Oleh: TomYamPokTek, AIDCclub
Selepas pendedahan Anifah Aman kepada Hillary Clinton mengenai tindakan Anwar yang menawarkan kepada dirinya jawatan tertinggi dalam kerajaan baru 16 September yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim, Anwar pada hari ini telah memberi notis 24 jam kepada Anifah Aman supaya menarik balik tuduhan tersebut.
Yang peliknya Anwar mengangap kenyataan Anifah itu adalah fitnah, jika tidak Anwar akan menyaman kembali Menteri Luar Malaysia yang berasal dari Sabah tersebut. Sebenarnya semua rakyat Malaysia mengetahui akan idea 16 September tersebut, Anwar pada masa itu berusaha sebaik mungkin untuk mempengaruhi ahli Parlimen Barisan Nasional khususnya dari Sabah agar melompat parti ke Pembangkang khususnya ke PKR. Buktinya Tian Chua dan beberapa pemimpin parti telah dihantar ke Taiwan untuk mengikuti lawatan sambil belajar ahli perlimen Barisan Nasional. Idea Anwar itu juga masa itu telah menjadi kritikan dikalangan pemimpim pembangkang yang tidak menyenangi usaha Anwar tersebut.
Timbul beberapa persoalan juga kenapa Anwar tidak saman kenyataan Anifah yang mengatakan Anwar telah memburukkan kerajaan Malaysia kepada Amerika Syarikat. Disamannya adalah berkaitan pendedahan tawaran jawatan kepada Anifah.
Kedua mengapa Anwar begitu takut sangat dengan kenyataan Anifah tersebut, adakah beliau risau dan takut kenyataan Anifah tersebut akan menyebabkan imejnya di mata Amerika akan merosot? seperti diketahui Anwar sekarang dalam proses melobi untuk mendapatkan kepercayaan Amerika khususnya pentadbiran Obama, setelah diberi peluang yang luas sewaktu era bush dahulu. Buktinya di Doha Ferbuari lepas beliau begitu beria-ia cuba mengangkat Obama dikalangan pemimpin Islam Liberal yang hadir dalam Forum dunia Islam-Amerika sehingga sanggup mengenepikan perasmian persidangan Parlimen di Malaysia.
Dan menurut Saiful Bukhari di laman blognya Anwar juga akan sekali lagi ke Amerika 5 hari sebelum perbicaraan kesnya didengari di Mahkamah. Mungkin pertemuan itu merupakan antara usaha-usaha lobi terkakhir Anwar untuk mendapatkan kepercayaan Amerika, sebelum beliau dibicarakan.
sumber: Tom Yam Pok Tek
3 ulasan:
Anwar dah pucat sampai ke gigi daa...tu la perangai buruk dia,saman...saman..dia buat salah nak saman orang pulak.Dalam kepala hotak dia hanya tau saman je kot!!Padan muka ko anwar,haa..baru ko tau,ingat orang takut ker sama lu..tak gitu Jeffrey...
anwar sebenarnya saje je kasi gempak, dia marah bila ada orang boleh mesra nagn us, pada dia hanya dirinya yang boleh berhubung dengan amerika.
Anwar dah makin takut. Tidur malam pon dah lena agaknya skrg ni....hehhehe...
Catat Ulasan