MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Mei 2009

‘One Black Malaysia’ – dan Teori ‘Tangan Ghaib’ Anwar

Oleh Gelagat Anwar

Harakahdaily bersungguh mengiklankan keperluan seluruh rakyat (tak semestinya orang Perak) untuk turun ke Ipoh, esok untuk berhimpun dalam apa yang digelar sebagai himpunan ‘One Black Malaysia’. SMS dah bertaburan merata tempat; bagi membuktikan bahawa rakyat bersama dengan usaha menidakkan sidang DUN Perak esok. Ironinya, mengapa kita hanya melihat PAS yang berdegar dengan usaha ini – sedang PKR nampaknya sedikit terkebelakang. Kenapa?

Anwar ini memang punya gelagat politik yang licik. Dalam posting terbarunya, Anwar mengecam penahanan seorang aktivis sosial, Wong Chin Huat di atas tuduhan Akta Hasutan. Wong beria benar mahukan orang ramai turun dengan baju hitam – menandakan titik hitam kepada sistem demokrasi. Selama inipun, banyak perhimpunan dan demonstrasi yang mempunyai ’sentuhan ghaib’ Anwar. Apakah ini lagi satu ‘batu tanda’ (milestone) perjuangan politik Anwar.

Kenapa perlunya Anwar berselindung bahawa dia sebenarnya juga sebahagian yang penting kepada perhimpunan One Black Malaysia. Kenapa Anwar sendiri tidak mahu mengakui bahawa dirinya juga ‘prime mover’ kepada usaha ini? Takut? Atau ingin tumpukan kepada kes sendiri yang bakal dihidangkan di mahkamah tidak berapa lama lagi? Atau Anwar mahu menampilkan dirinya sendiri sekali lagi bukan sebagai penderhaka?

‘Hidden hands’ Anwar ini memang nampak tetapi dia boleh menidakkannya. Kenapa tidak sekali blog Anwar tidak mempromosi One Black Malaysia? Kenapa sekadar mengumumkan kekecewaan dengan penahanan Wong?

PAS perlu buka mata dan melihat ‘kejujuran dan keikhlasan’ Anwar dalam hal ini. Jangan pejam mata. Jangan anggap semua yang dilaporkan Husam, Kamaruddin Jaafar itu sebagai benar belaka. Nilaikan Anwar daripada segi ini? Di mana keikhlasannya? Kenapa takut dan hanya membiarkan PAS sendirian dalam perkara ini? Anwar mesti tampil lebih kedepan – daripada terus bergantung kepada ‘tangan ghaib’nya semata.

Dalam sebuah persahabatan, ukuran keikhlasan adalah apabila seorang sahabat mahu bersama dalam apa jua keadaan. Susah dan senang. Anwar hanya mahu bersama PAS dalam waktu senang. Saat Nizar bakal menanggung malu yang besar – Anwar lebih rela mempertahan Wong Chin Huat. Inipun orang PAS tidak nampak? Apakah dah terlalu taksub sampai lupa siapa Anwar sebenarnya?

Cukup sayang, setakat hari ini – Anwar masih menjadi individu ghaib dalam ‘One Black Malaysia’. Yang pasti, Anwar adalah antara pemain utama dan penggalak kepada usaha ini. Kita perlu sama-sama menjadi saksi samada Anwar punya ‘keberanian’ untuk bersama – atau masih lagi mahu menjadi ‘tangan ghaib’.

Tindakan politik Anwar tidak lagi mampu menjadi halimunan. Apapun, Anwar perlu keluar daripada ‘keghaiban’nya dalam hal yang sebegini besar. ‘Hidden hands’ Anwar dalam penganjuran ‘One Black Malaysia’ perlu didedahkan. Kalau tidak, itu hanya membuktikan – PAS dipergunakan lagi oleh Anwar.

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: