PUTRAJAYA: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim Mahkamah Rayuan untuk mendengar permohonannya mengetepikan keputusan mahkamah itu minggu lepas yang membenarkan penangguhan pengisytiharan Mahkamah Tinggi bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Peguam Leong Cheok Keng, yang mewakili Mohammad Nizar, ketika dihubungi berkata, surat permohonan itu telah dihantar melalui faks ke pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini, pada pukul 4 petang tadi.
Alasan permohonan itu ialah kerana kes tersebut, yang ditetapkan pendengarannya Khamis ini, membabitkan kepentingan awam, selain melibatkan isu dan persoalan perlembagaan, katanya.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Ab Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah kerana mendapati Mohammad Nizar tidak pernah mengosongkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Berikutan keputusan itu, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengemukakan permohonan penangguhan pelaksanaan pengisytiharan itu yang telah didengar dan dibenarkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali.
Mohammad Nizar kemudian memfailkan permohonan Rabu lalu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu.
sumber: mStar Online
3 ulasan:
kenapa dia tak minta sepuluh hakim?...
minta semua HAKIM lagi bagus...dia lupa hati kita ni tak mampu buat apa-apa melainkan dengan izin ALLAH..apa juga keputusan pasti dari ALLAH...
Salam,
Dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini 19-5-09 muka surat 14 Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim berkata,perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak bukan atas perkenan Baginda Sultan. Kalau begitu,
Siapa yang perkenankan?
Siapa pula yang keluarkan watikah perlantikan?
Siapa pula yang tanda tangan watikah itu.
Apa perlunya mengangkat sumpah dihadapan Baginda Sultan kalau bukan Baginda yang perkenankan?
Rakyat semakin keliru.....
Catat Ulasan