional bagi memantapkan masa depan parti, katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohamad Daud yang mahukan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS diberi kepada golongan ulama bagi memastikan kesinambungan masa depan parti.

Beliau berpendapat saranan Mohamad itu tidak berbangkit kerana kombinasi antara dua golongan itu penting jika PAS mahu terus diterima oleh semua peringkat pengikut sepanjang masa.

Sehubungan itu beliau mahu pemimpin terbabit diberi pendedahan mengenai konsep itu seperti yang diputuskan oleh Dewan Pemuda PAS pada muktamar agung parti 20 tahun lalu, di Bukit Mertajam.

"Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Semalam Mohamad dilaporkan berkata, kepimpinan tertinggi PAS perlu diterajui golongan ulama.

"Orang nombor satu (presiden) dan nombor dua (timbalan presiden) mesti ulama.

"Sebab kalau orang nombor satu ada tugasan lain, seperti cuti, sakit dan sebagainya, tugasnya mesti diambil oleh orang nombor dua," kata Mohamad

sumber - mstar



Timbalan Presiden: Pas Rantau Panjang calonkan Husam


KOTA BHARU 24 April - Pas Rantau Panjang hari ini mencalonkan Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu, Jun depan.

Yang Dipertuanya, Abdul Fatah Haron berkata, pihaknya akan menggandingkan Husam dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan untuk kekal sebagai Presiden Pas.

Katanya, bagi tiga jawatan Naib Presiden pula, Ketua Dewan Pemuda, Salahudin Ayub; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Taib Azamuddin dan Naib Presiden sekarang, Mohammad Sabu dicalonkan untuk bertanding jawatan itu.

''Keputusan ini dibuat pada mesyuarat jawatankuasa Pas Rantau Panjang semalam yang memutuskan mencalonkan Abdul Hadi dan Husam bagi dua jawatan utama itu,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Fatah berkata, pihaknya yakin kedua-dua pemimpin itu dapat membentuk pasukan yang lebih mantap untuk parti.

Husam dikatakan menjadi pesaing utama bagi jawatan timbalan, namun beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan masih bersikap 'tunggu dan lihat' sebelum memutuskan pendiriannya.

Bagaimanapun, Pas Kubang Kerian yang mana Husam selaku Yang Dipertuanya telah mengusulkan nama beliau untuk dicalonkan bagi jawatan itu.

Sementara itu, ditanya mengenai langkah mengejutkan Pas Selangor mencalonkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Presiden, Abdul Fatah berharap Pas di Kelantan tidak menuruti langkah tersebut.

"Nik Abdul Aziz sudah berada di tempat tertinggi dalam Pas sebagai Mursyidul Am. Walaupun Abdul Hadi mungkin ada sedikit kelemahan, kita tidak sepatutnya bersikap mahu menjatuhkannya, tetapi membantunya.

"Ramai ahli Pas tidak berpuas hati dengan cadangan beliau sebelum ini mengenai kerajaan perpaduan. Tetapi, mungkin disebabkan Abdul Hadi terpengaruh dengan nasihat yang tidak wajar, ia sudah ditarik balik,'' ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap dengan gandingan baru tersebut, pihaknya mempunyai masa secukupnya untuk mengukuhkan kedudukan Pas sebagai pemain utama dalam politik negara.

Mengenai penolakan pencalonan Nasharudin Mat Isa oleh Pas kawasan tersebut untuk dicalonkan semula sebagai Timbalan Presiden parti itu, beliau secara terbuka memberitahu:

''Orang nombor dua sekarang, tidak berjaya membantu membawa pembaharuan yang sepatutnya untuk Pas.''

sumber - utusan malaysia

Tiada ulasan: