Oleh Yahaya Ismail
Ada beberapa faktor yang mesti ada bagi menjayakan konspirasi politik. Dengan bantuan Institut Kajian Dasar (IKD), sebuah think tank yang menghambakan diri dan jiwa raga untuk melonjakkan Anwar dalam cakrawala politik nasional dan antarabangsa, yang dipimpin oleh Datuk Kamaruddin Jaafar (kini ahlanwasahlan dalam PAS) maka mereka harus berusaha merancang strategi politik secara senyap-senyap dan ada pula secara pesta-pestaan, rioh-rendaan untuk mendapat perhatian sebagai pemimpin bertaraf celebrity.
Langkah pertama cuba menguasai sebilangan besar dari 165 bahagian UMNO untuk dijadikan juak-juak Anwar dalam perhimpunan agung UMNO sewaktu pemilihan pucuk pimpinan parti kelak. Pegang dulu ketua-ketua bahagian. Kalau ada ketua bahagian yang keras kepala, tidak mahu menjadi juak-juaknya, cari saingan ketua-ketua bahagian untuk menimbulkan ketegangan dan krisis di bahagian. Sokongan bukan dengan air lior, nasi bungkus atau sirap bandung atau kain pelekat cap gajah dari Madras.
Sebagai Menteri Kewangan dia adalah seperti Ali Baba dengan 40 orang penyamun (sorry bukan “penyamun” tetapi “kroni”). Dia beri pink forms saham-saham Telekom, Hicom, Tenaga yang membuatkan banyak ketua bahagian juak-juak Anwar bertenaga dan cerah mata dan sanggup melakukan apa saja.
Menurut Datuk Mohamed Rahmat, mantan Menteri Penerangan merangkap mantan Setiausaha Agung UMNO, tidak kurang dari 90 ketua bahagian UMNO yang mendapat berbagai habuan haram dan halal dari Anwar Ibrahim dan suku sakatnya. Nah, dia sudah merancang dengan teliti untuk menguasai sebahagian besar ketua-ketua bahagian bagi menentang Mahathir kelak.
Di samping menjual koyok mengangkat diri sebagai pejuang super wahid, sebagai imam, pemimpin yang prihatin, berjiwa seni dan berakhlak mulia dia perlu memberi habuan dan kekayaan kepada kroni-kroninya. Tanpa wang yang banyak seorang pemimpin politik akan hilang kasih sayang dari para pengikut kabilah-kabilah manusia yang tidak berdaftar.
Maka banyaklah sahabat handai Anwar dari Yayasan Anda, ABIM dan univesiti tiba-tiba menjadi jutawan terkejut dan sudah lupa zaman nasi campur di restoran Amjal, Jalan Pantai Baru. Antara kroni-kroni Anwar yang tiba-tiba menjadi kaya raya tanpa bantuan lampu Aladdin yang ghaib atau bala tentera toyol termasuklah Datuk Kamaruddin Jaafar, Kamaruddin Mat Nor, Datuk Zahid Hamidi, Datuk Ghazi Ramli, Datuk Nasaruddiin Jalil, Dr Rahim Ghouse (lari ke luar negeri), adik angkat kesayangan Anwar, Sukma Darmawan dan Dr Munawar Ahmad Aness (bukan anus) yang mendermakan jiwa raga mereka kepada Anwar. (Sila baca buku saya Antara Kronisme, Nepotisme dan Anwar untuk keterangan lanjut).
Allah Maha Besar dan Maha Kaya tanpa angin ribut tiba-tiba Datuk Abdul Murad bin Khalid, Bekas Penolong Gavernor Bank Negara Malaysia telah mendedahkan melalui surat sumpah mahkamah Anwar dikatakan mempunyai kira-kira 20 master account (akaun induk) bernilai RM3,000 juta untuk kegunaan politiknya dan menjatuhkan kepimpinan Mahathir!
Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia seorang tokoh politik mempunyai simpanan wang beribu-ribu juta ringgit untuk menjatuhkan kerajaan dan menaikkan dirinya sebagai pemimpin negara.
Ini bukan tuduhan liar yang tidak ada bukti kukuh. Datuk Murad sanggup menghadapi risiko tindakan mahkamah kerana mendedahannya itu. Kata Murad dalam sidang akhbarnya Anwar seorang hipokrit, pembohong dan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan kerajaan dengan apa cara sekalipun. Dia berasa menyesal kerana terlalu mudah dininabobo oleh ketrampilannya sebagai pemimpin yang bermaruah dan berjiwa besar.
Sekiranya Anwar menganggap tuduhan datuk itu sebagai liar dan buruk sangka sila ambil tindakan undang-undang dan hadapkan bekas penolong gavernor ke mahkamah kalau dia berani. Atau kalau berani lagi bersumpah secara Islam dan masjid lagi bersumpah secara Islam di masjid atau di hadapan khalayak ramai seperti yang dibuat oleh Tengku Razaleigh dan minta Allah menentukan nasibnya kelak. Kalau beraniii! Seluruh rakyat Malaysia dan dunia ingin melihat apakah Anwar berani menyaman orang itu.
Bagaimanakah dia boleh memiliki 20 akaun induk yang bernilai RM3 billion sewaktu di Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan? Inilah penyelewengan, korupsi dan penyalahgunaan kuasa super wahid dari seorang yang berpretensi sebagai pejuang Islam yang kononnya tidak ada kroni, tidak korap dan menyeleweng itu.
Nah. Sekarang seorang bekas pegawai tinggi Bank Negara yang mengaku secara terbuka dan sanggup menghadapi tindakan mahkamah bahawa dia telah diperalatkan Anwar untuk menguruskan berbagai penyelewengan tersebut. Akhirnya terbongkar juga rahsia kemungkaran dan penyelewengan Anwar yang mengejutkan seluruh rakyat termasuk kera, lutung, gajah dan babi di hutan rimba.
Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan, Bank Negara mengalami kerugian berbillion ringgit. Lim Kit Siang dari DAP membangkitkan tentang kerugian itu di parlimen. Kit Siang kata Anwar bukan pakar ekonomi kerana dia bukan berkelulusan ekonomi
Sekiranya ada orang yang masih tidak percaya dengan pendedahan tersebut dan sanggup menjadi juak-juak dan alat Anwar maka desaklah dia menyaman bekas pegawai bank tersebut. Atau minta dia bersumpah secara Islam membersihkan dirinya dari tuduhan itu. Kepada majoriti rakyat Malaysia penyelewengan yang dilakukannya tidak boleh dimaafkan. Kerajaan mesti bertindak tegas dan cepat. Badan Pencegah rasuah (BPR) mesti bertindak tegas dan cepat dari sekarang. Pihak polis juga jangan terlalu lambat bertindak seperti yang berlau dalam kes keracunan arsenik dulu.
Semua mereka yang terlibat dalam skandal ini mesti diambil tindakan segera dan tidak dibenarkan lari ke luar negara. Kalau berbagai agensi yang terlibat terlalu lambat bertindak atau dirasuki oleh talibarut Anwar maka imej kerajaan akan tercemar. Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan lakonan dan keangkuhan Anwar yang dianggap sudah hilang nilai-nilai maruah sebagai seorang pemimpin yang berwibawa apalagi sebagai pejuang Islam.
Dia dan juak-juaknya sedar Mahathir tidak dapat digulingkan sekiranya dia tidak menguasai media tempatan. Dia mesti meletakkan orang-orang kepercayaannya untuk menjadi ketua pengarang di Utusan Melayu dan juga di Berita Harian, New Straits Times dan TV3 untuk mengekalkan kekuasaannya dalam media dia juga perlu meletakkan orang-orangnya dan lembaga pengarah, dan yang paling baik sekali, menguasai saham NST. Mahathir malangnya terlalu percaya kepadanya dan dengan penuh kerelaan melepaskan urusan media kepada Anwar.
Akhirnya golongan Anwar menguasai majoriti saham NST melalui syarikat Real Mild yang kemudiannya dimiliki oleh MRCB. Menurut pendedahan Datuk Abdul Murad Khlaid dia bertanggungjawab mendapatkan pinjaman kira-kira RM800 juta ringgit dari Maybank Bank untuk Nazri Abdullah, Mohd Nor Mutallib, Kadir Jassin dan Khalid Ahmad menguasai NST.
Pada mulanya pembahagian saham adalah seperti berikut Kadir Jassin 40%, Nazri Abdullah 40%, Mohd Nor Mutalib 10%, Khalid Ahmad 10%. Selepas itu dikatakan Anwar memberi arahan supaya 80% dari saham NST dipegang oleh Nazri dan Kadir Jassin Cuma 5%sahaja.
Mengapa demikian? Nazri Abdullah menjadi kroni Anwar tetapi Kadir tetap mempertahankan integritinya sebagai seorang wartawan yang bermaruah. Dari sumber lain dikatakan Anwar mengarahkan Nazri supaya memberikan 70% saham yang dipegang kepada Mahathir tetapi dikatakn Mahathir tidak pernah dan tidak langsung mengetahui hal tersebut. Dikatakan Anwar sengaja memerangkap Mahathir supaya secara tidak langsung terlibat dengan mainan kongkolikongnya.
Sewaktu kroni-kroni Anwar menguasai Kumpulan Utusan Melayu NST dan TV3 imej Anwar sebagai pemimpin negara menggerhanai ketokohan Mahathir. Mereka yang menjadi musuh politik Anwar tidak mendapat tempat ataupun tidak diberi publisiti yang meluas seperti Anwar.
Pak Lah, Sanusi Jonid dan mereka yang dianggap pengikut-pengikut kedua tokoh tersebut jarang keluar dalam akhbar dan TV3 walaupun mereka juga menyumbangkan sesuatu yang berjasa untuk negara.
Kroni-kroni DBP pula akan menjemput Anwar melancarkan berbagai jenis buku terbitannya walaupun setengah dari penerbitan itu tidak penting dan merugikan Dewan. Berbagai seminar yang dihadiri Anwar sebagai penceramah, pembuka mata ataupun hanya untuk memotong reben diberi publisiti meluas. Itulah publisiti murahan untuk Anwar yang bertujuan untuk menggerhanakan jasa dan bakti Mahathir dan menter-menteri lain dan menonjolkannya sebagai pemimpin yang super prihatin untuk rakyat Malaysia.
Media yang dikuasai orang-orang inilah yang mempengaruhi sebahagian rakyat hingga ada yang dikuasainya Anwar mengarahkan juak-juaknya “menghitamkan” pemimpin-pemimpin UMNO yang diangggap saingan atau pencabarnya.
Selain dari menguasai media Anwar juga berjaya memikat beberapa orang ahli akademik di berbagai memikat beberapa orang ahli akademik di berbagai kampus, terutama sekali di UIA dan UKM, untuk menjadi pemujanya. Sebilangan kecil mahasiswa pula yang punya otak tetapi tidak boleh berfikir secara rasional dan menjadi manusia taksub turut membuntuti Anwar kerana kononnya dia seorang pemimpin Islam dan berjiwa Islam.
Beberapa orang sasterawan dan penulis yang pernah diberi jamuan oleh Anwar atau terpukau dengna lakonan sebagai pemimpin Ilam turut menjadi juak-juaknya dan membelanya dalam berbagai tulisan yang dianggapseorang tokoh politik Asia yang tersohor dan berwibawa.
Menurut Datuk Abdul Murad sebuah pertubuhan yan bernama Asia Pacific Policy Center (APPC) telah diwujudkan di Amerika yang dipimpin oleh Douglas A. Paal, bekas pengarah kanan hal ehwal Asia (1989-93) dari Lembaga Keselamatan Negara (National Security Council) Amerika Syarikat.
Douglas A Paal rapat dengan Anwar. Anwar membayar dengan wang rakyat kepada Paal dan APPC semata-mata untuk menaikkan imej Anwar di kaca mata Amerika
Menurut Datuk Murad lagi dia bertanggungjawab menguruskan pemberian wang sebanyak US$10 juta (RM38 juta) kepada badan ini atas arahan Anwar. APPC melobi dan membina imej Anwar di kalangan media Barat terutama sekali di Washington, USA, Britain dan negara-negara Eropah. Oleh itu janganlah hairan bin takjud kalau CNN, CNBC, Asiaweek, Newsweek, Time, Far Eastern Economic Review dan lain-lain media Barat mengecam Mahathir dan menjulang tinggi ketokohan Anwar.
Juga janganlah hairan bin takjud kalau ada sebuah majalah Barat yang mengangkat martabat Anwar sebagai Menteri Kewangan yang terbaik pada suatu masa dahulu barangkali kerana sanggup menari menurut rentak cha-cha-cha IMF, Bank Dunia dan Pak Chik Sam (Amerika).
Kepentingan diri mengatasi keutamaan negara bagi Anwar. Bila dipecat dari kabinet media Barat terus menerus memberi liputan meluas kepadanya, dan dia sendiri lebih yakin dengan media Barat dari media tempatan oleh kerana juak-juaknya telah disingkir.
Oleh kerana dia menjadi anak mas Amerika dan Barat tidaklah hairan mengapa media Barat sanggup manipulasi berita dan peristiwa negara untuk memulihkan semangat pejuang Islam palsu yang menjadi alat Amerika.
Hari ini dia menuduh media tempatan berat sebelah dan pro kerajaan dan pura-pura lupa bahawa di zaman kegemilangannya dia pernah menguasai media dan menghitamkan peranan para pemimpin lain yang tidak disenanginya.
Anwar bukan bodoh tetapi kurang cerdik sedikit. Dia sedar Mahathir bukan kecik anak, sukar ditumbang hanya dengan jampi serapah, maki hamun dan sembahyang hajat yangg gelong hajatnya yang lebih banyak menghabiskan nasi hajatnya yang lebih banyak menghabiskan nasi minyak dan lauk pauk dan barangkali juga upah wang ringgit sebagai bekalan di jalanan.
Mahathir ialah Presiden UMNO dan UMNO adalah institusi politik payung pelindung bangsa Melayu dan Islam. Hancur UMNO hancurlah masa depan Melayu dan Islam. Lebih-lebih lagi parti-parti lain dalam Barisan nasional menghormati dan menerima kepimpinan UMNO bukan saja dari segi kepartian tetapi juga kerajaan. Bukan mudah hendak menumbangkan Mahathir seperti menumbangkan lembu pawah di zaman dia menjadi Menteri Pertanian dahulu.
Dia sedar Mahathir bukan calang-calang pemimpin. Mahathir bukan sepertinya yang memintal kata-kata, berderama, berlakon untuk menjadi tarikan orang ramai sebagai sumber hiburan dari seorang pemimpin politik yang kononnya berjiwa Islam yang mengharapkan diterima rakyat sebagai pemimpin insan yang tiga suku kamil. Dari segi intelek dan kemampuan berfikir secara kreatif Anwar tidak dapat menandingi Mahathir.
Lapan belas tahun sebagai Perdana Menteri dia telah mereformasikan masyarakat dan merevolusikan pemikiran rakyat untuk menjadi bangsa Malaysia yang yakin pada diri sendiri, sanggup menghadapi cabaran dengan slogan keramat “Malaysia Boleh” dan berbangga sebagai bangsa Malaysia. Dia ada visi, ada oomph intelek, ada keberanian yang luar biasa untuk merancang masyarakat dan masa depan Malaysia menghadapi cabaran dan gugatan alaf baru.
Dia, Mahathir, is a man of action, bekerja keras, merancang dan membina gagasan fikiran untuk kesejahteraan negara Malaysia dan rakyatnya dari berbilang kaum. Dia bukan pemimpin pelakon, gila publisiti murahan, terlalu kagum dengan Barat, pemuja Barat dan mendabik diri sebagai pejuang Islam!
Sebenarnya dia berasa rendah diri, kecil dan kagum pada Mahathir yang pernah memungutnya dari belantara politik jalanan. Tapi nafsu dan gelodak rasa untuk menjadi Perdana Menteri dengan segala kemanisan kekuasaan yang ada padanya menjadikan Anwar, anak Cerok Tok Kun, hilang segan dan malu terhadap ketua yang pernah mendidik dan memberi perlindungan kepadanya dari segala kecaman, sindiran dan cabaran dari pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO.
Dua bulan sebagai pemangku Perdana Menteri seolah-olah memberi ilham kepadanya bahawa dia layak dan mesti merebut jawatan tersebut secepat mungkin. Persetan dengan adat sopan, tatatertib, budi dan dosa. Juak-juaknya pun menganggap Mahathir tidak akan meletakkan jawatannya selagi ada bulan dan bintang dan selagi hayat dikandung badan.
Jangan lama-lama nanti disambar orang lain. Lagi lama dia menunggu lagi banyak saingan yang bermimpi hendak merebut kerusi Mahathir. Pak Lah juga mempunyai potensi menjadi bakal Perdana Menteri. Juga Tengku Razaleigh. Dan siapa tahu nanti Tan Sri Musa Hitam pula kembali dalam putaran politik UMNO dan bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri pula. Tapi Anwar mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tidak ada pada Pak Lah dan juga Ku Li. Dia sudah dapat diterima oleh Washington, USA, sebagai sahabat karib Amerika barangkali adik angkat yang taraf kesayangannya sama dengan dia menyayangi Sukma, pendatang Indonesia yang sebilik dengannya sejak dia berusia 14 tahun dan belajar di Yayasan Anda.
Melalui Douglas H. Paal dari APPC yang melobi untuk Anwar dan hubungannya yang erat mesra dengan beberapa orang pembesar kerajaan Amerika keturunan Yahudi seperti Albright, Sommers, Naib Presiden Amerika, Al-Gore maka harapan Anwar untuk menumbangkan Mahathir menjadi lebih cerah seperti cerahnya bulan purnama turun ke riba.
Mahathir tidak senang dengan dasar dan kepimpinan kerajaan Amerika yang mahu menjadi polis dunia setelah keruntuhan kerajaan komunis di Moskow dan kehancuran negara-negara satelit komunis di Eropah Timur dan kemunculan berbagai negara baru dari keruntuhan kekuasaan komunis Russia. Mahathir mahu mengujudkan kerjasama antara negara-negara kecil dan miskin yang sedanbg membangun dalam rangka Selatan-Selatan.
Malaysia dijadikan sebagai contoh kepada para pemimpin Selatan-Selatan kerana kemampuan dan pembangunan serta kemajuannya yang pesat untuk menghadapi alaf baru. Kejayaan Malaysia dijadikan ilham oleh negara-negara membangun agar mereka juga dapat melaksanakan berbagai pembangunan bagi kepentingan rakyat mereka.
Anwar tidak berminat untuk membangunkan kesedaran baru di kalangan negara-negara miskin. Dia lebih selesa mencari sahabat di kalangan negara-negara Barat yang maju terutama sekali Amerika Syarikat, Britain, Australia dan negara-negara Eropah lainnya kerana dia inginkan sokongan dan bantuan Barat dalam melaksanakan agenda politiknya iaitu menumbangkan Mahathir kelak.
Dia sedar kebanyakan negara-negara miskin dalam Selatan-Selatan menyanjung tinggi kepimpinan Mahathir sebagai suara berani dari golongan Dunia Ketiga. Mahathir lebih mesra dan senang berkawan dengan pemimpin Palestin Yasser Arafat dan tokoh kemerdekaan Afrika Selatan, Nelson Mandela tetapi Anwar, anak seorang bekas dresser, lebih merak di tengah-tengah Madeline Albright, Cohen, Sommers, Al-Gore, Tony Blaire dari negara-negara maju. Dia amat berbangga kerana kebanyakan sahabatnya terdiri dari pemimpin-pemimpin Barat dan Yahudi kerana mereka inilah yang akan menolongnya kelak menjatuhkan Perdana Menteri.
Anwar memang bijak mengujudkan networking dengan berbagai pihak dalam dan luar negara untuk kepentingan dirinya. Dia memakai berbagai jenis topeng dan berlakon menurut keadaan, tempat dan tokoh yang ia temui dan hajat yang hendak diperolehi. Dia boleh memintal kata-kata pujian yang mengkhayalkan mereka yang mendengarnya, menabur janji untuk memikat hati walaupun belum pasti dia akan tunaikan kelak. Dia akan berpura-pura menjadi pendengar yang prihatim tetapi belum tentu dia akan menunaikan permintaan mereka yang meluahkan perasaan kepadanya.
Dia akan menggunakan siapa saaj sebagai alatnya tanpa memikirkan kesan dan perasaan orang lain. Kepadanya mengenang budi dan jasa orang tidak penting. Yang penting ialah kekuasaan itu semahu-mahunya untuk dirinya dan mereka yang menjadi kroni serta kesayangannya. Inilah watak Anwar sekiranya kita menilai dari lakonan dan sandiwara yang dimainkannya sejak dipungut Mahathir sebagai ahli kabinet dan kini sebagai banduan dan penjenayah kolar putih yang memalukan.
Oleh kerana dunia sekarang merupakan sebuah perkampungan yang besar berkat kemajuan teknologi maklumat dan pasaran global maka kekuatan ekonomi sesebuah negara amat penting dipertahankan. Sebagai seorang nasionalis Mahathir tidak rela ekonomi negara kita dikuasai oleh orang asing.
Sebuah negara yang ekonominya dikuasai orang asing akan selama-lamanya menjadi pengemis terhormat dan tidak akan bebas dasar politiknya. Para pemimpin negara tersebut akan selama-lamanya tunduk kepada kemahuan para pelabur asing dan terpaksa menari menurut rentak dan selera orang asing. Ini pantang lagi Mahathir. Malah rakyat Malaysia yang ada harga diri dan maruah tidak rela kekuasaan politik dan ekonomi kita kuasai orang asing.
Atas hasrat itulah Mahathir terus menerus bekerja keras membangunkan ekonomi negara menjadikan Malaysia kaya raya berkat perencangan ekonomi yang baik bagi menjaga kepentingan rakyat dan masa depan mereka. Malaysia tidak boleh menjadi hamba kepada orang lain. Sekali kita mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan dengan titik peluh, darah dan tenaga bangsa kita sendiri, maka kita harus pertahankan kemerdekaan itu dengan segala kekuatan, keazaman dan kehangatan semangat seluruh rakyat. Sekali merdeka tetap merdeka. Bumi yang bertuah, rahmat yang diberi Allah dan kesejahteraan serta kebahagiaan seluruh rakyat merupakan kekuatan dan jaminan perpaduan dan kerjasama antara kita, antara kerajaan dengan rakyat, antara rakyat dengan rakyat.
Kekuatan dan perpaduan berbilang kaum inilah yang meneguhkan semangat kita sejak 42 tahun yang lalu hingga kini Malaysia menjadi sebuah negara yang stabil, gagah perkasa dan dihormati orang lain. Inilah warisan kekuatan dan khazanah negara yang paling unggul yang disemai, dibaja dan dipupuk oleh para pemimpin kita sejak Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan Negara, Tun Abdul Razak, Tun Hussien Onn hingga ke era kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Anwar sedar kekuatan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan kejayaan yang dibawa oleh para pemimpin UMNO/BN sejak merdeka hingga sekarang. Tapi dia punya agenda yang tersendiri. Dia mempunyai cara lain untuk membangunkan Malaysia sekiranya dia berjaya menjadi Perdana Menteri setelah menumbangkan Mahathir.
Kepadanya pembangunan negara, kekuatan ekonomi dan perpaduan negara, kekuatan ekonomi dan perpaduan rakyat berbilang kaum adalah sebagai penghalang untuk menumbangkan Mahathir dalam masa terdekat. Sekiranya rakyat bersatupadu, ekonomi negara teguh dan kestabilan politik terjamin maka harapannya untuk menumbangkan Mahathir hanya mimpi di siang hari. Demi memburu kuasa dan nafsu yang bergelora Anwar mesti mendapatkan bantuan asing yang lebih perkasa untuk menggertak dan menakutkan Mahathir supaya tunduk kepada kemahuan Barat. Anwar telah mengetuk pintu hati Washington, London, Ottawa, Canberra, Manila dan Jakarta.
Memanglah Barat, terutama sekali Amerika, tidak mahu kemunculan negara-negara Asia sebagai negara-negara maju yang mengatasi kekuatan ekonomi Barat. Penganalisis-penganalisis ekonomi dunia meramalkan alaf baru akan memperlihatkan pertumbuhan ekonomi Asia yang mengagumkan. Harimau Asia akan mengaum dan Barat tidak lagi menjadi impian kekuasaan ekonomi dunia.
Untuk menghalangkan kemajuan Asia dan sabotaj ekonominya maka para spekulator yang tak bermaruah seperti George Soros, seorang Yahudi rakyat Amerika, dan rakan-rakan sejenis dengannya telah menggugat nilai mata wang bath, won, dollar Hong Kong, ringgit Malaysia dan juga menyerang bursa saham negara-negara Asia Tenggara. Alasan Soros menyerang Asia ialah kerana Asean menerima kemasukan Myanmar sebagai anggota barunya dan Soros (baca Amerika) anti rejim tentera di Yangon oleh kerana ia berpihak kepada pemimpin demokrasi Myanmar, Suu Kyi.
Anwar boleh bertindak bijaksana untuk mempertahankan kekuatan ekonomi negara supaya ekonomi Malaysia tidak hancur seperti Thailand, Indonesia dan Korea Selatan yang banyak meminjam dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Malaysia berbangga kerana ia tidak meminjam dari IMF. Dalam kegawatan ekonomi akibat penyerangan Soros dan kaum yang sejenis dengannya mengapakah Anwar Ibrahim, selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, menaikkan faedah bank ke paras yang terlalu tinggi, melebihi 15%, dan dalam nada yang sama memendekkan NPL (Non Performing Loan) atau pinjaman yang tak berbayar dari enam bulan kepada tiga bulan?
Bukankah dasar ini akan menghancurkan sistem perbankan negara yang juga akan menghancurkan ekonomi negara? Bagaimanakah para peniaga boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah sekiranya faedahnya terlalu tinggi? Bagaimanakah mereka dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar dari negara-negara lain yang ekonomi mereka stabil? Sebenarnya Anwar sengaja hendak menghancurkan ekonomi negara supaya menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. Ia berharapkan rakyat akan mengadakan demonstrasi, menjerit reformasi dan mendesak Mahathir supaya meletakkan jawatan oleh kerana ketidakmampuannya mentadbir negara.
Berpuluh-puluh ribu rakyat Korea Selatan, Thailand dan berjuta-juta pekerja di Indonesia kehilangan mata pencarian akibat kegawatan ekonomi. Darah mengalir deras, rumah dan kedai dibakar dalam rusuhan yang ngeri di Jakarta, Medan dan di lain-lain kota. Akibatnya Suharto yang memerintah secara kuku besi selama 34 tahun terpaksa melepaskan jawatan Habibie.
Mantra dan janji-janji Habibie tidak mampan untuk menjinakkan penunjuk-penunjuk perasaan yang liar dan mabuk darah. Dengan angkuhnya Camdeseus, Pengarah Urusan IMF, memaksa Suharto mengadakan reformasi kewangan, menghalang korapsi, lebih telus dalam pentadbiran, hak asas manusia ditingkatkan dan tunduk kepada segala syarat yang ketat dari badan kewangan tersebut. Habibie juga dirundung malang seperti Suharto dijadikan sebagai budak suruhan IMF.
Rupa-rupanya Malaysia juga ada budak suruhan IMF iaitu Anwar Ibrahim yang sanggup memperhambakan diri kepada badan kewangan asing demi kepentingan politiknya. Dia sanggup menggadaikan maruah bangsa, rakyat dan negara dan agama kepada bangsa asing hanya kerana ingin menumbangkan Perdana Menteri dan diganti dengan dirinya. Demi kuasa dia sanggup melacurkan maruah bangsa, agama dan negara untuk faedah dirinya.
Dia persetankan nilai-nilai luhur seperti kebahagiaan dan perpaduan rakyat, kestabilan politik dan kemajuan negara yang dilaksanakan Mahathir dan bekas-bekas Perdana Menteri yang lalu hanya kerana desakan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri dengan cara tidak hormat. Kepadanya kepentingan UMNO, orang Melayu, Islam, rakyat tidak penting. Yang maha penting ialah dirinya untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekali pun.
Sesungguhnya ia, Anwar Ibrahim, tidak mempunyai hati budi dan nurani yang mulia sebagai pemimpin rakyat.
Seperti Sang Rajuna Tapa yang menjadi pembelot dalam kisah Sejarah Melayu Anwar boleh dianggap sebagai pengkhianat atau pembelot negara kerana sanggup menjadi tali barut IMF, kuasa asing, untuk menghancurkan ekonomi negara kerana sanggup menjadi tali barut IMF, kuasa asing, untuk menghancurkan ekonomi negara. Inilah dosa besar Anwar yang tidak boleh diampun oleh rakyat Malaysia yang cinta damai, kesejahteraan dan negara. Dia adalahj pengkhianat negara. Dia sanggup menjadi orang suruhan IMF untuk menghancurkan ekonomi negara.
Dia sanggup meminta nasihat IMF untuk menghancurkan ekonomi negara supaya Mahathir tersingkir dan dia menjadi penggantinya. Apakah jenis pemimpin dan manusia yang begini rupa yang sanggup menggigit tuannya yang memberi kuasa dan kesenangan kepadanya? Memang dia, Anwar Ibrahim, tidak mengenang budi dan tidak ada maruah. Kucing kurap yang diberi makanan pun tahu menghargai tuan yang memberi makanan kepadanya. Mahathir membuat kesilapan besar bila memungut Anwar dari belentara politik jalanan. Seperti menolong anjing tersepit akhirnya dia pula hendak digigit.
Apakah tindakan yang perlu diambil terhadap seorang pengkhianat negara? Dia kebanyakan negara dunia seorang yang dianggap pengkhianat negara akan dihukum bunuh atau dipenjara seumur hidup. Tidak ada maaf bagi seorang pengkhianat, pembelot negara. Dalam Sejarah Melayu Sang Rajuna Tapa dan keluarganya habis dibunuh, tapak rumahnya dibunag ke laut dan tidak ada bekas sejarah pengkhianat yang diabadikan untuk generasi akan datang.
Tapi di negara kita yang dirahmati Allah ini Mahathir masih banyak kesabarannya dan tidak bertindak menurut nafsu syaitan untuk menghapuskan seorang pengkhianat negara. Dia masih kuat imannya dan masih kuat ketaqwaannya walaupun dia tidak menjadi imam, bilal ataupun pembaca khutbah di masjid untuk menunjukkan dia seorang super alim dan super warak.
Apakah mereka yang taksub, yang berilmu dan punya otak untuk berfikir secara rasional tidak sedar bahawa sabotaj ekonomi Anwar untuk menjatuhkan Perdana Menteri juga memberi kesan buruk terhadap diri mereka? Kalau kegawatan ekonomi berlarutan banyak kakitangan kerajaan dan swasta akan diberhentikan dan ini akan menimbulkan kesengsaraan kepada mereka dan keluarga mereka. Semua jenis industri, kilang, perkhidmatan pengangkutan dan lain-lain akan menghadapi kesulitan dan bankrap kerana mereka tidak mampu meminjam dari bank yang mengenakan faedah terlalu tinggi.
Bank-bank juga akan menghadapi masalah kecairan wang tunai oleh kerana kekurangan bisnes. Para petani dan nelayan kekurangan bisnes. Para petani dan nelayan yang mengharapkan pihak pendapatan yang lumayan dari hasil mereka juga kecewa kerana orang ramai tidak mampu membeli akibat kekurangan wang.
Denga lain perkataan, sekiranya kegawatan ekonomi tidak dapat dipulihkan dengan cepat maka seluruh rakyat di bumi Malaysia yang bertuah ini akan mengalami kesusahan dan kesulitan secara langsung ataupun tidak langsung. Inilah akibatnya sekiranya Perdana Menteri tidak mengambil tindakan tegas dan cepat untuk mengawal mata wang ringgit dan menstabilkan semula ekonomi negara.
Mahathir lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan negara dan sanggup menghadapi cabaran dan gugatan kuasa Barat dan media asing demi mempertahankan maruah Malaysia. Amerika dan kuasa Barat yang lain tahu sekiranya Mahathir berjaya memulih semula ekonomi maka sukar bagi mereka hendak menggulingkannya kerana rakyat Malaysia yang nasionalistik dan pro kerajaan tidak akan menjadi pembelot akan menderhakai pemimpin mereka yang disayangi.
Anwar akan kecundang dan imej Amerika dan kuasa Barat akan tercemar kerana mencampuri urusan dalaman negara dan berpihak kepada seorang pengkhianat negara.
Biarlah kita berterus terang. Apakah anda sanggup menjadi pengkhianat negara menyokong Anwar yang terang-terangan mensabotaj ekonomi agar rakyat menentang kerajaan yang sah? Apakah anda, sebagai rakyat yang bermaruah dan cinta damai, sanggup menjadi alat kuasa asing oleh kerana menyokong Anwar? Apakah anda sanggup menderita dan negara menjadi miskin di samping menjadi boneka Barat kerana Anwar melaksanakan arahan dan nasihat IMF yang merosakkan ekonomi Indonesia, Thailand dan Korea Selatan?
Kalau anda mendabik dada menganggap diri sebagai nasionalis tulen ataupun sebagai pejuang Islam nombor wahid apakah anda rela diri dan jiwa anda menjadi hamba kepada kuasa asing kerana Anwar menjadi boneka Amerika dan kuasa asing? Menunglah sebentar tentang nasib negara dan rakyat Malaysia yang tercinta sekiranya kita menjadi alat mainan politik kuasa asing. Janganlah kita terlalu mudah dipermainkan oleh pemimpin yang gila kuasa asing. Janganlah kita terlalu mudah dipermainkan oleh pemimpin yang gila kuasa hingga sanggup menjadi tali barut dan budak suruhan kuasa asing. Binatang yang di dalam kurungan itu pun inginkan kebebasan inikan pula kita manusia yang menikmati kemerdekaan dan kesejahteraan sejak 42 tahun kemerdekaan negara.
Ingatlah Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa atau kaum kalau bangsa atau kaum itu sendiri yang tidak mengubahnya. Janganlah hanya menang sorak, menang jeritan reformasi kerana taksub terhadap Anwar hingga sanggup negara dan seluruh rakyat menjadi hamba pencaci kepada kuasa asing.
Anwar mendesak tapi Allah menghalang. Dia melempar berbagai tuduhan terhadap Mahathir dan beberapa orang menteri dan individu-individu yang dianggap sebagai musuhnya dengan harapan rakyat menyebelahinya. Sekarang tembelangnya sudah terdedah. Sebagai pelakon ala Bollywood dia memakai berbagai jenis topeng untuk menipu rakyat dengan harapan ada orang yang bersimpati dengannya lalu menentang kerajaan. Hampa saja.
Dia cuba menghancurkan UMNO melalui politik wang, pink forms dan pemberian berbagai jawatan dan keistimewaan namun beberapa kerat ahli yang taksub dan termakan budi sahaja yang membuntuti Anwar dan menjadi juak-juak yang tak ternama. Tapi UMNO tidak berpecah dan ia akan tetap menjadi pelindung orang Melayu dan Islam dan Mahathir tetap kekal sebagai Presidennya hingga ke alaf baru. Sesungguhnya Allah masih menyayangi Mahathir dan Pak Lah untuk terus memimpin dan membawa perubahan besar kepada seluruh rakyat.
Biarlah mereka yang nawaitunya gelong mengadakan sembahyang hajat yang berniat gelong untuk memuja dan menyokong seorang pengkhianat negara merangkap seorang homoseks.
Allah Serba Tahu dan Maha berkuasa. Dia yang menentukan nasib setiap insan termasuk nasib pengkhianat negara merangkap homoseks yang dilaknati Allah.
AIDC memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk "Konspirasi Anwar Terdedah”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999.
1 ulasan:
Semoga Anwar disingkirkan dari negara kita.
Doakan semoga Sultan Perak tidak perkenan pembubaran Dun dan sidang Dun dipanggil secepat mungkin demi menyelamatkan bangsa serta agama kita.
Catat Ulasan