MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Mei 2009

Cara Nizar Menidakkan Mahkamah – Usaha Terancang Menyerang Badan Kehakiman?

Oleh:Gelagat Anwar

Perak masih berada dalam suasana ketidaktentuan politik (political uncertainty). Apabila kes yang bersifat demokrasi mudah dibawa ke avenue undang-undang, maka kita juga seharusnya punya hati terbuka menerima keputusan mahkamah dengan seadanya. Tidak perlu ada bunyi-bunyi kurang senang, keputusan mengaibkan, curiga dan sebagainya. Sukar benarkah ingin menerima keputusan dengan hati yang tenang?

Apabila diumumkan kelmarin, bahawa Mahkamah Tinggi menerima Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Maka bertebaranlah pandangan di blog dan media bahawa ini adalah pembuktian bahawa mahkamah sudah membuat keputusan yang tepat dan betul. Mahkamah sangat ‘terbuka’ dan amat adil dalam membuat keputusan. Sayangnya, apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan berbeza – mula ’serangan demi serangan’ dilakukan kepada Badan Kehakiman.

Nizar sudah memulakan agenda serangan kepada badan kehakiman sebagai ‘build up’ momentum sekiranya mahkamah perlu membuat keputusan ‘mega’ tidak beberapa lama lagi. Dengan kes prima facie yang kukuh, kes yang bakal dibentangkan di mahkamah tidak beberapa lama lagi akan khusus merujuk kepada ‘cinta terlarang’ antara seorang bernama Anwar dengan bekas kakitangannya.

Apakah serangan kepada badan kehakiman sebagai pemula agenda memanipulasi keputusan dan ‘jajaran’ mahkamah dalam kes besar itu nanti? Nizar seharusnya faham dan maklum bahawa proses ‘RAYUAN’ adalah sebahagian daripada permainan legaliti yang panjang. Jika keputusan 11hb Mei tidak memihak kepadanya, apakah PAS/Pakatan Rakyat dan ‘barisan peguam DAP’ tidak akan melakukan proses rayuan? Itu sudah pasti. Justeru, apakah perlu serangan terhadap badan kehakiman dilakukan pada ketika ini?

Seharusnyalah, Nizar perlu berfikir jauh dan panjang. Bahawa segala usaha untuk menyelesaikan masalah ‘politik’ dengan peruntukan undang-undang akan mampu memihak kepada sesiapa sahaja. Tidak perlu ada usaha menyerang yang melampau dan bersikap sinikal dengan badan kehakiman. Kenapa perlu ada double-standard dalam menerima keputusan mahkamah?

Sebagai seorang ‘gentleman’, Nizar sepatutnya lebih berani untuk membawa sebarang masalah ke Sidang Dewan Undangan Negeri. Matematik mudah demokrasi akan memastikan kemenangan pihak lain dan ini cuba dielak oleh Nizar. Apakah usaha ini demokratik sifatnya? Tidak perlu rasanya pihak Istana menerima ‘demand’ bersifat peribadi seorang individu yang TIDAK PUNYA command di DUN. Ini sesuatu yang sangat nyata dan tidak perlu dipertikaikan.

Usaha sabotaj dan melakukan huru hara di Sidang DUN adalah sebahagian daripada usaha desperate politik yang memualkan. Tidak ada sifir politik yang memberikan kemenangan kepada kumpulan minoriti. 28 tidak akan mampu menewaskan 31. Ini calculation politik mudah yang boleh dilunasi oleh kanak-kanak kecil. Nizar cukup dangkal jika menganggap dirinya masih lagi ‘champion’ rakyat; sekiranya masih GAGAL mempunyai command di peringkat DUN. Ini asas yang perlu Nizar fahami.

Pilihanraya di Perak – pada hakikatnya akan menguntungkan orang lain selain PAS. DAP sangat strategik dalam hal dan perkara ini. Mereka tahu, mudah buat mereka mengumpulkan kekuatan dan sokongan orang Cina kerana mereka sudah menyerahkan segalanya di Perak kepada kepentingan orang Cina. Nizar dan wakil rakyat PAS lain hanyalah ‘alat politik’ kepada DAP. Tidak lebih daripada itu.

Majoriti orang Melayu di Perak tidak melihat Nizar sebagai Menteri Besar yang menjaga kepentingan orang Melayu lagi. Sikap dan kepimpinan Nizar yang terus memberi muka kepada demand dan kehendak orang Cina amat mendukacitakan orang Melayu.

Anwar tidak perlu menggunakan isu Perak sebagai ‘platform’ menyerang badan kehakiman. Anwar seharusnya punya keberanian untuk berhadapan dengan mahkamah – sebagai individu dan bukannya sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Anwar mesti menjawab sendiri segala perbuatan yang menjurus kepada terjebaknya dia dengan kes yang sedemikian hina dan hodoh. Dendang ‘konspirasi’ sudah tidak boleh digunapakai – kerana Anwar sendiri yang memilih kakitangannya. Apakah itu juga jadi salah kerajaan?

artikel dari: Gelagat Anwar


1 ulasan:

Faris Najmi berkata...

1. Democracies rooted to Rule of Law, are Nations of Laws, not of Men.Takes vagaries of street politics out of equation.

2. Assembly & not the people determines who becomes MB by giving or withholding support.

3. Going back to people against wishes of majority ADUN transgresses the right & role of Assembly.

4. The people have a chance to elect their constituency rep every 5 years or earlier if Sultan agrees.

5. Constitute says this solely Royal prerogative. To force the Sultan to agree is to deny him his constitutional discretion.

6. We must accept supremacy of laws over group of people to be safely anchored as nation based on laws. And let's not forget there is an orderly way for the people to legislate law. Disorderliness is equal to anarchy, anarchy brings lawlessness & misery in the end.