MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

8 Mei 2009

Nik Aziz akui tulisan anaknya benar



Oleh AIDCNews

Sehingga kini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menafikan tulisan anaknya di blog bertajuk 'Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS' adalah tidak benar.

Nik Abdul Aziz tidak pernah mengkritik tulisan anaknya, sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Nik Abduh yang dianggap sudah cukup matang dalam politik PAS.

Mursyidul Am PAS, berkata beliau memberi sepenuh kebebasan kepada anak lelakinya, Nik Abduh untuk terus memberi pandangan termasuk dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan parti., lapor Bernama hari ini.

Dalam tulisan Nik Abduh pada 24 April lalu, beliau mengecam pembantu-pembantu sesat ayahandanya yang telah memberi maklumat salah bertujuan untuk melaga-lagakan ayahandanya dengan Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Tulis Nik Abduh “Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama Tuan Guru Haji Hadi (TGHH), ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya”

“Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka”, tulis Nik Abduh lagi.

Sebelum itu Nik Abduh mengakui ayahandanya telah ‘menegur’ supaya tidak membiarkan kekeliruan tulisannya berlarutan.

Tetapi maksud ‘menegur’ Nik Aziz bukanlah bererti ‘marah’ kerana makna ‘menegur’ harus dilihat dalam versi Kelantan yang tidak menafikan perkara itu benar, tetapi tidak mahu berlarutan hingga memudaratkan parti.

Hal ini diperkukuhkan lagi, selepas Nik Abduh dipanggil oleh Dewan Ulama PAS Kelantan berkaitan dengan tulisannya itu, selepas itu Dewan Ulama PAS Kelantan telah mengeluarkan kenyataan media yang selaras dengan nada tulisan Nik Abduh.

Kemudian disusuli oleh kenyataan media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Setiausaha PAS Kelantan yang mengecam Husam sebagai dalang berkocaknya kepimpinan dalam PAS.

sumber - AIDCNews

1 ulasan:

TAAVEEKUN PERAK berkata...

ini adalah luahan rasa lim guan eng pd 27/4/2009.
We stand together for equal treatment. There should no double standard. We can't understand why a man can have four wives. Why should there be this type of double standard? I am not encouraging men to have four wives or woman to have four husbands but why should there be a double standard of this kind of perception? It is okay for men to have more, but not for women?"