Email Razul Zalkifli
Saya menanti rancangan Hujah TV9 malam ini (26 Mei) kerana diwar-warkan Husam Musa akan berlawan dengan Ezam Mohd Nor tentang isu 'Rasuah dalam politik", tetapi penantian saya akhirnya kecewa kerana ayam sabung PAS yang digelar ketua Erdogan tidak menghadirkan diri.
Apa sudah jadi dengan Ketua Erdogan, sebelum ini terus menerus mencabar pemimpin UMNO berdebat, tetapi malam ini menjadi seorang pengecut ? Adakah masih berpuasa ? Atau sedang sibuk menyusun strategi membeli undi perwakilan PAS hingga tidak berkesempatan berdebat di TV9 yang telah dipersetujui sebelum ini ?
Sepatutnya Husam perlu menggunakan faltform TV9 untuk membetulkan salah tanggapan mengenai unsur-unsur rasuah yang sedang menjalar dalam PAS. Ketika musuh politiknya, Mohamad Daud Iraqi (Ketua Dewan Ulama PAS) mengakui wujudnya unsur-unsur 'rasuah' dalam PAS, seperti memberi hadiah dan mengadakan majlis makan, orang pertama yang melenting dan mencerca balik Ketua Dewan Ulama itu adalah Husam sendiri.
Kenapa Husam cepat-cepat bingkas bangun menafikan dakwaan Ketua Dewan Ulama, sedangkan Mohamad Daud Iraqi tidak menyebut siapakah individu yang terlibat dalam unsur-unsur rasuah PAS itu ? Adakah Husam bingkas kerana seperti kata perumpamaan, 'orang yang makan cili akan terasa pedasnya'!
Ketua Dewan Ulama tidak menuduh Husam terlibat dengan politik wang, tetapi cara bidasan Husam ke atas Mohamad Daud, seolah-olah mengesahkan beliau terlibat dengan politik wang!
Apakah Husam juga seperti Anwar, cakap berdegar-degar, menafikan dirinya terlibat dengan korupsi, nepotisme dan politik wang, tetapi hakikatnya merekalah jaguh. Cakap tidak serupa bikin, mengaku menganut fahaman akauantibiliti (kebertanggungjawaban), tetapi sebenarnya merekalah manusia paling korup.
Kenapa Husam terlalu takut bertemu muka dengan Ezam? Adakah sebelum ini 'mereka berdua' mempunyai rahsia peribadi yang takut terdedah kepada umum ?
Ezam pernah mencabar Husam membalas 'perbincangan rahsia mereka' berkenaan dengan 'rahsia sulit Anwar' semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi hingga ke hari ini, Husam membisu seribu bahasa mengesahkan dakwaan Ezam adalah benar.
Kalau manusia sedayus ini bernama Husam, layakkan dia menjawat Timbalan Presiden PAS. Takkan selama-lama mengharapkan payung Nik Aziz dan Anwar untuk mengangkat karier politik.
11 ulasan:
mana satu yang betol yek...harakah kata HUSAM debat dengan Zahid Hamidi malam nie pasal "Rasuah dalam Politik" lepas tu zahid yang tak datang.
tapi setau aku debat tu antara husam dengan ezam..
yang dah jelas pun kena spin jugak...pergh harakah dan jadi spin doctor.
husam buat lawak lagi,ibarat meludah kelangit,kesian penyokong dan blogger pr.jadi bahan ketawa jer
bang osman, malam tadi mak tonton siaran tu. memang husam tak datang nyahhh. bang osman niiii, tak tau ke harakah tu banyak tipu dari betul nyahhh. harakah berjaya tipu pengikut pengikut pas yang ramai tidak tonton tv awwwwww. jangan tak percaya nyahhh, ramai penyokong pas tidak tonton tv sebab media kerajaan kata mereka. awwww
NI NAK BAGI TAU OSMAN... DEBAT ANTARA HUSAM DENGAN ZAHID.. TAPI ZAHID TAK BERANI...DAYUS LE KATAKAN...
LALU DIMINTA GANTI DENGAN EZAM. EZAM SIAPA????? PEMIMPIN umNO NO BERAPA... NASIB HUSAM BIJAK TAK DATANG... EZAM TU TAHAM PENCACAI TAHAP GABAN PUNYA.... TAK DE NILAI...
MACAM NAJIB KALAU DIAJAK BERDEBAT DENGAN ORANG GILA??? NAJIB NAK MAI KE???
KESIMPULANNYA...ZAHID YANG LARI DULU....... ITU PUN TAK PAHAM KE???
AWAT SEMUA BLOGER umNO TAK BERANI LEPAS KOMEN TANPA TAPIS ...TAKUT KE???
salam dato...
"LALU DIMINTA GANTI DENGAN EZAM. EZAM SIAPA????? PEMIMPIN umNO NO BERAPA... NASIB HUSAM BIJAK TAK DATANG... EZAM TU TAHAM PENCACAI TAHAP GABAN PUNYA.... TAK DE NILAI"
bcer blog
http://www.husammusa.com/index.php/statement/42-statement/308-tarik-diri-dari-hujjah-kenyataan-husam-dari-sri-pentas
aik nak debat pun kna ada pangkat?
Pangkat adalah segala-gala tak gitu dato...hehehe
k la dato bler cter pasal komen yang tak disiarkan???
adakah blog pR tak buat mcm 2 gak....klu tak saya ada blog pr yang bukan takat tak siarkan ?malah langsung tak jawab ketika diajak berdebat,memula layan pastu terus senyap.saya siap antar komen cabar sambung debat tapi no response.
jadi kedua2 pihak bebuat perkara yang sama.fair klu kita cakap begitu jgn asyik menyatakan sebelah pihak. 2 kita panggil double standard.ada paham doto.
Dato'... dato'...
Apakah nak ajak berdebat pun kena pilih orang ini no. berapa, orang tu no. berapa?
Kalau betul2 berani tak perlu risau siapa yang jadi seteru debat. Kalau rasa di pihak benar atau rasa la tak pernah lakukan kesalahan, berdebat saja la. Tetapi apa yang berlaku ternyata menampakkan Husam kesayangan dato' tu seorang pengecut, dah bawa 5 'pendekar' di sisi tak mahu menghunus keris atau pertahankan diri.
Mungkin Husam dah betul2 kehilangan keris kut. Kalau macam tu potong je la 'keris' bawah dia tu.
Secara analogi kalau mengikut pendapat dato' la.... Kalau Husam tu ditakdirkan menjadi MB Kelantan atau mungkin la PM Malaysia, dan ada rakyat datang nak berjumpa, apakah patut ditanya....
"awak rakyat no. berapa?"
Kesian dato', bengap + bengong juga rupanya.
Ini dari dato' bengap...
"LALU DIMINTA GANTI DENGAN EZAM. EZAM SIAPA????? PEMIMPIN umNO NO BERAPA... NASIB HUSAM BIJAK TAK DATANG... EZAM TU TAHAM PENCACAI TAHAP GABAN PUNYA.... TAK DE NILAI..."
Betul ke Husam baju petak2 merah tu tak datang?? Mana punye informasi yang dato' bengap dapat ni?? Kesian.. kesian... bengap tahap gaban rupanye...
Lagi satu dato' bengap...
Apakah blogger2 puak dato' tu akan lepaskan semua komen yang tak setuju dengan artikel / pendapat mereka?? Apakah 100% dato' bengap pasti mereka takkan tapis juga?
Salam semua ...
Dato, betul juga kata2 dato' berdebat dgn orang gila siapa yang mahu. sebab itulah zahid tak mahu debat sebab dia tahu hussam tu gila ...gila kuasa dan segala2nya. Rancangan itu lebih kepada forum bukannya win lose punya programme. Mungkin dalam fikiran hussam itu adalah win lose punya program, maka yg takut kalah pastinya berundur awal.
Dato', blog yang paling bacul ialah blog Anwar Ibrahim itu sendiri. Juga blog Dr. Lolong yang syok sendiri tuh. Bila dikomen puji-pujian, semuanya disiarkan, tapi bila ada yang mula bertanya perkara2 yang boleh membuat org berfikir, takkan disiarkan. jika terlepas pasti akan dipadam kemudian.
Mungkin blog AIDC ni sangatlah berpengaruh sampai dato begitu perihatin dengan blog ini. terimakasaih dato kerana memberi sokongan.
salam
Salam Nora...
Ada satu lagi blog yang bacul, itulah blogspot dato' ni. Apakah blog dato' ni syok sendiri (SS) sebab tak dapat sambutan atau memang pengunjung yang komen pada blog dia ditapis sebelum disiarkan...
Kenapa saya berkata begitu?? lihatlah bahagian komen, tak banyak pun. Kadang2 kosong je (teloq ayam). Hahaha.... betul tak dato' bengap??
Link ke blog dato' bengap:
http://anaksengat.blogspot.com/
Catat Ulasan