Oleh Gelagat Anwar
Bagi mereka yang benar-benar meneliti kenyataan dan menilai ‘Anwar’ secara dekat; pasti dapat mengesan bahawa Anwar sedikit ’senyap’ dan tidak sangat menolak HINDRAF. Dinasihatkan oleh seramai mungkin strategists Anwar bahawa ‘wave/gelombang’ HINDRAF boleh dikekalkan sehingga pilihanraya. Pilihan terbaik buat Anwar adalah ‘menunggu’ sahaja. Jangan mengkritik HINDRAF secara menggila. Jangan cuba nak nafikan wave HINDRAF.
Kalau kita pergi ke kempen PR sewaktu PRU-12, ‘Makkal Sakhti’ – dijadikan sebagai ‘battle-cry’ Pakatan Rakyat. Mereka pula pakat-pakat nak tumpang gelombang ketidakpuasan hati masyarakat India. Mereka mahukan sekurang-kurangnya 45 % undi India melompat ke PKR. Di kawasan di mana orang India menjadi penentu; wave begini memang boleh mendatangkan petaka kepada kerajaan.
Maka menjeritlah Anwar ke seluruh pelosok Negara dengan ‘Makkal Sakhti’. Mengisi minda masyarakat India kononnya dia pernah memperjuangkan masyarakat India sewaktu dalam kerajaan. Dialah Menteri yang rajin melawat estet dan sangat concern dengan plight dan permasalahan masyarakat India. Anwarlah Menteri Pendidikan yang mempertahan Sekolah Tamil. Banyak memberikan peruntukan dan sebagainya. Ini semua sekali lagi nyanyian politik PKR dan Anwar.
Anwar sudah membuka ‘floodgate’ kepada pelbagai demand yang bukan sahaja merosakkan ‘asas sosial Malaysia’ tetapi juga mampu meracik persefahaman yang sedia ada. HINDRAF ini sudah menjadi gerakan songsang yang bakal membugar semangat ekstremisme di dalam masyarakat kita.
Beginilah sanggupnya Anwar untuk merosakkan ‘fabrik sosial’ Malaysia demi kepentingan peribadinya. Manoharan dan ramai lagi kalangan wakil HINDRAF yang boleh mendatangkan ‘nikmat politik’ kepada PKR dijadikan ikon – malahan diangkat jadi wakil rakyat. Gendang Makkal Sakhti didendangkan Anwar bagai tiada akhir. Di seluruh pelosok tanah air – Makkal Sakhti bukan sahaja jadi dendang HINDRAF; dah jadi dengan Anwar!!!
Hari ini, HINDRAF demand sesuatu yang mampu merosakkan banyak perkara…dan Anwar mahu berkata apa mengenainya. Sanggup lagi menggadai bangsa sendiri? Sanggup lagi nak rosakkan kepentingan orang Melayu? Sanggup lagi menjahanam kekuatan bangsa? Sanggup lagi melacur kepentingan Bumiputera?
Anwar adalah haiwan politik yang tidak serik untuk merosakkan bangsa. Semoga Allah SWT jua membalas segala penderhakaan dan penganiayaan Anwar kepada orang Melayu dan umat Islam. Lindungilah Malaysia dan orang Melayu daripada penderhaka bernama Anwar Ibrahim.
HINDRAF dan Anwar sudah bagaikan ‘gelombang politik bersama’ yang bakal merosakkan Malaysia. Anwar sendiri sudah tidak kenal dengan perjuangan Melayu dan agama Islam. Atas nama kebersamaan, Anwar akan melakukan banyak perkara lagi untuk menjahanam Malaysia.
Anwar peduli apa….janji dapat kuasa.
sumber - gelagat anwar
1 ulasan:
Anwar menjadi semakin teramat gila kuasa PM sehinggakan sanggup mengenepikan agama,bangsa & negara demi cita2 kotornya itu tercapai.
Tapi sayang sejuta kali,hasratnya itu tidak dimakbulkan.
Udah2 ler nuar oiii..hang pun bukannya semakin muda,banyak-banyakkanlah mempelajari ilmu agama sementara masa masih ada.Pi berguru ngan Nik Ajis / Ustaz Hj Hadi.
Catat Ulasan