Suami Aminah, Mohd Rofi Osman menghidangkan makanan kepada Cheah (kanan) dan Peter (kiri) sewaktu hadir untuk makan tengah hari di rumahnya pada 13 Mei lalu.
Oleh gelagat anwar
Nampaknya tuduhan Aminah bukannya tuduhan kosong yang tanpa bukti. Macam Saiful Bukhari juga, kalau tidak cukup bukti – takkanlah anak muda itu sanggup untuk berdepan dengan ‘legion peguam’ Anwar yang bersedia untuk mengungkap fakta – NO PENETRATION. Mahu meruntun hati Wan Azizah kali ini – kerana NO PENETRATION tidak bermakna NO CONNECTION. Ianya hanya membayangkan NO PENETRATION. Tidak lebih daripada itu.
Pemuka politik PKR memang sudah dilatih dengan kemahiran ‘menipu dan membohong’. Ketepikan fakta; lebihkan auta. Inilah kerja PKR selama ini. Penulis memang tak pernah rasa kurang percaya dengan kemungkinan PKR sudah bernanah dengan amalan pembohongan dan korupsi. Itulah PKR sebenarnya. Daripada Selangor sehinggalah ke Pulau Pinang – PKR jadi parti politik pembohong.
Kita lega juga sebenarnya, kerana Cheah dan Peter Lim mengakui bahawa mereka memang pergi berjumpa dengan Aminah (Kak Min). Mereka mengakui. Rujuk Star hari ini. Sayangnya, ayat selepas itu yang seakan mahu menidakkan Kak Min. Kononnya Kak Min yang minta jawatan. Ini satu pembohongan. Logik akal, Kak Min bukannya bodoh untuk minta jawatan begitu sahaja. Cheah dan Peter Lim kena mengakui bahawa mereka diarah untuk berbuat demikian.
Arahan Siapa?
Jika mereka diarah untuk berbuat demikian, arahan siapa? Arahan Zahrain? Atau arahan Dr Mansor yang boleh tahan juga minda strategisnya. Atau lebih utama lagi, Cheah dan Peter sebenarnya melawat Kak Min di atas arahan seorang individu bernama Anwar Ibrahim? Ada kemungkinan? Ada, Anwar kena berusaha membersihkan ‘mess’ di dalam PKR sebagai tanda bahawa dia ada ‘power’. Sayangnya, tidak kesampaian.
Seperti juga dalam kes NO PENETRATION – Cheah dan Peter mesti bersedia dengan hujah balas untuk menidakkan kata-kata Kak Min. Rakaman yang Kak Min serahkan kepada SPRM akan jadi bukti bahawa Kak Min tidakpun membuat tawaran apa-apa. Ini yang Kak Min sampaikan sendiri kepada penulis melalui telefon. Hubungan lama dengan Kak Min, membuat penulis percaya bahawa Kak Min berkata benar.
Cheah dan Peter – sememangnya berlagak sebagai ‘power broker’ di Pulau Pinang. Mereka inilah yang menggerakkan usaha ekonomi untuk PKR di Pulau Pinang. Mereka inilah yang menyusun segala gerakerja pembahagian ‘kek ekonomi’ PKR di Pulau Pinang. Kejatuhan Fairus – dengan pemalsuan fakta dan sms dikerjakan oleh mereka inilah. Hari ini tampil kononnya sebagai ‘manusia bersih’ seperti tidak salah apa-apa.
Cheah dan Peter – adalah ‘broker’ PKR di Pulau Pinang. Habis semua EXCO Kerajaan Negeri mereka jumpa, kononnya membawa ‘hasrat dan niat’ ekonomi seseorang pemimpin di KL. Selagi ada ruang, mereka menyusun harta rampasan perang untuk seorang Imam yang bergelumang dengan idea NO PENETRATION. Inilah kerja Cheah dan Peter selama ini.
Sayangnya, Kak Min tidak terbeli oleh broker ekonomi ini. Kak Min dah nekad bahawa dia akan memastikan kekalahan Dr Mansor di Penanti. Kak Min adalah calon yang paling Imam NP (NO PENETRATION) takuti. Orang lain dia tak hirau sangat. Kak Min – tahu cerita Imam NP luar dalam.
Imam NP – mesti sedang bersedia untuk kes mahkamahnya. Dalam masa yang sama, Cheah dan Peter mendapat arahan yang jelas. ‘NO LINKAGE TO ME’ – I dah ada masalah besar. You jangan tambah problem I. Apapun terjadi, Cheah dan Peter kena buka cerita baru. Jangan ada kaitan dengan Imam NP langsung.
sumber - gelagatanwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan