MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Mei 2009

Hadi kekal jawatan Presiden..Timbalan Presiden sengit..

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya setelah menerima 129pencalonan daripada 170 PAS Kawasan manakala Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut dicalonkan merebut jawatan itu tidak layak bertanding kerana tidak mendapat pencalonan yang mencukupi.

Bagaimanapun bagi jawatan Timbalan dan Naib Presiden, dijangka pemilihan pada Muktamar PAS kali ini akan menyaksikan persaingan sengit ekoran beberapa calon telah mendapat pencalonan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustapa Ali, setelah tempoh pencalonan ditutup pada 8 Mei lalu, hanya 130 PAS Kawasan membuat pencalonan dan daripada jumlah itu hanya satu PAS Kawasan tidak mencalonkan Hadi.

Difahamkan hanya PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz.

"Namun, Abdul Hadi hanya akan sah kekal sebagai presiden jika beliau mengembalikan surat tawaran mempertahankan jawatan sebelum 25 Mei ini, yang mana surat tawaran kepada semua calon yang layak bertanding sudah diedarkan sejak 11 Mei," katanya pada sidang media di Kuala Terengganu, hari Rabu.

Mustapa pada sidang media itu turut mengakui saingan sengit berlaku untuk jawatan Timbalan dan Naib presiden, manakala 80 calon layak bertanding untuk merebut 18 tempat sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat parti.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok dikatakan akan dicabar oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta dua Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu.

Selain itu pertembungan golongan ulama atau professional perlu memimpin PAS, pemilihan PAS kali ini dikatakan menjadi medan untuk ahli-ahli parti itu menentukan sama ada kumpulan ‘Erdogan’ iaitu kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menguasai kepimpinan parti berkenaan. –

sumber - agendadaily


Tiada ulasan: