MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Mei 2009

Mengapa Anwar berminat kepada PAS ?



Oleh Medan Info Kita

Anwar Ibrahim kini tidur lena, mimpinya semua yang indah indah belaka….

Kuasa politik tanahair mutakhir ini dimonopoli oleh Penasihat PKR. Masakan tidak? Bila bergolak sahaja politik Pulau Pinang, kuasa mutlak Anwar yang mempunyai “air tangan” telah menguasai keputusan orang nombor satu kerajaan pulau mutiara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akur dan angguk kepada lengguk politik Anwar bilamana beliau sendiri tidak upaya menamakan siapa Timbalannya setelah Fairus terlebih dahulu menjadi kambing hitam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Guan Eng serahkan segala-galanya kepada Anwar. Keputusan PKR memilih bekas Setiausaha Politik Anwar, Mansor Othman bertanding kerusi DUN Penanti sudah dijangka kerana Mansor memiliki ciri ciri “Yes Boss”, elemen penting kategori seorang budak suruhan atau dalam bahasa yang lebih sopan, seorang KHADAM……

Nah! Mukadimah ringkas diulas sekaligus memperlihatkan penguasaan Anwar keatas DAP dan PKR parti miliknya.

TERKINI, sebuah parti yang berusia lebih 50 tahun memperjuangkan Islam sebagai tunjang politik mereka, PAS sedang bergelora mendepani Muktamar tahunannya kali ini. PAS berjaya dijinakkan oleh Anwar menjelang Pilihanraya Umum ke 12 lalu untuk tidur sebantal, makan sepinggan bersama DAP dibawah kelolaan PKR. DAP yang mahu PAS tidak “sebut” Negara Islam sebagai asas perjuangan telah dikompromi untuk menghasilkan pakatan bertanding satu lawan dengan Barisan Nasional.

Natijahnya, ketiga tiga parti pembangkang ini mencipta sejarah tanahair apabila berjaya membawa masuk lebih 80 wakil rakyat mereka ke Dewan Rakyat Parlimen manakala BN pula hilang kuasa majoriti 2/3. Kejayaan pembangkang juga dibuktikan dengan merampas empat kerajaan negeri.

Muktamar PAS untuk kesekian kalinya di"LIWAT" oleh fahaman Anwarisme apabila pemilihan pemimpin tertinggi parti ini terbahagi kepada dua team, iaitu golongan Ulama dan satu lagi kumpulan yang dilabelkan sebagai Erdogan, iaitu penganut fahaman Anwarisme yang disebutkan tadi.

Agak membimbangkan juga apabila tersiar berita disebuah akhbar minggu lalu melaporkan Muktamar PAS di salah sebuah kawasan utara tanahair menyaksikan insiden perwakilan keluar dewan memboikot ekoran tidak puas hati dalam proses pemilihan YDP yang baru.

What Goes Around Comes Around, dulu pembangkang kata Mesyuarat Agung UMNO Bahagian boleh kita dengar kisah sebegini tapi, sekarang ini boleh pula terjadi kepada sebuah parti islam yang hadir berkopiah dan bermini telekung! Ada kemungkinankah selepas ini berlaku insiden baling kerusi dan tumbuk menumbuk dikalangan mereka..?

Iman dikalangan ahli ahli PAS dan pemimpin mereka bukanlah ditahap rasul dan nabi, mereka pun manusia biasa. Bila sudah terhidang didepan mata KUASA politik, gelaran Datuk Seri, Dato, Menteri Besar, EXCO kerajaan negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri, Yang Berhormat Ahli Parlimen, pemilikan jawatan besar GLC negeri pemerintahan mereka, maka sifat riak takbur tidak mustahil menguasai diri…..

Perpecahan dikalangan pemimpin dan ahli ahli PAS kini ditahap serius. Singgul menyinggul, bentes membentes sudah menular dalam Muktamar parti ini. Lihat sahaja senarai pencalonan jawatan jawatan tertinggi parti peninggalan Allahyarham Ust Fadzil Noor ini. Blog ini pernah menceritakan kisah perebutan jawatan dalam posting yang lalu.

Adakah Khalid Samad YDP PAS Shah Alam berperanan sebagai Agen TEGAR Erdogan Selangor apabila dalam Muktamar PAS Shah Alam tidak langsung menamakan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali untuk sebarang jawatan tertinggi? Apakah Khalid membalas dendam keatas penyingkiran beliau dari jawatan Timbalan Pengerusi PAS Selangor oleh Hassan Ali


Puak Erdogan [PAS PKR] kini sedang menyusun strategi untuk menobatkan ahli ahli mereka ,menduduki kerusi Timbalan dan Naib Naib Presiden. Husam Musa dilihat sebagai percaturan Puak Erdogan untuk merampas jawatan Timbalan Presiden. Strategi yang dilihat sebagai “placing” melangkah ke kerusi nombor satu parti itu pada masa akan datang.

Manakala untuk jawatan Naib Naib Presiden pula Puak Erdogan ini mahu mempertaruhkan Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar, Kamaruddin Jaafar, Dr Dzulkefli, Salahudin Ayub, Dr Syed Azman dan Dr Hatta Ramli.

Dipihak Ulama, Ustaz Nasharuddin Mat Isa disandarkan harapan untuk kekal sebagai orang nombor dua parti agar maruah PAS tidak boleh digadaikan dengan mengangguk angguk kepada arahan PKR dan DAP. Seterusnya tokoh tokoh seperti Dr Hassan Ali, Azizan Abd Razak, Ustaz Idris Ahmad, Mat Sabu turut menjadi harapan Puak Ulama untuk mengisi jawatan jawatan tertinggi parti itu agar dapat menangkis penguasaan ahli ahli Puak Erdogan.

Pemimpin pemimpin PAS yang “khayal” dengan fahaman Anwarisme menyertai Puak Erdogan memasang cita cita mahu menjadi anggota kabinet kerajaan Angan Angan 916 Anwar. Mereka juga telah ditarbiyahkan agar menerima DAP sebagai madu dalam perkahwinan tiga segi PKR, PAS DAP ini. Lihat sahaja bagaimana mereka menghalalkan semua tindak tanduk “al kafirun” ini dalam kes bersekedudukan Yb Eli dengan seorang pemuda beragama islam dan bacaan serta tafsir ayat suci Al Quran oleh Ustaz David Nga Kor Ming.

Haru biru gelora politik PAS sudah mendapat signal dari anak kandung Mursyidul Am mereka sendiri apabila Nik Abduh membongkar tentang ada “pembantu sesat” ayahnya. Pendedahan ini seperti suatu wake up call oleh Puak Ulama mahu mengingatkan Puak Erdogan bahawa langkah sumbang mereka sedang dipantau.

Antara sasaran yang dikaitkan sebagai “pembantu sesat” tersebut ialah Setiausaha Politik MB Kelantan, Anuar Bakri Haron. Anuar adalah anak didik Husam, sekiranya dibaca pada artikel disiarkan oleh blog AIDC [klik sini], memang ada hubung kait Anuar Bakri sebagai aktivis UM dengan Anwar Ibrahim. Ada juga bertiup angin menceritakan lawatan Yb Eli mengadap Tok Guru Nik Aziz untuk membasuh dosa sebenarnya diaturkan oleh Anwar dan Husam melalui Anuar Bakri….

Puak Ulama kini sedar bagaimana PAS mahu dikudakan oleh Anwar dan DAP untuk menggapai cita cita politik mereka. Apabila ada ura ura PAS di Penanti mahu meletakkan calon mereka bertanding, ini terbukti bahawa Puak Ulama semakin susut keyakinan mereka terhadap fahaman Anwarisme yang didukung oleh barua barua Anwar.

Semoga saki baki Muktamar PAS di peringkat kawasan akan lebih beristiqamah dengan mengekalkan perjuangan asal mereka tanpa mengizinkan fahaman Anwarisme me"LIWAT" fahaman Ulama. Bila tiba waktunya nanti, sudah tentulah Muktamar di peringkat pusat menjadi tumpuan dimana Anwar Ibrahim menanti dengan penuh debaran, apakah beliau akan berjaya menguasai parti PAS ini melalui pimpinan tertinggi mereka yang diatur untuk menjadi kuda tunggangan bertaraf BARUA…

sumber - medan info kita


Tiada ulasan: