MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mei 2009

Pas Pulau Pinang cadang bertanding Penanti



KEPALA BATAS - Pas Pulau Pinang berhasrat meletak calon bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei ini walaupun sudah ada persetujuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi laluan kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, keputusan itu bukan semata-mata kerana mahu berebut jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) yang dijanjikan kerajaan negeri kepada calon yang menang.

Sebaliknya bertujuan untuk membersihkan persepsi buruk orang ramai terhadap PR berikutan peletakan jawatan bekas TKM1, Mohammad Fairus Khairuddin.

“Peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai ADUN secara mengejut dan tanpa alasan yang kukuh telah mencemarkan imej PR,” katanya pada sidang media yang diadakan sempena Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Kepala Batas, di sini, semalam.

Pada masa yang sama, kata Dr Mujahid, pihaknya juga akan meminta Pas Pusat mengkaji semula perjanjian peruntukan kerusi pada pilihan raya umum lalu yang memberi kebenaran kepada PKR bertanding di DUN Penanti.

“Kami menyedari wujudnya tanggapan dalam kalangan pengundi di Penanti seolah-olah jawatan penting dalam kerajaan negeri boleh bertukar ganti sewenang-wenangnya melalui peletakan jawatan ADUN.

“Sekiranya kerusi dikosongkan disebabkan kematian atau faktor undang-undang, ia adalah alasan yang boleh diterima pakai tetapi dengan alasan yang tidak kukuh seperti yang dikemukakan Mohammad Fairus, ia adalah tidak wajar,” katanya.

Beliau yang mewakili Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man berkata, PR wajib mengambil kira suara rakyat akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan ini yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik yang tidak sihat dalam kalangan wakil rakyat PR.

Menurutnya, keputusan yang dibuat oleh pihaknya adalah berdasarkan prinsip demokrasi yang disuarakan oleh perwakilan dan bukan untuk memberi gambaran bahawa wujudnya masalah dalaman PR.

Dr Mujahid berkata, Pas negeri juga akan membincangkan perkara ini dengan kepimpinan Pusat yang diwakili Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali esok (hari ini) dalam perjumpaan di Padang Menora, Tasek Gelugor.

“Sekiranya, Pas Pusat membuat keputusan untuk mengikut keputusan PR dalam meletakkan calon PKR di Penanti, kami akan akur pada keputusan itu.

“Saya juga percaya tidak akan ada ahli Pas yang akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Penanti nanti,” katanya.

Mengulas lanjut sama ada Pas mampu memenangi kerusi Penanti sekiranya PR buat keputusan untuk meletakkan calon parti itu, Dr Mujahid berkata, dengan ahli dan sokongan kuat di kawasan itu, mereka mampu memenanginya.

“Di DUN Penanti sendiri, kami mempunyai 11 cawangan manakala daerah undi hanya 10, jadi kami mempunyai tenaga lebih di situ.

“Ada antara 3,000 hingga 5,000 ahli Pas di kawasan itu. Dengan ini, kami yakin akan memenangi kerusi itu dan mengembalikan imej PR yang bersih,” katanya.

Menurutnya, setakat ini belum ada perbincangan secara rasmi antara PKR dan Pas mengenai calon tetapi mereka berharap PKR mampu menerima cadangan ini demi ikatan dan kekuatan PR.

“Cadangan ini juga masih di peringkat perbincangan dan belum diputuskan oleh Pas Pusat.

“Kam:i mengambil masa sedikit untuk mengutarakan cadangan ini kerana perlu mendapatkan pandangan daripada akar umbi iaitu rakyat di kawasan itu,” katanya.

sumber - sinar harian

Tiada ulasan: