MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mei 2009

Husam Kuda Hitam Anwar ?




Oleh Warisan2057

Minggu lalu Husam Musa dah istihar dia akan terus berhadapan dengan siapa saja untuk jawatan Timbalan Presiden Pas. Dia nak jadi Timbalan Presiden Pas, 'at any cost', kata seorang rakan Pas. Tahniah Husam kerana berani menghunus senjata.
Husam adalah Naib Presiden Pas yang paling kanan. Dia juga menang dengan undi yang besar dalam pilihanraya umum lalu.

Husam juga 'blue eye' boy Nik Aziz. Dia anak didik Nik Aziz. Dia pernah jadi setiausaha politik Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Semua orang tahu, Husam adalah panglima utama puak Erdogan dalam Pas. Antara orang kanan Husam adalah Mahfuz Omar dan Hatta Ramli.

Husam ni artikulate orangnya. Semasa dia menjadi Ahli Parlimen, hujahnya di Parlimen sangat menyengat. Dia dihormati oleh rakan dan lawan di parlimen.

Husam rapat dengan Anwar melalui Kamaruddin Jaffar. Selaku setiausaha Agung parti, kamaruddin adalah instrument utama yang cuba meyakinkan Jawatankuasa Pusat bahawa Pas kena rapat dan berbaik dengan Anwar. Semua orang tahu hubungan rapat Anwar dan Kamaruddin sejak mereka berada dalam ABIM lagi.

Husam dan Kamaruddin adalah harapan Anwar dalam Pas. Anwar tahu dia tak boleh harapkan golongan-golongan ustaz dalam Pas. Bagi dia golongan ini tak 'deliver' dan tak paham idealisme nya. Dia juga biasa kata kat DAP yang Pas ini tak tahu politik, itu dia merujuk golongan ustazlah dalam Pas.

Anwar tahu Husam adalah bintang yang paling cerah dalam Pas. Husam ini berani dan dia sedia ambil risiko. Anwar nak jadikan Husam sebagai Dr Burhanuddin kedua dalam Pas. Bagi Anwar golongan sekular macam Husam juga boleh jadi Presiden Pas macam Dr Burhanuddin.

Yang akhirnya Anwar akan lebih kuat bila grup Ulama dan Erdogan ini bergaduh merebut jawatan. Anwar nak buktikan bahawa dia boleh 'control' parti orang melayu. Dia boleh 'control' PKR dan dia boleh 'control' Pas.

Husam cuma 'puppet' Anwar. Husam kuda tunggangan Anwar dalam Pas. Adakah orang Pas sedar kini ada tangan luar yang cuba kuasai parti?

sumber - warisan2057.blogspot.com

1 ulasan:

ladybird berkata...

Husam = anuwar = musang