MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

7 Mei 2009

MUTAKHIR: PERKEMBANGAN SIDANG DUN PERAK

4.12 petang: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguh ke satu tarikh ditetapkan nanti. Usul oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan diluluskan Ganesan walaupun dibantah Adun pembangkang.

4.07 petang: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, ditahan polis di pintu masuk Bangunan SUK selepas ingkar arahan larangan.

3.47 petang: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr.Nazrin Shah selesai menyampaikan titah ucapan baginda dalam perasmian pembukaan sidang DUN. Dewan berhenti rehat 15 minit bagi mengiringi keberangkatan pulang baginda.

3.31 petang: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN pembangkang mengadu sesuatu kepada Raja Dr Nazrin sebelum baginda bertitah. Nizar kemudian minta semua Adun pembangkang duduk. Baginda kemudian titah polis keluar Dewan.

3.20 petang: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, memasuki dewan dan sedang sampaikan titah perasmian.

3.11 petang: Speaker, Ganesan keluar dewan untuk menjemput Raja Dr Nazrin Shah masuk dan rasmi sidang DUN.

3.07 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, buat usul sidang diteruskan dan untuk titah perasmian Raja Dr Nazrin Shah. Tapi Adun pembangkang terus membuat bising dan tidak duduk di tempat masing-masing.

3.05 petang: Dua anggota DUN Pakatan dari Teja dan Simpang Pulai diperintah keluar oleh Ganesan.

2.59 petang: Ganesan kini duduk di tempat Speaker dewan dan minta ahli dewan bertenang. Beberapa Adun pembangkang masih cuba halang tapi dikawal polis.

2.44 petang: Suasana terus tegang dalam Dewan. Adun pembangkang terus berkumpul di tempat Speaker.

2.43 petang: Sivakumar dibawa anggota keselamatan keluar dewan.

2.39 petang: Bentara Dewan cuba bawa Sivakumar keluar dewan, tapi cuba dihalang Adun pembangkang sehingga berlaku tolak menolak termasuk dengan anggota polis.

2.35 petang: Ketika ini semua Adun pembangkang berkumpul kelilingi Sivakumar bagi melindunginya.

2.32 petang: Kekecohan tercetus apabila ADUN BN bawa Ganesan ke tempat duduk lain dan ini buat ADUN DAP cuba 'mengejarnya'.

2.26 petang: Polis masuk dalam DUN apabila keadaan tidak terkawal berikutan berlaku pergaduhan.

2.17 petang: Chai Ming Kai (ADUN PKR) cuba peluk dan tarik keluar Speaker baru (Ganesan) sambil dibantu beberapa ADUN DAP. ADUN BN tampil untuk halang.

2.15 petang: Sidang DUN Perak disambung semula dan terus kecoh dengan isu speaker baru.

sumber: Berita Harian Online

Tiada ulasan: