Bangkai gajah mana boleh tutup, walaupun ditutup, baunya tetap adaaa...Begitu juga kisah penyebaran gambar separuh bogel Exco Selangor, Elizabeth Wong yang masuk episod baru yang bakal lebih panas. Jika sebelum ini, pemimpin PKR termasuk PAS mempertahankan Adun Bukit Lanjan itu, kini moral Wong semakin terdedah.
Ini berikutan tersiarnya set baru gambar-gambar Ketua Penerangan Wanita PKR itu yang jelas nampak ‘anunya’ oleh sebuah laman web luar negara yang banyak menyiarkan gambar bogel selebriti dan orang kenamaan bogel.Gambar Elizabeth disiarkan menggunakan tajuk ‘Welcome bak Elizabeth Wong! So when are you leaving again? More nude pictures of Elizabeth Wong Are here’.
Walaupun, gambar-gambar itu close up bahagian sulitnya dan pasti ada pemimpin PKR termasuk Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mempertahankannya dengan menuduh gambar itu bukan ‘anu’ Wong, tetapi enam keping gambar terbaru ini yang disiarkan oleh laman web itu pada 6 Mei 2009 lalu masih nampak kain batek yang dipakai wanita berusia 37 tahun ini.
Penyiaran set gambar-gambar baru ini sudah tentu rentetan skrip ‘sorong tarik’ Wong dengan Khalid serta penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu wanita itu terus kekal sebagai Adun dan Exco Selangor.
Sebelum itu, Wong sudah membuat tawaran melepaskan kedua-dua jawatan pada 17 Februari selepas tersiarnya gambar separuh bogel beliau yang dilaporkan media 13 Februari. Beliau juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Bagaimanapun, Khalid dan Anwar menasihatkan Wong bercuti dan menimbang semula keputusan meletak jawatan dan dua bulan kemudian, Wong menerima kembali bertugas sebagai Exco dan kekal Adun Bukit Lanjan.
Dalam pada itu polis sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap teman lelaki Wong iaitu Hilmi Malek yang juga seorang ahli PKR dan bekas pembantu kepada ahli parlimen PKR, kawasan Petaling Jaya Selatan.
Sehingga kini, pemuda Melayu itu yang dikatakan masih bersembunyi di luar negara tetapi kisah dan gambar bogel teman wanita itu terus didedah tanpa diketahui siapa pelakunya.
Kini orang ramai pasti mahu melihat ‘skrip’ baru Khalid dan Anwar bagi mempertahankan Wong yang dianggap seorang pemimpin dan wakil rakyat yang baik serta tidak perlu letak jawatan selepas isu gambarnya dihebohkan.
Orang ramai juga mahu lihat pendirian PAS terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menerima kunjungan Wong bertudung litup cuba ‘menutup aurat’ baru-baru ini selepas wanita itu kembali bertugas sebagai Exco.
Apa yang pasti, kita tunggu dan lihat apa seterusnya akan berlaku antara Wong, Khalid dan Anwar bagi menutup isu moral ini.
Sebenanya, penyiaran terbaru set gambar-gambar ‘anu’ Wong sudah dijangkakan setelah beliau menerima semula jawatannya dan tidak mahu melepaskan jawatan sebelum ini.
Apa yang pasti, kita tunggu dan lihat apa seterusnya akan berlaku antara Wong, Khalid dan Anwar bagi menutup isu moral ini.-
sumber - agendadaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan