MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Mei 2009

Penanti : Demokrasi 'ala Anwar' boleh dijual beli..

Oleh Gelagat Anwar

Tanpa kehadiran BN sekalipun, PKR belum tentu untuk mendapat jalan mudah dalam PRK DUN Penanti kali ini. Walaupun usaha ‘buy over’ sangat galak dilakukan oleh jentera PKR bagi memastikan tiada pertandingan di Penanti nampaknya kurang berjaya. Mantan Ketua Wanita PKR, yang dilaporkan di dalam Mesyuarat Strategik PKR sebagai ‘mudah dan senang dibeli’ tidak dapat dilaksanakan oleh jentera strategis PKR di Pulau Pinang. Samada cubaan ini usaha yang memalukan atau tidak – rakyat boleh nilaikan sendiri.


Tanpa kehadiran BN, Anwar di dalam mesyuarat strategik PKR begitu yakin bahawa calon mereka mampu menang tanpa bertanding. Sewaktu disoal oleh salah seorang jentera utama PKR Pulau Pinang, Anwar mengatakan mereka tidak punya jalan dan cara lain. Jika perlu ‘beli’, mereka akan beli. Rupanya, ‘demokrasi ala-Anwar’ boleh dibeli-beli. Boleh ditawar-tawar. Boleh dijaja-jaja. Makanya, kepercayaan rakyat juga boleh dijual beli nampaknya.

Kita faham, Anwar pada asalnya memang berniat memalukan BN di Penanti. Kita juga faham, Anwar ada ’soft spot’ dengan Dr Mansor. Anwar memang berulang kali menyatakan kesal dengan keputusan untuk tidak mengetengahkan Dr Mansor dalam PRU yang lalu. Jika tidak, nescaya tidak akan berlaku ‘Fairus blunder’ dan segala macam keruntuhan moral di kalangan jentera PKR Pulau Pinang.

Penulis sempat hadir di tazkirah Anwar di Kg Pelet, Penanti tempohari. Tazkirah sudah jadi ‘ceramah politik’. Anwar menggunakan ayat Quran untuk menghalalkan apa jua tindakan yang disifatkan sebagai anti kerajaan. Anwar mahukan apa juga cara dilaksanakan bagi menjatuhkan ‘kerajaan’ yang ada. Anwar juga mengakui dan meyakini, bahawa Allah SWT bersama dengan perjuangannya selama ini – jika tidak, mana mungkin dia akan mampu duduk di tempatnya sekarang. Mana mungkin PKR mampu melakukan ‘pencapaian’ sedemikian hebat.

Anwar sememangnya punya ’split personality’. Jika situasi memerlukan dia menjadi seorang ulama’ – Anwar akan jadi seorang ulama’. Jika Anwar diperlukan menjadi seorang ‘anti-Melayu’, Anwar akan jadi seorang yang sangat tidak meyakini perjuangan orang Melayu. Jika mahu menjadi seorang ‘pro-Cina’, Anwar akan menjadi seorang Cina yang par-excellence. Jika diperlukan menjadi seorang ‘kekasih gelap’ – Saiful Bukhari kata, Anwar juga mampu berbuat demikian! Hebat. Banyak personaliti!

Apapun jua, selepas penamaan calon tempohari – di KUBU KUAT PKR seperti Penanti pun, tidak ada ‘kesatuan fikrah dan tindakan’. Masih ada orang yang tidak bersetuju, tidak gemar dan tidak rela diperkudakan oleh politik sempit Anwar. Ini buktinya. Di tempat yang sedemikian ’safe haven’ kepada Anwar masih punya penentangan yang jelas dan nyata. Anwar belum mampu mendabik dada.

Anwar perlu sedar bahawa di dalam PKR sendiri ada yang tidak bersetuju dengannya. Memang benar, kita tidak akan mampu memastikan semua orang akan suka dan sayang kepada kita. Itu adalah sesuatu yang hampir mustahil. Tetapi, Anwar selalu menggambarkan dirinya mempunyai kekuasaan itu. Dia dikatakan menjadi ‘asas ikatan’ yang kukuh kepada kerjasama politik sedia ada.

Sekembali daripada road tour Jakarta, Anwar hadir di Penanti dengan semangat untuk memastikan kemenangan ‘blue eyed boy’nya di sana. Anwar tidak lagi mempunyai rasa percaya dengan jentera PKR Pulau Pinang yang korup dan berebut harta. Anwar selalu ungkapkan di dalam mesyuarat, bahawa berebut ‘ghanimah’ dan harta rampasan perang adalah punca kepada kekalahan tentera Islam di Perang Uhud. Contoh Anwar bukan main lagi, Perang Uhud – sekaligus meletakkan dirinya bagai ‘Nabi’ di dalam perjuangan PKR.

Rakyat perlu terus didedahkan dengan segala macam ‘intrique’ dalaman politik Anwar ini. Dia hakikatnya tidak lain daripada seorang manusia biasa yang hanya bermain politik. Tidak lebih dan tidak kurang. Kepada mereka yang menyanjungi Anwar bagaikan seorang yang ‘maksum’; perlu cepat meletakkan tanda aras yang lebih bawah. Anwar hakikatnya bukan begitu – dan kes mahkamah akan membuktikan perkara itu.

sumber - gelagat anwar

2 ulasan:

coretanummi berkata...

PKR beli bebas ? hahaha.

Logik la sikit. Buat malu sahaja. Kalo betul Aminah ada bukti, jangan cakap kosong sahaja, report kepada SPRM.

tapi satu keanehan,parti yang besar nak sogok bebas? Kak min.. ooo kak min... Buat malu je la

ladybird berkata...

En Syah ni tak baca surat khabar ke? Puan Aminah dah buat report polis berserta dengan tape rakaman sesi jual beli dengan 2 wakil PKR? En Syah ni tak up to date rupenya....huhuhuhuhuu