Oleh MSO
TINDAKAN balas dari para peminat dan penyokong Husam Musa terhadap hasrat naib presiden PAs itu nak lawan timbalan presiden sungguh memberangsangkan. Rata-rata mereka menyokong langkah Husam untuk menentang Nasharudin Mat Isa di kerusi timbalan presiden. Bagi mereka langkah itu sebagai tepat pada masanya untuk Pas melakukan perubahan.
Tanpa mempedulikan apakah alasan yang diberikan Husam memang mereka yang mahu melihat Pas berubah kena menyokong Husam. Sesiapapun kena memberi dokongan demi perubahan untuk membawa Pas keluar dari dunianya kini, kepimpinan ulama. Bagi ahli dan penyokong Pas perubahan yang positif itulah yang diharapkan.
Saya tidak mahu ungkitkan apakah perubahan positif itu. Ia ada dalam benak Husam yang kaya dengan berbagai agenda dan mereka yang melihat Husam sebagai tokoh pembaharuan dalam Pas. Kalau boleh Husam kena jelaskan.
Kalau setakat hanya mengatakan kerana Nasharudin ingin mengadakan hubungan dengan Umno itu tidak kuat dan ternyata alasan Husam itu kebudak-budakkan dan tidak mempunyai pandangan politik yang liberal seperti diharapkan.
Sekali lagi saya tidak mahu mengulas apakah kritikan Husam itu betul atau sebaliknya. Mereka yang menyokong Husam dan melihat Husam akan membawa kebaikan kepada Pas tidak sudi mendengarnya dan akan melihatan ulasan ini sebagai prejudis!
Apa yang ingin saya ajukan di sini dan untuk direnung bersama ialah, apakah cara Husam nak bawa perubahan dengan menentang Nasharudin itu berbaloi? Apakah ia akan mencapai hasrat itu. Saya bersetuju dengan pandangan Nik Amar Nik Abdullah mengatakan Husam patut menentang presiden bukannya timbalan presiden.
Iya, tidak ada gunakan menentang Nasharudin atau mengambil sikap kata seorang penjenguk sebagai pukul anak sindir menantu. Dalam politik zaman moden ini tidak payah berselindung dan berdolak dalih, semuanya perlu langsung kepada mauduk, straight forward. Kita tidak mahu berfikir dalam suasana kelabu dan gelap.
Paling afdal bagi saya Husam kena tentang Abdul Hadi Awang. Beliau kena rebut tempat itu. Rancangan atau pelan untuk menentang presiden ini sudah terangka sejak tahun 2005 lagi. Husam sendiri saya percaya masih ingat kepada pelan berkenaan. Masanya kini sudah sampai untuk bertindak melaksanakan pelan berkenaan.
Kalau kita yakin dengan diri sendiri dan agenda yang hendak kita bawa untuk Pas, kenapa kita harus takut dan bermain 'ciku cap!" Tidak payah bersikap demikian kerana orang zaman ini sudah faham benar dengan politik demikian.
Apakah Husam merasakan beliau tidak mampu atau akan merasa Pas akan berpecah? Soal ini saya tidak perlu bangkitkan. Bukankah hari ini Husam dikatakan mendapat sokongan dari seluruh negara, baik dalam Pas dan Pakatan Rakyat? Husam disenang oleh orang Melayu, Cina dan India?
Di Kelantan sendiri menurut Ketua Pas Kota Bharu Wan Abdul Rahim Wan Abdullah hampir seluruh Pas kawasan di Kelantan mencalonkan Husam termasuk kawasannya. Itu tandanya Husam popular dan mampu untuk berhadapan dengan Abdul Hadi.
Seperti mana saya sebut sebelum ini, pelan Husam menduduki jawatan timbalan presiden tidak akan merubah Pas. Selagi Abdul Hadi Awang jadi presiden, beliau tidak akan dapat mengatasi kuasa presiden. Presiden akan mengekangnya. Apa lagi kalau naib-naib presiden pula terdiri daripada orang yang dikenal pasti menyokong presiden akhirnya ia menjadikan Husam semakin tersisih.
Bagi saya kerja Husam melawan timbalan presiden kerja sia-sia saja. Dengan hanya menduduki jawatan nombor dua Husam tidak dapat berbuat appa-apa. Sebaliknya abgi saya kemenangan Husam nanti menyebabkan Pas akan menjadi dua kepala, satu berkepala pakai kupiah dan satu lagi berkepala tidak memakai apa-apa. Apakah ahli Pas ingin melihat parti itu berkeadaan demikian selama dua tahun?
Saya percaya dan yakin Husam boleh mencuba untuk mendapat jawatan presiden seterus membawa perubahan kepada Pas. Ada beberapa langkah yang beliau boleh lakukan;
Beliau kena pengaruhi saki baki golongan ulama liberal dalam Pas kini agar bersamanya.
Beliau kena menggunakan Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai payung kumpulannya.
Golonngan Prolib kena sepakat menyokong Husam.
Pastikan kuasa di luar sana turut menyokong dan berkerja memastikan kemenangan Husam.
Diingatkan kepada Husam jalan yang ditempuhi sekarang ini berbahaya bagi politik masa depannya. Sekiranya beliau kalah, pengaruhnya akan berkurangan dan ruang dalam Pas juga akan menjadi sempit. Kekalahan itu menjadi penghalang pada masa depannya dalam Pas.
Kekalahan itu juga memberi kesempatan baik untuk golongan Ustaz – Ulama (Ustaz Mat) membendung pengaruh Prolib yang dibawa oleh Husam.
Pada saya, dengan mengenepikan perasaan peribadi, alang-alang berdakwah biarlah sampai ke pangkal lengan. Kata orang kalau nak main hujan biar basah baju dan seluar sampai ke seluar dalam sekali. Masa masih ada untuk Husam berbuat demikian. Beberapa kawasan Pas yang masih belum bermesyuarat boleh mencadangkan Husam untuk melawan Abdul Hadi Awang? Husam hanya memerlukan dua pencalonan sahaja untuk mencabar Abdul Hadi.
Dan sekiranya Husam tetap berniat nak cabar timbalan presien, berasaskan hujah dan alasan tadi saya rasa lebih baik Husam mundur dan menyusun semua bala tenteranya untuk rempuh Abdul Hadi dua tahun lagi bukannya untuk muktamar ini sekadar jawatan nombor dua itu.
sumber - msomelayu
2 ulasan:
Salam Blogger,
Husam Musa = Anwar Ibrahim
Husam = Anwar Ibrahim = Musang
Catat Ulasan