Oleh Korban Demokrasi
Firman Allah subhanahu wata'ala, maksudnya;
"Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. (86) Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang [Surah Al-Fatihah] dan Al Qur’an yang agung. (87) Janganlah sekali-kali kamu menujukan pandanganmu kepada keni’matan hidup yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan di antara mereka, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka dan berendah dirilah kamu terhadap orang-orang yang beriman. (88) Dan katakanlah: "Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang menjelaskan". (89) Sebagaimana [Kami telah memberi peringatan], Kami telah menurunkan [azab] kepada orang-orang yang membagi-bagi [Kitab Allah]. (90) [yaitu] orang-orang yang telah menjadikan Al Qur’an itu terbagi-bagi (91)" [Al-Hijr]
Ulama'-ulama' apologis adalah merupakan produk dari satu aliran pemikiran yang dikenali sebagai faham apologetik.
Faham apologetik ini adalah dimaksudkan dengan satu jenis sains keagamaan (bukan ‘ilmu aqidah) atau wacana pembelaan agama (bukan ‘ilmu kalam yang haq) oleh para agamawan apologetik (yang tidak yakin kepada warisan ‘ilmu agamanya) dalam upaya mereka untuk memberi penjelasan dan sekali gus berjihad untuk mempertahankan kritikan-kritikan terhadap Agamanya.
Ianya terserlah dalam bentuk suatu upaya yang defensif yang diselubungi oleh perasaan apologetik serba-salah yang berakar-umbi dari rasa kekhilafannya di pihak agamanya (kerana dia merasakan ada kesilapan pada mereka yang lalu yang membawa agamanya).
Rasa khilaf atau bersalah ini timbul dari pandangannya bahawa agamanya tidak lagi seselari dan sesuci sewaktu ianya dizahirkan dahulu walaupun dia tetap meyakini agamanya.
Rasa khilaf atau bersalah ini diperalatkan sepenuhnya oleh musuh-musuh agamanya untuk menginduksi atau merangsang Sang Ulama Apologetik itu untuk melakukan reformasi atau pembaharuan terhadap Agamanya.
Terbelit dengan perasaan bersalah, khilaf dan berdosa, bukannya kepada Tuhannya, tetapi kepada pengkritik-pengkritiknya dan kekhilafan yang berlalu, Sang Ulama Apologetik ini akan mengeluarkan idea-idea dan wacana yang menyerang asas-asas Agama yang diwarisinya dengan menyalahkan warisannya yang dikira sebagai tidak pandai mewarisi. Dia mahu merelevankan agamanya supaya tetap diterima oleh para pengkritik-pengkritiknya dan zamannya.
Maryam Jameelah dalam, “Islam and Orientalism” dan Mazheruddin Siddiqi dalam, “Modern Reformist Thought in The Muslim World” banyak membincangkan tentang pengembangan Mazhab Apologetik Agama ini yang akhirnya berubah menjadi gagasan Islam Liberal atau Modernis Islam atau Reformed Islam dan lain-lain istilah yang bersamaan yang berpayung kepada pandangan hidup yang mengideologikan Agama.
Ianya adalah permulaan kepada kekalahan faham Agama berasaskan wahyu kepada faham Agama berasaskan falsafah.
Walaupun Faham Apologetik ini adalah suatu faham yang amat tua, dalam konteks Ummat Muhammadiah faham ini telah mula dicetuskan dan digerakkan secara besar-besaran bagi tujuan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyyah Uthmaniyyah.
Pelupur yang paling penting yang telah menjadikan Faham Apologetik itu sebagai satu kerangka pemikiran yang lengkap dan kompleks dengan menginstitusikannya ialah Muhammad Abduh yang merupakan murid utama JamaludDiin Al-Afghani.
WAllahu 'alam,
TokPakir
sumber - korban demokrasi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan