Oleh Medan Info Kita
Sudah menjadi resam manusia didunia, bila kuasa dah genggam ditangan, maka akan lahirlah sifat tamak dan haloba….
Ketika pemerintahan PKR Selangor melepasi usia setahun jagung, dikhabarkan bahawa sayap penting parti berbilang kaum milik Anwar Ibrahim yang mengkudakan Khalid Ibrahim sebagai pilot dinegeri itu, iaitu Angkatan Muda Keadilan [AMK] Selangor kini sedang bergelora, berkocak dan mendepani masalah dalaman yang serius
Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Zainuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Jonah dikalangan kenalan dalam parti itu diKECAM hebat oleh salah seorang Exco lantikan beliau sendiri.
Minggu lepas, Blogmaster menerima sms dari salah seorang pimpinan PKR Selangor meminta agar disemak email sebab beliau baru sahaja mengirimkan “sesuatu”. Setelah dibuka Inbox email, Blogmaster dapati ada surat perletakan jawatan oleh Ketua Penerangan AMK Selangor yang memakan hampir lima mukasurat, tetapi yang menariknya surat tersebut lebih fokus kepada menghambat Saudara Jonah dengan terlalu banyak “pendedahan kepincangan” Ketua AMK Selangor itu….. Apa sudah jadi? Seharusnya Ketua Penerangan adalah jawatan pengurusan lantikan Ketua AMK, gandingan mereka untuk memperkasakan sayap itu dan sekiranya ada sebarang persengketaan haruslah selesai dimeja rundingan secara tertutup dikalangan mereka.
Mengenali Jonah sebagai sahabat, Blogmaster terus menghubungi beliau untuk bertanyakan perkara yang sebenar.
“Its ok bro, u boleh publish surat dia at your blog, biar orang tahu jenis apa dia nie..! ” kata Jonah memulakan perbualan.
“Actually aku decide nak reshuffle barisan Exco AMK Selangor, dah one year pun line up yang lama…” sambung Jonah.
“Come on la, rombakan ker, atau lantikan jawatan2 nie hak Ketua AMK negeri, sebenarnya USIA Ketua Penerangan aku nie dah terbabas bro, dia dah lebih umur, he is 40 plus…” jelas Jonah lagi dalam perbualan kami.
Oh…, begitu kisahnya, rupa rupanya Ketua Penerangan AMK yang tulis surat panjang berjela jela ni dah terlajak usia 40, dah tua dah dan perlu digantikan dengan orang lain…!!!
“ Ye lah, dia nak cover line, kononnya dia letak jawatan sebab hilang kepercayaan pada kepimpinan Jonah, tapi sebenarnya dia dah tak diperlukan lagi, umur dah senja nak masuk maghrib, macam gila talak jugak la mamat nie” kata sahabat yang menghantar email kepada Blogmaster setelah diceritakan kepadanya apa yang telah dijelaskan oleh Jonah.
Kalau kita amati daripada surat beliau, boleh ditafsirkan agak tercabar juga Saudar Jonah dengan kritikan kritkan yang telah dilemparkan kepadanya. Berikut adalah petikan petikan daripada surat tersebut ;-
Ketua AMK Selangor adalah punca beberapa Ketua AMK Bahagian menjadi MISKIN kerana GAGAL untuk menunaikan janji beliau mendapatkan gaji bulanan RM5,000 kepada setiap mereka.
Hanya ada satu sahaja biro diujudkan dan GAGAL untuk menubuhkan biro-biro menggambarkan organisasi yang tidak tersusun serta mantap bagi sesebuah AMK negeri.
Daripada 22 Bahagian dalam Selangor, hanya ada satu AMK Bahagian yang berjaya menubuhkan pejabat mereka sendiri walaupun negeri ini dibawah pemerintahan kerajaan PKR.
Ketua AMK Selangor juga terbukti GAGAL menangani senario berkabilah dikalangan Ketua Ketua AMK Bahagian, yang terbahagi kepada team Halimey [bekas Ketua] dan team Jonah sendiri.
Dana AMK Selangor juga GAGAL menunjukkan sebarang peningkatan langsung dan menjadi beban kepada keseluruhan ahli ahli sayap itu untuk menjalankan sebarang aktiviti.
Tidak banyak latihan dilaksanakan bagi memantapkan AMK negeri itu maka GAGAL untuk melahirkan kepimpinan dikalangan mereka.
Yang paling penting ialah GAGALnya Ketua AMK Selangor ini untuk memiliki hubungan yang baik dengan Ketua Perhubungan PKR Selangor itu sendiri iaitu MB mereka dilihat sesuatu yang tidak wajar berlaku dalam pentadbiran sesebuah parti politik……
Menurut penjelasan Jonah, beliau mahu memantapkan lagi barisan Exco AMK Selangor dibawah kepimpinannya. Untuk mengisi jawatan Ketua Penerangan AMK Selangor yang baru itu, beliau telah melantik Mohd Ezli Mashut, anak jati Ijok iaitu kawasan MB Selangor. Ezli berusia 31 tahun, lulusan Undang Undang UIA, seorang aktivis mahasiswa bersama dengan Jonah zaman mereka di universiti. Ezli juga adalah penulis muda yang banyak menyumbang nukilannya disiarkan di Harakah, Seruan Keadilan dan beberapa website.
Semoga pilihan Ketua AMK Selangor kali ini pilhan yang tepat….
Dibawah ini, disertakan sesalinan surat yang dimaksudkan itu, silalah klik pada image untuk mendapat bacaan yang lebih jelas.
sumber - medan info kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan