MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

28 Mei 2009

Husam Musa dijangka menang walaupun Erdogan lemah

Jimadie Shah Othman | May 28, 09 12:08pm
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilihat masih berpeluang merebut kerusi timbalan presiden parti itu walaupun penyandangnya Nasharudin Mat Isa mendapat pencalonan besar bagi mempertahankan jawatan itu.

Difahamkan, Nasharuddin mendapat 68 pencalonan daripada 137 kawasan yang menghantar laporan.

PAS mempunyai 176 kawasan di seluruh negara tetapi terdapat bahagian parti itu yang lambat menghantar pencalonan.

Daripada jumlah itu, Husam mendapat 28 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu mendapat 26 pencalonan.

Walaupun kumpulan pro-muqabalah yang cenderung kepada idea berunding dengan Umno kini menguasai tiga sayap utama PAS - Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat - fenomena itu dilihat boleh memberikan kesan positif kepada Husam.

Penguasaan mantap aliran pro-muqabalah sebelum pemilihan di muktamar PAS 5 Jun ini boleh membuatkan perwakilan yakin kedudukan kepimpinan ulama sudah stabil.

Susulan itu perwakilan boleh menaikkan pemimpin bukan ulama seperti Husam dan mereka tidak lagi perlu mempertahankan Nasharuddin - dianggap simbol penting aliran agama selepas presiden, demikian analisis sumber-sumber parti.

Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS dimenangi tanpa bertanding, dua teratas Nasrudin Hassan dan Azman Shapawi Abd Rani beraliran agama - mengembalikan era kepimpinan ulama dalam sayap penting PAS itu dalam tempoh sedekad.

Dalam Dewan Muslimat, walaupun terdapat persaingan merebut jawatan nombor satu apabila penyandangnya Nuridah Salleh ditentang oleh Dr Asiah Ali, kedua-duanya dilihat tokoh aliran agama.

Difahamkan Nuridah tiada masalah mengekalkannya jawatannya - khususnya berdasarkan pencalonan yang diperolehinya.

Berdasarkan senarai pertandingan yang diumumkan kelmarin, penguasaan aliran pro-Pakatan Rakyat atau jolokannya "kumpulan Erdogan" dilihat semakin lemah walaupun mereka berdegar-degar mempertikaikan kumpulan pro-muqabalah sejak setahun lalu.

"Perkara ini biasa dalam PAS. Sebelum ini keadaan agak panas, tetapi akhirnya ia meredakan sikit kepanasan di atas (jawatan kanan PAS).

"Dengan berlakunya perkara ini (penguasaan kumpulan pro-muqabalah), tidak timbul lagi kerisauan ulama tidak cukup wakil dalam PAS," kata sumber-sumber.

Mereka juga mendakwa kemenangan Nasharudin selama dua penggal sebelum ini mendapat dukungan kuat kumpulan profesional, yang kali ini akan mengalihkan undi mereka kepada Husam.


sumber - malaysiakini


1 ulasan:

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim berkata...

Assalam wbt.

Siapa kata puak Erdogan lemah! Golongan berfahaman ini sudah lama meresap masuk ke dalam PAS dan hanya menunggu masa yg sesuai untuk menguasai PAS, dan masanya adalah pada perhimpunan kali ini dan Dato' Husam adalah calonnya yg terbaik kerana selain beliau bernaung secara langsung di bawah Tok Guru ( undian2 hasil pengaruh Tok Guru ) , beliau juga mempunyai siratulrahim yg kukuh dgn Anwar....Memang sahlah jawatan itu buatnya manakala saudara Nasaruddin memerlukan keajaiban dan 'pertolongan dari yg Esa' sahaja yg dapat membantunya. Wallahu'alam.