MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Mei 2009

Aminah cabar bos PKR Pulau Pinang dedah 'peristiwa' di sebuah hotel..



‘Perang’ antara calon bebas pilihan raya kecil DUN Penanti, Aminah Abdullah dengan Parti Keadilan Rakyat (PRK) makin hangat apabila cabaran demi cabaran dibuat.

PKR yang menafikan membuat tawaran kepada Aminah agar beliau menarik diri memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap calon bebas itu jika terus membuat dakwaan terhadap parti tersebut.


Aminah pula dalam kenyataan terbarunya, bukan sahaja menafikan dakwaan PKR bahawa beliau yang mengatur pertemuan dengan dua ahli parti itu, sebaliknya membuka cabaran baru terhadap Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zaharin Mohamed Hashim.

Katanya, beliau mencabar Zaharin supaya mendedahkan satu peristiwa yang berlaku di sebuah hotel di Jawi yang ada kaitan dengan soal maruah.

"Saya nak ingatkan Zahrain supaya jangan mencabar saya. Saya nak tanya sama ada dia masih ingatkah lagi dengan peristiwa di sebuah hotel di Jawi pada 2006?

"Kak Min minta dia jawab dalam tempoh 24 jam dan jika tidak, Kak Min akan dedahkan kepada umum. Maruah dibayar dengan maruah," katanya yang membahaskan dirinya Kak Min kepada pemberita selepas berkempen mengedar poster beliau sebagai calon Bebas bagi pilihan raya kecil Penanti.

Beliau yang juga juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang pada sidang media yang diadakan pagi Rabu itu menafikan mengatur pertemuan dengan dua ahli PKR tetapi sebaliknya pertemuan antaranya dengan dua ahli itu diatur oleh salah seorang daripada mereka.

Tambahnya, pertemuan tersebut yang berlangsung 13 Mei lalu di kediamannya di Jelutong atas permintaan ahli PKR terbabit.

Mengenai ancaman saman yang akan dibuat oleh PKR terhadapnya, Aminah berkata, "Kalau nak saman, teruskanlah. Kak Min tak takut sebab Kak Min benar," sambil menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya mahu pun memohon maaf kepada PKR.

Beliau turut mengakui menerima ugutan dan maki hamun melalui panggilan telefon tetapi tidak tidak gentar dengan ugutan tersebut dan menganggap mereka yang menelefonnya pengecut kerana membuat panggilan daripada telefon awam.

"Kalau mereka berani, pakailah telefon yang saya boleh hubungi mereka balik. Apa nak takut pada Kak Min?" katanya. – 27/5/2009



--------------------------------------------------------------------------------

Tawaran PKR: Aminah lapor SPR…SPRM mula siasatan...PKR akui jumpa


TERBARU: Menyahut cabaran PKR agar membuktikan dakwaannya, calon bebas Aminah Abdullah telah mengemukakan bukti dan membuat laporan polis, laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan.

PKR dalam reaksinya kepada tindakan Aminah itu, hari Selasa mengakui dua ahlinya ada menemui Aminah.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution ketika mengakui pertemuan itu bagaimanapun berkata, perbualan dua ahlinya seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman Penanti.


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Cheah Ka Peng, 43, dan Pegawai Khas kepada Exco PKR Pulau Pinang, Peter Lim Eng Nam, 32, mengaku mereka adalah individu seperti didedahkan oleh Aminah semalam.

Mereka menafikan tawar ganjaran dalam bentuk ganti rugi kepada Aminah jika sanggup tidak bertanding dalam pilihan raya di Penanti.

Mereka mendakwa pertemuan itu adalah atas undangan Aminah dan apa yang diperbualkan adalah secara casual antara kenalan lama.

Menurut mereka sepanjang kenal selama 10 tahun mereka beberapa kali pernah ke rumah Aminah.- 26/5/2009


Berita sebelum ini: Setelah membuat laporan polis berhubung dengan dakwaan cubaan sogokan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), calon bebas Aminah Abdullah hari Selasa membuat laporan pula kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) serta menyerahkan bukti cubaan sogokan tersebut.

Selain itu, Aminah turut mengesahkan bahawa Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengambil keterangan daripadanya semalam.

Beliau dijangka akan memberikan keterangan lanjut kepada SPRM petang ini.

Difahamkan pada pertemuan semalam dengan SPRM, Aminah telah menyerahkan cakera padat yang dikatakan mengandungi rakaman perbualannya dengan dua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang datang menemuinya dan membuat tawaran tersebut.

Dalam pendedahannnya, Aminah yang bertanding menggunakan lambang kunci berkata, PKR menawarkan wang sebanyak RM80,000, jawatan yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang jika beliau menarik diri daripada bertanding dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 jika beliau terus bertanding dan menang.

PKR dalam rekasinya terhadap pendedahan yang dibuat Aminah itu akan menghantar notis meminta Aminah memohon maaf dan menarik balik tuduhannya jika tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang itu.

Setakat ini Aminah masih berpegang kepada dakwaannya dan berpendirian beliau tidak akan menarik balik dakwaannya kerana mempunyai bukti. - 26/5/2009





--------------------------------------------------------------------------------


Tawaran PKR: RM80 ribu, jawatan Yang Dipertua MPPP...janji tarik diri

Calon Bebas Aminah Abdullah hari Isnin membuat laporan polis di balai polis Bandar Perda dekat Bukit Mertajam bagi mendapatkan jaminan keselamatan ekoran tindakannya mendedahkan apa yang didakwanya tawaran jawatan dan wang oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya agar menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti.

Menurutnya yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Pulau Pinang, beliau membuat laporan polis berkenaan kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Sehubungan itu sebagai susulan, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok (Selasa) dengan menyerahkan bukti tawaran yang dibuat oleh PKR tersebut.

Beliau mendakwa PKR menawarnya RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dengan syarat beliau hendaklah menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.

Jika tidak,sebaliknya kalau bertanding juga dan menang beliau ditawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang dengan syarat menyertai balik PKR.

Beliau membuat pendedahan ini dalam satu sidang akhbar di Penanti.

Aminah mempunyai rakaman perbualan selama tiga jam antaranya dengan dua pemimpin PKR yang membuat tawaran berkenaan.

Beliau juga mempunyai gambar pertemuan berkenaan.

Rakaman berkenaan yang dipindahkan ke dalam cekera padat diedarkan kepada media.



Menurut Aminah rakaman perbualan berkenaan tidak boleh berbohong.

Beliau bagaimanapun masih belum mahu mendedahkan identiti pemimpin PKR yang berkenaan kecuali memberitahu seorang ialah pegawai kepada seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan seorang lagi seorang ahli Majlis pimpinnan Tertinggi Pusat PKR.

Beliau juga mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu mengenai pertemuan berkenaan.

Aminah menjelaskan asalnya beliau tidak bercadang mendedahkannya tetapi langkah ini sebagai menyahut cabaran Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zaharin Hashim supaya tunjuk bukti.– 25/5/2009





--------------------------------------------------------------------------------

Tunggu apa silat PKR bila Aminah dedahkan...

Walaupun hanya berhadapan dengan calon Bebas, PKR nampaknya tidak boleh duduk senang kerana ‘serangan’ awal salah seorang calon bebas, Aminah Abdullah mengundang reaksi daripada pimpinan kanan parti tersebut.

Aminah selepas penamaan calon berkata, beliau akan mendedahkan bukti ada pemimpin PKR yang telah menemuinya dengan membuat pelbagai tawaran asalkan beliau sedia menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

Aminah yang merupakan bekas Ketua Wanita Parti Keadilan, adalah antara kumpulan awal yang berjuang bersama Parti Keadilan dan menerajui kepimpinan di peringkat negeri Pulau Pinang di samping aktif dalam pergerakan wanita di peringkat pusat.

Difahamkan, Aminah akan membuat sidang media bagi mendedahkan dakwaannya itu kerana menurut beberapa sumber rapat dengannnya, beliau mempunyai gambar dan rakaman perbualan yang melibatkan salah seorang pemimpin PKR.

Mengulas mengenai dakwaan Aminah itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mencabar Aminah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengemukakan bukti.

"Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya.

Manakala Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail pula ketika mengulas dakwaan Aminah tersebut mengaitkannya dengan kemungkinan Aminah mempunyai rasa tidak puas hati dengan mana-mana pihak dalam PKR.

Cumanya, jika Aminah tampil mengemukakan bukti, kita lihat apa pula ‘pencak silat’ yang akan digunakan oleh PKR. Selalunya pemimpin PKR membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap pemimpin kerajaan tetapi tiada bukti yang dikemukakan. Itu tidak apa bagi mereka. Kalau orang lain kemukakan bukti, apa agaknya jawab mereka. – 24/5/2009

sumber - agendadaily

Tiada ulasan: