MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mei 2009

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan sokong ulama



Oleh : MSO

MAKIN hari nampaknya suara Mohd Amar Nik Abdullah semakin lantang dan bernas. Inilah yang kita nak dengar dan sudah lama ditunggu-tunggukan, suara dan budasan minda dari anak tokoh Pas Kelantan, Allahyarham Nik Abdullah Arshad itu.


Sebelum ini beliau dilihat banyak mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dan memberi apa-apa komen melainkan hanya menjadi pemerhati saja. Ada sikap tidak mahu menunjuk-nunjuk dan mahu berlumba yang bertakhta dalam diri Nik Amar.

Sikap merendah diri itu menyebabkan Nik Amar dilihat sebagai tidak ke depan serta mempunyai idea yang canggih. Tidak hairan kalau ada orang menyifatkan beliau tidak popular ataupun performencenya tidak memuaskan kerana beliau suka bersikap macam ubi, berisi dalam diam.

Soal cantas mencantas, bina kroni dan berniaga anak-anak pokok ataupun menternak puyung dan ayam itik tidak menjadi kejutamaan Nik Amar. Beliau membantu rakyat dengan memberi ilmu menerusi portfolionya dan tidak dihebuhkan menerusi papan tanda gergasi sebesar gajah.

Jadi apabila beliau mula bercakap kebelakangan ini terserlah kebolehan dan ketinggi serta keanggunan idea politiknya. Bahawa Nik Amar ini bukan 'komang' sangat kerana orang Terengganu.

Sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, dan orang kepercayaan Tok Guru, sewajarnya Nik Amar bercakap sebagai membela dan memberi apa-apa penjelasan mengenai permainan politik yang menghimpit Tok Guru. Beliau tidak sepatutnya melepaksan begitu saja atas kepercayaan Tok Guru mampu menjaga dirinya. Ada pandangan atau idea Tok Guru yang memerlukan pentafsiran dan penghuraian lanjut dari orang-orang persis Nik Amar.

Dalam keadaan sekarang ini Tok Guru memerlukan mereka yang tulus dan ikhlas dalam memberi pandangan atau pun melaksanakan dasar dan iltizam kepimpinan ulama. Hanya mereka berilmu serta tahu sejarah kepimpinan ulama saja mampu menggerakkannya. Sekali lagi Nik Amar yang didik dengan asuhan politik Islam sejak dari kecil ada kemampuannya.

Perhatian ini juga penting kerana matan-matan politik Tok Guru sebelum ini banyak tersasar jauh dan tidak diterjemahkan dengan tepat. Timbulnya berbagai kekeliruan sehingga membawa kontroversi mengenai Tok Guru sendiri yang akhirnya boleh mengotorkan diri Tok Gur sebagai ulama.

Jadi apabila Nik Amar memberi kupasan berhubung pandangan Ketua Dewan Ulama, Mohamad Daud Iraqi yang mahu mempertahankan agar Pas terus dipimpin oleh golongan ulama ia satu tindakan baik dan kena pada masanya. Apabila orang berilmu dan tawadauk seperti Nik Amar turut menyuarakan ia menyakinkan lagi ahli lain. Lagipun orang arif mengenai diri Nik Amar yang tidak ghairah dalam politik mendapatkan kuasa. Makanya kalau beliau bercakap demikian bukan kerana political maileagenya.

Secara umumnya Nik Amar bersetuju kalau Pas terus dipimpin oleh ulama. Katanya kepimpinan sebegitu adalah tradisi di dalam Pas sejak dulu lagi. Walaupun Mohd Asri Muda dari golongan profesional - nasionalisme tetapi beliau hanya memangku tugas Dr Burhanuddin Helmi yang dipenjarakan saja yang berkebetulan pula ketika itu timbalan meninggal.

Mengenai pendapat mengatakan tidak mengapa Pas dipimpin ulama kerana mereka dikawal oleh Majlis Syura, Nik Amar tidak setuju dan kenyataan itu agak mengelirukan. Majlis syura ulama tidak berkuasa ke atas parti. Yang menguasai parti ialah presiden.

Atas hakikat itu kalau profesional yang menguasai parti ini bermakna parti akan dibawa mengikut aliran pemikrian dan pendektaan mereka yang profesional liberal itu.

Saya juga tertarik dengan penghuraian beliau berhubung dengan idea unity government yang menjadi isu dan alasan kini. Setegah pihak mengambil pendirian kepimpinan Pas hari ini perlu ditukar kerana mereka mengadakan pendekatan dengan Umno. Bagi Nik Amar alasan itu tidak tepat kerana dari semangat amalan dan perlembagaan, presiden dan timbalan presiden hanya menjalanakan tugas yang diamanahkan oleh parti. Ini bermakna kalau pendekatan itu salah maka seluruh jawatkuasa agung Pas kena bertanggungjawab.

Baginya sikap marah kepada presiden dan timbalan presiden berhubung perkara itu tidak patut sekali dan perlu diungkitkan.

Beliau juga menyatakan kehairanan dengan mereka yang ingin mencabar timbalan presiden atas isu berkenaan. Soalnya kenapa harus timbalan presiden ditentang, sedangkan idea itu dari presiden. Memahami kata-kata Nik Amar ini, sekiranya pencabar jawatan timbalan presiden itu benar-benar berani mereka harusnya mencabar Abdul Hadi dan bukan Nasharudin.

Memang ada logiknya pandangan dan kupasan Nik Amar ini. Kalaupun pencabar itu berjaya menumbangkan timbalan presiden itu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa juga untuk membawa perubahan parti mengikut bunga acuan mereka, kerana presiden (Abdul Hadi) masih ada dan akan berkuasa ke atas parti.

Jadi bertolak dari padangan Exco berkenaan apa yang boleh dirumuskan cabaran ke atas Nasharudin itu adalah percubaan awal dalam proses menyingkirkan kepimpinan ulama saja.

sumber - msomelayu


Tiada ulasan: