Oleh Gelagat Anwar
SM Nair and Partners sudah dilantik oleh Anwar Ibrahim untuk menyatakan tuntutan saman awal kepada Anifah Aman (Menteri Luar) baru baru ini. Sebagai sebahagian daripada usaha ‘pembersihan nama’ anak guamnya, surat antara SM Nair kepada Anifah Aman ini sudah ditampilkan di blog Anwar sebagai bacaan umum. Samada ianya bertujuan untuk menampilkan keberanian dan pembersihan nama – surat tersebut sudahpun menjadi tatapan umum. Mungkin inilah cita ketelusan yang Anwar inginkan selama ini.
Antara yang diperkatakan dalam surat tersebut adalah bagaimana kenyataan yang dibuat di Jabatan Negara (State Department, United States) – dalam pertemuan antara Anifah dan Clinton; berniat untuk menjatuhkan kredibiliti dan wibawa anak guam SM Nair. Antara lain, disebutkan bahawa tuduhan tersebut akan membawa implikasi berikut:-
- anak guam SM Nair adalah seorang yang ‘dishonest’ dalam kapasitinya sebagai individu dan seorang yang berjawatan;
- anak guam SM Nair adalah seorang ‘pembohong’ dan penipu (conman?);
- anak guam SM Nair adalah seorang ahli politik yang ‘unfit’;
- anak guam SM Nair adalah seorang tidak mempunyai prinsip dan korup;
- anak guam SM Nair adalah tidak beretika;
- anak guam SM Nair telah melakukan kesalahan yang mampu dibawa ke penjara;
Anifah Aman dianggap sebagai seorang yang sudah membuat kenyataan bersifat ‘reckless’ dan tidak bertanggungjawab. The best thing, Anifah Aman sudah memilih ‘home-ground’ Anwar iaitu Amerika Syarikat dalam membuat ‘kenyataan sinikal’ kepada Anwar. Kita kurang pasti bagaimana reaksi pegawai tinggi Amerika, termasuk Puan Clinton apabila kenyataan tersebut diutarakan – hakikatnya, menyerang Anwar di Amerika; seperti mencabar Ferguson di Old Trafford! Ini yang Anwar tidak boleh terima.
Anwar mahu mengekalkan imej ‘impeccable’ dan maksumnya di bumi Amerika. Menyerang integriti Anwar sedemikian rupa adalah sesuatu yang sangat tidak boleh diterima oleh ‘ikon integriti’ seperti Anwar. SM Nair pada hakikatnya sudah ‘mencadangkan’ (suggestive) dengan kedudukan anak guamnya.
Kita kena faham dan tahu, dalam ‘Saga 16 September’ – Anwar pada hakikatnya sudah melakukan segalanya bagi memastikan Pak Lah berhadapan dengan undi tidak percaya. Kepada rakan karib Anwar di Amerika – dia adalah seorang pejuang demokrasi unggul. Tidak ada ‘kesalahan’. Apa yang dilakukan Anwar adalah sangat ‘demokratik’ dan menjanjikan ‘ruang demokrasi’ baru di Malaysia.
Adalah menjadi tatapan umum bahawa segerombolan manusia ‘rakus’ terbang ke Taiwan dalam usaha ‘buy over’ wakil rakyat BN. Ini bukan lagi rahsia, tetapi ‘open secret’. Masih terbayang wajah ‘malu tapi mahu’ Tian Chua dan Saifuddin Nasution yang dipaksa ke Taiwan dalam usaha yang tidak kesampaian itu.
Tawaran kepada Anifah Aman semestinya tidak berlaku secara ‘bertulis’. Anwar tidak sebodoh itu. Jangan kita lupa, tempoh masa tersebut adalah waktu yang sukar antara Anifah dan kepimpinan Pak Lah. Anwar memainkan peranan untuk mencucuk jarum dan mencari jalan politik. Siapa berbohong – rasanya boleh diketahui oleh umum.
Integriti dan ke-’impeccable’an Anwar gugur teruk dengan kenyataan Anifah Aman. Hilang sebagai seorang ikon kepada demokrasi; Anwar sudah menjadi ‘joker demokrasi’ yang memualkan. Amerika pastinya melihat kembali kepada ‘kuda politik’ mereka kali ini. Sebagai Negara ikon demokrasi – Amerika tidak mahu terlibat dengan amalan politik yang sedemikian hina dan merosakkan.
sumber - gelagat anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan