MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Mei 2009

Anwar akui suruh Firus letak jawatan..

Pendirian Barisan Nasional (BN) tidak bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti kerana menganggap pilihan raya itu didakan kerana PKR mahu menyelesaikan kemelut dalamannya, diakui oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Semasa berucapa pada program ceramahnya di Padang Berapit, Jumaat malam, Anwar yang ingin memperlihatkan bahawa beliau adalah ‘supremo’ dalam pakatan pembangkang memberitahu memang beliau meminta bekas ADUN kawasan itu, Firus Khairuddin meletakkan jawatan.


“Memang saya menyuruh Firus meletakkan jawatan. Sebabnya saya mahu Dr Mansor bertanding kerana Dr Mansor orang yang mempunyai kelayakan dan sesuai menjadi Timbalan Ketua Menteri bagi membantu Ketua Menteri, Lim Guan Eng,” katanya.

Tanpa rasa bersalah kerana menggunakan proses demokrasi bagi mencatur urusan politik dalaman partinya, Anwar dengan bangga memberitahu perkara itu sambil mengangkat tangan Dr Mansor yang turut berada pada majlis ceramah tersebut.

Anwar berkata, Dr Mansor bukan sahaja berkelayakan tetapi pencapaian akademiknya diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dunia.

Firus sebelum ini dikatakan meletakkan jawatan atas kerelaannya kerana mahu melanjutkan pelajarannya.

Namun dengan pengakuan Anwar bahawa beliau yang menyuruh Firus meletakkan jawatan, ia mengesahkan andaian banyak pihak selama ini bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan percaturan politiknya dapat dilaksanakan.

Jika selama ini Anwar sering melaungkan hormati pilihan rayat, dalam soal Firus Anwar sendiri mengkhianati pilihan rakyat Penanti terhadap Firus kerana menyuruh Firus meletakkan jawatan bagi diganti dengan orang yang lebih berkelayakan

sumber - agendadaily

1 ulasan:

EMANG berkata...

anwar melaungkan "ketuanan rakyat"

penyokongnya pun mengiyakan "hidup rakyat!!!!'




rakyat apa?
ko ingat anwar nak bangunkan rakyat?
kena kencing hidup2..

kes ni anwar memperbodohkan rkyt.
mempermainkan undang2 deokrasi..
wujud unsur2 campurtangan..

kena tipu lah lagi,,,bagus tu kena tipu free2