MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Mei 2009

Kenapa Nik Abduh dikecam?

Terdapat usaha dilakukan oleh pihak tertentu di dalam Pas untuk melaga-lagakan antara Abdul Hadi (kiri) dengan Nik Abdul Aziz.


Oleh Zulkiflee Bakar


TIADA nama yang paling popular dalam Pas sekarang selain Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Walaupun beliau tidak memegang jawatan penting dalam kepimpinan tertinggi Pas selain Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan, namun pendedahan beliau berhubung pandangan sebenar bapanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mencetuskan kontroversi.

Melalui blognya, Nik Abduh mendedahkan pendirian bapanya yang juga Menteri Besar Kelantan mengenai cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional (BN). Walaupun cadangan itu sudahpun ditarik balik oleh Abdul Hadi namun pendedahan Nik Abduh telah menimbulkan polemik yang cukup hebat di kalangan pemimpin dan ahli Pas.

Malah tidak terkecuali, Nik Abduh turut dikecam dengan pelbagai tuduhan hanya semata-mata beliau menegaskan bahawa bapanya tidak menolak kerajaan perpaduan asalkan jawatan Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan diberikan kepada Pas.

Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan Nik Abduh mungkin kecewa kerana secara dasar Nik Abdul Aziz bersetuju dengan kerajaan perpaduan dan pendirian beliau sudah tentulah selari dengan Abdul Hadi. Tetapi malangnya puak-puak di dalam Pas yang mahu melihat dua ulama berkenaan terus bercanggah pendapat dan bertelingkah demi kepentingan politik mereka kecewa dengan pendedahan Nik Abduh.

Bagi mereka, Nik Abduh telah menyekat peluang mereka untuk menyingkirkan Abdul Hadi daripada kerusi Presiden dalam pemilihan parti pada Jun nanti. Selama ini modal kelompok berkenaan ialah Abdul Hadi perlu diturunkan kerana beliau kononnya ingin membawa Pas bergabung dengan UMNO.

Persoalannya, benarkah Abdul Hadi pernah membuat cadangan berkenaan? Apa yang penulis fahami sejak awal lagi isu ini tercetus, Abdul Hadi mencadangkan kewujudan sebuah kerajaan perpaduan yang menggabungkan semua parti tanpa mengira kaum. Ia bermaksud semua bekerja sebagai satu pasukan dan bukannya bererti Pas bergabung dengan UMNO atau UMNO bergabung dengan Pas. Tetapi malangnya kenyataan Abdul Hadi sengaja disalahtafsirkan.

Menyanggah

Mereka hampir berjaya melagakan beliau dengan Nik Abdul Aziz apabila Menteri Besar Kelantan itu mengeluarkan kenyataan menyanggah cadangan Abdul Hadi. Sebelum ini mereka juga berjaya melaga-lagakan Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz mengenai isu muqabalah.

Sejak dari awal lagi ramai pihak terutamanya di kalangan orang Melayu sama ada Pas atau tidak, sudah merasa ragu dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz. Ia dilihat bertentangan dengan Abdul Hadi. Semua itu berlaku kerana seperti mana kata Nik Abduh, ‘‘pembantu-pembantu ayahanda memberikan gambaran salah tentang situasi yang berlaku demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor mula menular dalam Pas.’’

Sebenarnya, tidak pernah wujud sebarang cadangan untuk menggabungkan dua parti Melayu itu, sebaliknya apa yang ditegaskan oleh UMNO dan hasrat orang Melayu ialah melihat kedua-dua parti berkenaan bekerjasama dalam soal-soal menyentuh kepentingan umat Melayu dan Islam. Tetapi malangnya, di dalam Pas terdapat puak-puak yang berasa bimbang apabila menyentuh soal hendak bekerjasama dengan UMNO. Mereka tidak mahu kalau itu menjadi kenyataan peluang mereka untuk menguasai Pas dengan melaksanakan agenda menyingkirkan golongan ulama gagal. Dalam soal penyatuan ini Nik Abdul Aziz sendiri dalam satu kenyataan pernah berkata, beliau tidak menolak sebarang usaha menyatukan orang Melayu tetapi menyeru semua kaum di negara ini bersatu mengikut prinsip dan landasan Islam.

sumber - Utusan Malaysia


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KESIAN NIKABDUH. NIAT IKHLAS DIA DH DI PUTARBELITKAN OLEH PENCACAI ERDOGAN. LEPAS NI MUNGKIN DIA DI PINGGIRKAN MCM YG LAIN2