MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Mei 2009

Anwar….Presiden Republik Malaysia pertama?

Oleh : Gelagat Anwar

PRU12 memberikan segala macam kemungkinan. Tsunami politik menjanjikan suasana politik serba baru dalam banyak kes dan keadaan. Bayangkan, sesuatu yang tidak dijangkau dek akal – seorang banduan diberikan ruang menjadi wakil rakyat. Masalah rakyat diselesaikan secara ‘maya’ dan remote control. Isteri yang ada di luar – menjadi pembantu khas wakil rakyat. Menyelesaikan masalah rakyat. Menyelesaikan masalah setempat. Logik untuk berlaku? Dalam tsunami politik – apapun boleh jadi.

Inilah bentuk politik yang Anwar telah dedahkan Malaysia. Seorang Ahli Parlimen di Selangor, modal politiknya hanyalah kamera yang mengambil gambar skandal. Itupun rakyat boleh terbuka hati. Itupun rakyat boleh terima sebagai wakil rakyat? Pelik tetapi benar.

Kalau betul perjuangan ini berteraskan ‘rakyat’ – kenapa rakyat dinafikan hak untuk menerima khidmat wakil rakyat yang ‘wujud’ dan berkesan. Majoriti rakyat di situ menerima keadaannya begitu; apa lagi yang nak dikatakan. Manoharan mungkin seorang wakil rakyat ‘wild card’ yang menerima segala kemudahan dengan ‘MENAFIKAN’ hak rakyat.

Setelah diberikan pelepasan dari tahanan ISA – Manoharan menjanjikan bahawa beliau tidak jadi letak jawatan. Manoharan nak membayar segala kerugian yang ditanggung oleh rakyat. Kerugian kerana dinafikan hak untuk mendapat seorang wakil rakyat yang berkesan. Manoharan kena kembalikan semula ‘kepercayaan’ rakyat yang diberikan kepadanya. YB Manoharan perlu kembali membuka pusat khidmat dan sebagainya.

YB Manoharan perlu menggunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Kembali ke pangkuan Negeri Selangor dengan permaidani merah untuk berjuang demi HINDRAF dan kepentingan masyarakat India. Seperti yang dikatakan oleh pemimpin HINDRAF – bahawa mereka masih TIDAK BERPUAS HATI dengan prestasi Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan kepentingan masyarakat India. Selangor kena jadi ‘icon’ kepada perjuangan HINDRAF yang diperkatakan sebelum ini.

Kalangan pimpinan HINDRAF yang diberikan pelepasan oleh Kerajaan – sudah mengatakan banyak kali bahawa Pakatan Rakyat masih belum mampu mengisi harapan mereka. Samy Vellu mereka dah benci lama. Pemimpin India yang tidak sedar diri dan menggila mabuk kuasa. HINDRAF pastinya mahukan Anwar menjadi ‘icon’ kepada perjuangan mereka. Jangan Anwar sendiri jadi kalangan yang cakap tidak serupa bikin.

YB Manoharan mesti diberikan tempat yang lebih baik bagi menjaga kepentingan masyarakat India di Selangor. Pegawai Khas Menteri Besar (Permasalahan Masyarakat India dan Agama Hindu) mungkin boleh menjadi jawapan sementara. Nak molek lagi – bertaraf Exco Kerajaan Negeri. Barulah HINDRAF puas hati. Mereka perlu diberikan ruang seluas-luasnya untuk membuka kuil dan mewujudkan sekolah tamil. Ini Anwar dan Khalid kena usahakan seberapa segera.

Mungkin Khalid boleh memikirkan untuk memberi jawatan yang tinggi kepada YB Manoharan dengan seberapa segera. HINDRAF pula perlu memberikan Pelan Strategik Pengukuhan Masyarakat India dan Agama Hindu bagi dibentangkan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor dengan seberapa segera. YB Manoharan jangan lambat – kerana dia sedang ‘mempunyai harga yang tinggi’ sekarang ini. Anwar pasti berusaha keras untuk memastikan HINDRAF berada ’segaris dan sealiran’ dengan Republik Malaysia yang Anwar impikan.

p/s: Anwar….Presiden Republik Malaysia pertama?

sumber - gelagat anwar


Tiada ulasan: