MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Mei 2009

Anwar gambar dirinya pemimpin global sekular, liberal




Oleh : Manjeet Kripalani

Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, berada di Bombay pada hari ini. Ini adalah lawatan keduanya di India dalam masa 6 bulan. Dia merupakan rakan kepada Dr. Manmohan Singh, Perdana Menteri dan bekas Menteri Kewangan India, dan menyatakan bahawa dia (Anwar) mempunyai rakan-rakan yang lain di sini untuk dilawati.

Tetapi, dia telah menang. Anwar, partinya memenangi 6 daripada 13 negeri di Malaysia di dalam pilihan raya 8 Mac, telah memancing undi masyarakat India, yang merupakan 9% minoriti di Malaysia, di mana secara meluas telah diabaikan dan didiskriminasi oleh parti memerintah konservatif pada masa sekarang.

Negara tersebut telah memenjarakan pemimpin masyarakat Hindu, yang masih lagi berada di penjara, membangkitkan kemarahan kaum India, yang melibatkan hampir kesemua penganut Hindu dari Tamil Nadu yang berhijrah ke Malaysia berdekad-dekad sebelum.

Anwar menyatakan bahawa partinya adalah satu-satunya parti berbilang kaum di Malaysia – dan dia memastikan kemenangannya di atas tiket sekular,liberal.

Jadi, dia berada di Malaysia, negara asal masyarakat komuniti di negaranya.

Pembantunya berkata, dia (Anwar) menyukai India dan nilai-nilai demokratiknya, dan menyukai makanan India, yang turut dihidangkan di rumahnya.

Anwar berkata lawatannya pada kali ini tidak khusus, di mana dia turut mengadakan lawatan yang serupa ke Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Davos, dan sentiasa bercakap kepada wartawan, kerana Malaysia tidak mempunyai media yang bebas, dan rakyat tidak mendapat pandangan yang lain.

Melalui cara ini, sesuatu diambil oleh media Malaysia, dan melalui internet, jadi, kaum Melayu mendapat pandangan lain mengenai Anwar dan Malaysia.

Dengan menggambarkan dirinya sebagai pemimpin Asia, global, Anwar meningkatkan penghormatan ke atas dirinya dalam negaranya sendiri.

Dia menyatakan bahawa dia yakin untuk mengambil alih kerajaan di Malaysia – perubahan rejim dalaman- yang sedang berada dalam kejatuhan.


AIDC menterjemah artikel Businessweek, Manjeet Kripalani. Artikel asal klik di sini



Tiada ulasan: