MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

21 Mei 2009

Pemuda PAS tidak puas hati prestasi MB Selangor

Oleh AIDCNews

Pemuda Pas Selangor telah mendesak kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar diwujudkan satu lagi jawatan Exco yang bertanggungjawab menjaga kepentingan belia dan aktiviti sukan di negeri itu, memandangkan profolio itu sebelum ini kurang berkesan mengatasi permasalahan tersebut.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri, Mohd Sany Hamzan berkata jawatan Exco baru itu perlu diwujudkan sebagai alternatif terbaik kerana Abdul Khalid selaku Menteri Besar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak tidak mampu menjalankan fungsi exco belia dengan lebih berkesan.

Menurutnya, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, cadangan supaya Abdul Khalid melepaskan portfolio yang dipegangnya itu telah dipersetujui 22 perwakilan Pas Selangor semasa membahaskan ucapan bekas Ketua Pemuda Pas, Sallehan Mukhyi pada Persidangan Pemuda Pas Negeri, 10 Mei lalu.

Khalid Ibrahim ketika mengulas gesaan itu mencadangkan agar PAS membawa usul itu dalam persidangan Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Julai ini dan biarkan ahli Dewan yang akan tentukan.

Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Nidzammuddin Sulaiman berkata, usul berkenaan memberi kesan buruk kepada kerajaan negeri kerana mengeluarkan perbelanjaan berlebihan dan memperlihatkan Menteri Besar seperti hilang kredibiliti serta menggambarkan terdapatnya ketidaksefahaman dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (PR), di Selangor.


sumber - AIDCNews

Tiada ulasan: