MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

25 Mei 2009

Mat Sabu & Nasha disukai dunia Islam, Husam disukai Amerika ?

Oleh : MSO

PENGESAHAN pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Pas hari ini oleh tiga calon, Mohamad Sabu, Husam Muda dan Nasharudin Mat Isa membuka lembaran baru dalam Parti Islam Se Malaysia (Pas). Mungkin sudah ada pertandingan melibatkan tiga penjuru merebut jawatan nombor dua itu sebelum ini, tetapi senario dan semangat waktu itu bukan seperti hari ini.

Tahun 2003 sudah berlaku pertandingan tiga penjuru antara Hassan Shukeri (penyandang), Abdul Halim Abdul Rahman dan Nasharudin Mat Isa, yang berkesudahan dengan kemenangan kepada Nasharudin Mat Isa.

Tetapi suasana ketika itu tidak seperti hari ini. Bentuk kempen, semangat dan mood pertandingan bukan seperti hari ini yang penuh kelainan dan mendapat fokus dunia dari Arab Saudi hinggalah ke Amerika Syarikat. Saya rasa hebatnya pertandingan kali menyebabkan pemerhati politik Amerika Syarikat, Islamabad atau Teheran dan Tel Avi juga tidak lena tidur dan ternanti-nanti keputusan muktamar Pas kali ini.

Kenapa tidak, kerana ketiga-tiga calon membawa imej tersendiri ataupun mereka mempunyai rangkaian dan konteks hubungan siasah dengan gerakan Islam di luar negara. Mereka mencerminkan minat dan tarikah kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Nasharudin penyandang kini yang mempunyai hubungan dan rangkain dengan gerakan Islam antarabangsa baik di Barat maupun di Timur Tengah. Gerakan Islam yang dikenalinya akan menanti apakah timbalan persiden Pas berusia 46 tahun itu akan berjaya mengekalkan kedudukannya untuk penggal ke empat atau sebaliknya.

Begitu juga gerakan seperti Hamas, Hisbullah atau Talibah, kumpulan syiah di Iran dan di Iraq akan memberi perhatian kepada Mohamad Sabu. Mereka mahu tengok apakah pemimpin agresif, radikal dan berani mendepani musuh (Umno dan Barat) itu menang atau pun tidak. Tentunya kumpulan pejuang jihad muslim itu menanti perkembangan ini dengan penuh prihatin.

Kemenangan Mat Sabu nanti mungkin tidak disambut dengan pesta ‘memetong’ – melempar ke langit tiang bendera namun kemenangan Mat Sabu yang prihatin kepada nasib rakyat Islam di Timur Tengah dibanggai mereka semua. Allahuakbar!

Manakala kemasukan Husam Musa pula walaupun tidak diperhati dunia kerana beliau tidak ada jasa dan hubungan direct langsung dengan dunia luar, atas pegerakan dan aktiviti terbatas, namun ada pihak lain yang menanti dan memerhati kepada cara Husam berpolitik. Ada pihak yang sangat mengharapkan Husam menjadi timbalan presiden Pas sebagai persiapan untuk menjadi presiden. Tujuannya ialah untuk melihat Pas berubah dari pada belenggu kepimpinan dan aliran yang ada kini.

Negara-negara seperti Ameria Syarikat atau pengamal sistem kapatilis dan liberalisma mungkin suka kalau Husam menang sebab cara politik yang Husam nak bawa ialah politik moden yang liberal dan tidak meletakan Islam sebagai lambang gerakan Pas. Sudah pasti para pendokong Amerika Syarikat turut berdoa baik digereja dan masjid agar Husam menang.

Bertolak dari latar belakang dan suasana itu kenapa saya mengatakan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden kali ini penting dan menjadi fokus dunia, sebab natijah dari kemenangan itu kelak besar, ia akan merubah atau mengekalkan status Pas sebagai gerakan Islam jamaah seperti yang sedia ada ataupun menjadi sebuah gerakan penuh dengan sekular.
Pun saya sangat berharap agar pertandingan ini dijalankan dengan penuh tertib dan semangat keIslaman yang tinggi. Kalah menang janganlah membawa celaka menyebabkan ada yang menggali lubang untuk ke haluan lain.

Semuanya kita sayang. Kepada Mohamad Sabu kita sayang, dia adalah tokoh yang telah teruji buruk dan baik dalam Pas. Ujian yang dihadapinya cukup besar dan cukup hebat di mana calang-calang orang dapat betahan sepertinya. Beliau pernah dikenakan ISA kerana berjuang dalam Pas.

Tahanan ISA seorang ini cukup memberi kesan. Kalau seseroang itu tidak memalingkan diri kepada Pas mungkin dia akan mengambil sikap mendiamkan diri. Namun tidak begitu kepada Mat Sabu. Penahanan dalam akta ISA serta beratus saman dan tangkapan polis menjadi baja untuk beliau terus berjuang dalam PAs. Sekiranya ujian dan balak yang menimpanya ini dijadikan kriteria wajib untuk memilih pemimpin, nah Mohamad Sabulah orangnya.

Berbanding dengan Nasharudin dan Husam, Mat Sabu lebih mencabar kehidupannya. Kesabaran dan kesetiaan kepada parti tidak pernah teruji. Perangainya baik semasa menjadi ahli Parlimen atau tidak, sama sahaja. Mohamad Sabu tidak pernah mempunyai wang, dan pergaulan bebas dengan rakyat, jawatannya sama sekali tidak menjadi penghalang.

Manakala jika dibariskan ketiga mereka dari segi protokol sebuah keluarga, Mohamad Sabu boleh diibaratkan sebagai abang tua, Husam abang tengah dan Nasharudin adik bongsu. Cuma dalam hal ini kedudukan adik bongsu lebih baik dan bertuah daripada kedua abang tua itu kerana berjaya menjadi timbalan presiden dalam usia termuda.

Apakah hasrat Husam dan Mat Sabu untuk bertanding itu kerana dengki dan cemburu kepada kedudukan Nasharudin itu? Bukankah kedudukan Nasharudidn itu adalah atas bantuan mereka juga enam tahun lalu? Mustahil kalau mereka tidak berpadu mendokong Nasharudin, ahli Parlimen Bachok itu tidak akan menang.

Seharusnya mereka menghormati kepada adik bongsu yang mereka sendiri angkat agar berada di situ. Apakah mereka sengaja berbuat begitu kerana untuk menjadikan Nasharudin sebagai mangsa kepada Hassan Shukeri, kemudian Harun Taib.... kerana mereka sendiri tidak yakin waktu itu untuk merempuh Hassan atau Harun sendiri? Kalau begitu maka jelas di sini Nashardin adalah mangsa kerakusan politik mereka yang licit!

Di sini bolehlah diibaratkan ketiga mereka seperti watak-watak Abdul Wahab, Abdul Wahid dan Abdul Wahud dalam filem Tiga Abdul. Di mana kedua abang itu suka mempermainkan adik bongsu itu dan juga menganiaya. Namun kerana berkat sabar, jujur dan ikhlas akhirnya adik bongsu yang tidak tahu menipu dan tidak tamak itu berjaya dalam hidup sebaliknya kedua si abang itu merana. Mudah-mudahan begitu keadaan ketiga mereka ini

sumber - MSO

2 ulasan:

Antibarua berkata...

Siapapun yang menang mereka tetap barua kepada BABI dan anjing... kecuali mereka ingin bersatu dengan UMNO, bersama sedara seislam.

Selagi dibawah ketiak BABI dan anjing, kekallah gelaran barua, balaci, pencacai, talibarut, dan gelaran yang seangkatan dengannya.

akai adaka?
http://antibarua.blogspot.com/

PAKMALAU berkata...

MAT SABU SUKA DUNIA ISLAM? Bila? Yang aku tau dan kawan PKR pun tau mat sabu tolak negara islam bila DAP bkit Mertajam Gempaq!!Sembang saja lebih !!Dap gmpaq sikit terlucut negara islam naik negara Kebajikan.Tapi aku setuju MAt abu suka Negara Islam Liberal jadi samalah juga dengan Husam 5x2,2x5=Mat sabu lidah 2.dua tu bercabang la.mat sabu tau yang lidah becabang tu Apa???